Monday, October 28, 2013

Matcha Chiffon Cake


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sihat semua? Kalau rasa badan mula menunjukkan tanda tanda nak demam dan selsema cepat cepatlah makan ubat. Maklumlah sekarang cuaca tidak menentu, kadang kala hujan lebat dan kadang kala panas terik. Banyakkan minum air kosong.

Bercakap pasal minum air kosong, saya dulu memang tak suka minum air kosong. Seksa juga nak dapatkan 8 gelas sehari. Tetapi sejak kebelakangan ni ( sejak dah nak jadi warga emas ) paksakan diri untuk dapatkan 8 gelas sehari atau lebih.




Dulu saya selalu keliru antara Green Tea dan Jasmine Tea. Sebab saya tidak menggemari betul rasa dan bau Jasmine Tea. Tak boleh terima dek tekak.

Tetapi sejak dua menjak ni dah tersuka pula pada Green tea, boleh dikatakan setiap hari mesti nak minum. Lagipun sekarang nak kurangkan minuman bergula. Bukan sebab gula naik harga tetapi untuk kesihatan diri sendiri. Even sekarang dah tukar dari gula putih kepada gula perang.



Saya ada beberapa menu berasaskan Matcha @ Green Tea yang ingin dicuba samada yang sihat dan "tidak berapa sihat".

So resepi pertama yang saya cuba ialah Matcha Chiffon Cake. Sejujurnya resepi ini paling senang dan tidak menggunakan banyak bahan dan yang penting menjadi.

Kek saya gebu dan sedap pada tekak sendiri...


Kepada peminat Green tea, anda patut mencuba kek ini. Memang berbaloi.


Matcha powder - ehsan google

Matcha@Green Tea Chiifon Cake
Source: One Cookbook

Bahan bahan
3 biji telur kuning saiz A
75 gms gula ( 2/3 cawan buang 1 sudu teh )- saya gantikan dengan Organic Pure Cane Sugar
40 ml minyak sayuran ( 3 sudu makan )
60 ml air ( 4 sudu makan )
75 gms ( 2/3 cawan buang 4 sudu makan ) tepung kek
1 sudu makan ( about 10 gms ) matcha powder
1 sudu teh baking powder
3 biji putih telur saiz A
7 " Chiffon cake pan

Cara cara
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius
2. Pukul kuning telur bersama sama sengan 1/3 gula kemudian tambahkan air dan minyak. Pukul hingga sebati.
3. Ayak tepung, matcha powder dan baking powder ke dalam campuran telur kuning tadi. Gaul sebati dan ketepikan.
4. Pukul telur putih hingga kembang dan masukkan baki gula ke dalam dan putar hingga soft peak.
5. Masukkan telur putih ke dalam adunan telur kuning dan tepung tadi sikit demi sedikit hingga habis.
6. Tuang adunan ke dalam acuan dan tepuk pan beberapa kali supaya adunan sama rata.
7. Bakar hingga masak anggaran 30 minit. Keluarkan dari oven dan terbalikkan acuan dan biarkan hingga sejuk.
8. Gunakan pisau untuk keluarkan kek dari acuan.


19 comments :

Liza said...

salam zila, Liza pun dah amalkan green tea ni setiap hari..mula2 minum tu rasa nak muntah jugak tp lama2 Alhamdulillah, sedap pulak...hihii
ooo, boleh buat kek ciffon jugak ye..

hazila said...

Liza,

Tapi kena guna matcha powder, bukan teh yg kita minum tu.

Sweet red cherry said...

wah, menariknya..nama kek pun unik ya..matcha..green tea memang sedap..dari dulu memang suka minum..

hazila said...

Bbwana Adiena,

Rasanya agak pelik sikit at first tapi lama lama dah jatuh chenta. Nanti akak nak cuba Matcha Frappucino cam kat Starbucks dan Matcha ice cream.

Ummi said...

Assalamualaikum hazila...apa khabar? Akak pun x pernah buat lagik Matcha Cake camni...nampaknya nak kena pergi cari green tea dulu laaa...nampak memikat dan sedap jer...nnt nak try, tqqq share ya zila..

hazila said...

Waalaikummusalam kak ummi.

Sila la kak. Lama tak nampak akak update blog, sibuk ye..

Anonymous said...

Assalamualaikum...zila aduh nmpk mengancam kek ni...nnti bole carik bahan....=)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

lama saya tak buat chiffon..
skrg mood nak eksperimen memang agak low... hati tu teringin.. tp ada saja halangannya... mmg nampak sedap chiffon tu.. sy pernah gak beli matcha powder ni dulu.. tp sampai expired tak habis guna.. hehe..

hazila said...

UmieJazz

Bahan bahan pun tak susah. Kalau tak suka atau tiada Matcha powder, boleh gantikan dengan perisa pandan atau orange.

hazila said...

Madiha,

Yelah sebab matcha powder ni dikira sebagai bahan yg jarang sangat digunakan dalam kehidupan orang melayu. Jadi kuranglah resepi yang boleh dicuba.

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam
Cantik kaler ijau nya, chiffon kek lembut yg sedap
Topik gula memang hangat he hee

zila norazila said...

Slm rindu kak zila..mna nk bli matcha g.tea tu kak..nk try jgk la..bkry shop? Or mall?

hazila said...

Zila,

Akaka beli di bakery shop. Kat sini biasanya ada di BAGUS, Bake With Yen, Jaya Grocer pun kadang kala ada juga.

ummiaisyah said...

sy pon tak tahan bau jasmin teh...bole pening kepala!!!
bagus kalo amalkan green tea ni kan kak zila..cam japanese...sihat je....
sy ni blom sampai seru nk buat kek cifon...tumpang mkn kt dapo kak zila bole?

Rohah said...

gebu la kak...santap sekali x cukup nih..

Masud rana said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Masud rana said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Gee® said...

Mabelesnyaaa....

Anna Schafer said...

Still tasted good, but I bet adzuki would really be awesome!where can i buy matcha green tea melbourne