Assalammualaikum dan Salam Aidil Aidha...
Bagaimana sambutan raya anda? Jangan ada yang pitam disebabkan makan daging berlebihan pula. Maklumlah bila usia makin meningkat, ketahanan kepada sesuatu makanan akan menjadi semakin menurun. Saya dan suami memang tidak boleh makan daging banyak atau terlalu kerap. Mulalah lain macam saja rasanya...
Oh ya, tahun ini saya dan suami menyambut Aidil Adha di Shah Alam saja, malas nak bersesak sesak dijalanraya memandangkan hanya cuti sehari.
Kebetulan hari Isnin banyak kerja yang perlu diselesaikan. InsyaAllah hunung minggu nanti baru saya pulang ke kampung.
Saya buat rendang ayam untuk dimakan dengan ketupat nasi di pagi hari raya. Then sebab dah tak tau nak buat apa, sempat lagi buat biskut crunchy caramel untuk buat kudapan.
Ini baru namanya Rendang dan Biskut Raya
Sebab dibuat pada Hari Raya.
Selamat Berhari Raya.
5 comments :
slm aidiladha kak zila...
br mkn kukis ni smlm..tumpang makan anak buah buatkan..mmg sedap la kan..penuh ngan kacang! nnti balik perlih bwk balik ketupat palaih na!
raya smlm ni tak sempat buat kukis apa pon. buat 2 jenis kek konon...masa habis kemas rumah aje. Sedapnya florentine ni...
salam hazila..
biskut tu Nampak sedap..saya tiada buat biskut raya haji ni..sempat buat kek ja..huhu..
Bestnya chruncy caramel...
salam...
alaaaaaa... xde lak resepi nye... mcm nk buat je...
Post a Comment