Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

Blueberry Muffin


Hari ini sepanjang hari hujan di Shah Alam, rasa malas sungguh nak bangun, nak tarik gebar lagi adalah. Tapi kena bangun awal juga sebab my husband nak kena siapkan kerja dan saya pula ada jemputan majlis aqiqah anak kawan di Klang.

Bila my husband dah keluar rumah, saya masih dok berfikir nak pergi ke tidak sebab perut rasa tak berapa selesa dan hujan pulak mencurah curah di luar rumah. Tapi dah janji dengan kawan kawan nak pergi lagipun teringin nak berjumpa kawan kawan lama masa kerja dengan company Jepun dulu. Kalau takde majlis macam ni, susah juga nak bertemu maklumlah masing masing ada commitment.

Saya dan 2 org teman lagi pergi dengan satu kereta dan saya yang memandu. Macam bagus je sebab tak bawa peta walaupun boleh agak di mana kawasan perumahan tu tapi bila memandu dalam hujan sambil bersembang sakan dalam kereta, menyebabkan kami tersesat jugalah. nasib baik dah agak biasa dengan kawasan tu jadi bila pusing pusing jumpa jugalah jalan keluar.



Saya sampai rumah dah hampir pukul 5 petang dan hujan masih mencurah curah, so tangan terasa gatal nak membaking. Maka terhasillah Blueberry Muffin.
Bahan bahan
250 gm self raising flour
1 biji telur
2 sudu makan jus lemon
1 sudu teh parutan kulit lemon
4 sudu makan minyak sayuran
285 ml susu segar
85 gm gula castor - lebihkan kalau suka manis
1 packet fresh blueberry

Cara cara
1. Masukkan tepung dan gula ke dalam mangkuk. Pukul ringan telur dan masukkan ke dalam magkuk tepung.
2. Masukkan semua bahan lain ke dalam mangkuk dan gaul sekata, tak perlu menggunakan electric mixer, hanya senduk kayu sudah memadai.
3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius, masukkan mangkuk kertas ke dalam acuan muffin, sudukan adunan muffin ke dalam mangkuk kertas, buat hingga habis.
4. Bakar selama lebih kurang 25 minit atau hingga masak.
5. Menghasilkan 12 biji muffin.

Friday, November 13, 2009

Banana Nut Muffin


Saya buat muffin ni pagi tadi. Sepatutnya nak letak entry pagi tadi tapi sebabkan terkejut dengan accident dan kebetulan pula hari ni banyak kerja, maka entri ni tertangguh. Resepi asal dari Simply Recipes. Ubahsuai sikit apa bahan yg takde kat dapur.

Bahan bahan

3 or 4 pisang masak, lenyekkan
1/3 cup melted butter
3/4 cup sugar
1 egg, beaten
1 teaspoon vanilla
1 Tbsp nescaffe
1 teaspoon baking soda
Pinch of salt
1 1/2 cup of flour
1 cup chopped almonds

Cara cara

1 Preheat the oven to 350°F. With a wooden spoon, mix butter into the mashed bananas in a large mixing bowl.

2 Mix in the sugar, egg, nescaffe and vanilla.

3 Sprinkle the baking soda and salt over the mixture and mix in.

4 Add the flour, mix until it is just incorporated. Fold in the chopped almonds

5 Pour mixture into a prepared muffin tin. Bake for 25-30 minutes. Check for doneness with a toothpick inserted into the center of a muffin. If it comes out clean, it's done. Cool on a rack.

Makes 12 muffins.

Saturday, February 28, 2009

Lemon Cranberries Muffin


Dah lama saya ambil resepi muffin dari laman web, tapi saya tak pasti dari mana. Kalau tak silap saya dari laman web Kak Zai @ fotopages. Maaf kalau salah orang ker. Anyway pada tuanpunya resepi minta izin ye. Saya ada buat ubahsuai sikit mengikut kesesuaian. Kenapalah muffin saya asyik merekah jer, saya tengok org lain buat muffin ok jer permukaan dia. Agaknya oven saya terlalu panas ker....

Bahan bahan
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu segar
1 cubit garam
1 cawan dried cranberries
1/2 cawan melted butter - sejukkan sebentar
1/2 cawan gula kastor
Parutan 1 biji kulit lemon
Perahan 1/2 biji lemon
2 biji telur bersaiz besar
Ramekin/souffle
Cara-cara
  • Ayak tepung dan ketepikan. Didalam satu bekas, masukkan telur,melted butter,gula,lemon zest andlemon extrac .
  • Pukul hingga sebati. Masukkan susu segar dan tepung beselang seli dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan dried cranberries dan gaul rata.
  • Ramekin/souffle disapu sedikit butter dan masukkan adunan ke dalamnya tapi jgn terlalu penuh.
  • Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 25-30 min atau sehingga masak mengikut oven masing masing.

Monday, February 9, 2009

Sweet Corn Muffin


Hari ni buat Sweet Corn Muffin dari resepi Mat Gebu @ MyR untuk minum petang. Bila dah hampir nak masak tu, bau sweet corn ni memang wangi sangat.

Bahan-bahan ( 12 - 14 biji )

110 g mentega
30 g gula halus
6 camca besar "Golden Syrup"
2 biji telur Gred A
165 g tepung gandum*
90 g tepung jagung*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
120 ml susu segar
100 g jagung manis dalam tin

Cara-cara
  • Satukan mentega, gula dan "Golden Syrup" dan pukul hingga sebati. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gula hancur.
  • Turunkan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu hingga habis. Gaul hingga rata.
  • Dengan menggunakan spatula, gaul jagung manis bersama adunan sehingga rata.
  • Sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh.
  • Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit, bergantung pada oven masing.

Sunday, January 18, 2009

Blueberry Souffle

Dah lama tak buat muffin atau kek. Since petang ni agak free, saya cuba satu resepi yang saya ambil dari Rasa Malaysia. Bila tengok bahan bahannya pun tak banyak dan senang jer nak buat. Resepi asal menggunakan muffin cup tapi sebabkan saya nak rasmikan ramekin yang saya beli, jadi saya gunakan ramekin instead of muffin cup. Muffin ni sesuai di makan semasa panas dan saya akui teksturenya sangat gebu.

Bahan bahan

1 1/2 cup self raising flour
1/2 teaspoon salt
60 gms butter - melted and cooled
1/4 cup castor sugar
3/4 milk + 2 table spoon milk
1 large egg beaten
1 cup blueberry

Cara

  • Panaskan oven. Glis ramekin dengan sedikit butter dan ketepikan.
  • Campurkan melted butter,milk and egg in large bowl.
  • Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan gula hancur. Tak perlu putar hingga kembang.
  • Ayak tepung bersama sama dengan garam. Campurkan bahan cecair dengan bahan kering.
  • Masukkan adunan ke dalam ramekin, lebih kurang separuh, masukkan bluberry filing dan tutup dengan adunan tadi.
  • Bakar hingga keperangan di dalam oven selama 25-30 min bergantung pada oven masing .

Saturday, August 9, 2008

Durian Hazelnut Muffin

Minggu ni dah 2 kali buat muffin, tapi kali ni sebab nak habiskan stok durian dalam peti ais. Resepi ambil dari Mat Gebu@MyR. Masa bakar muffin ni, bau durian tu semerbak satu rumah.

Bahan-bahan ( 10 - 12 biji )

125 g mentega
100 g gula halus
2 biji telur gred A + 1 kuning telur
130 g tepung gandum*
3/4 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
20 ml susu segar
70 g isi durian
30 g hazelnut, dicincang kasar

Cara-cara
  • Pukul mentega, gula dan telur hingga kembang dan gula hancur. Masukkan isi durian dan terus memukul hingga sebati.
  • Masukkan tepung berselang seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
  • Masukkan cincangan hazelnut, dan gaul rata menggunakan spatula. Boleh juga diganti dgn walnut, badam atau tak payah letak kalau tak nak.
  • Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn sebiji hazelnut. Banyak atau sikit bilangan muffin bergantung pada saiz muffin cup masing2.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit. Sejukkan atas redai.

Wednesday, August 6, 2008

Lemon,Almond and Blueberry Muffin


Bahan bahan
250 gms tepung naik sendiri
85 gms castor sugar
4 sudu makan minyak sayur
1 biji telur Grade A
Parutan kulit lemon dari 1 biji
2 sudu makan perahan lemon
50 gms almond - dikisar kasar
280 ml susu segar
150 gms blueberry
Cara cara
  • Gaulkan tepung, gula dan parutan kulit lemon.
  • Pukul telur sedikit, masukkan dalam adunan diatas. Masukkan minyak, susu segar dan perahan lemon ke dalam adunan tadi.
  • Gaul sedikit, kemudian masukkan almond dan blueberry.
  • Gaul sekata tetapi jangan over mixed.
  • Sudukan kedalam muffin cup dan bakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 20 minit pada suhu 160 darjah celcius.
  • Adunan ini menghasilkan 12 biji muffin.

Friday, July 11, 2008

Orange & Poppy Seed Muffin

Semalam masa intai rumah kak Jun nampak dia buat muffin ni, rasa terliurlah pulak. Muffin ni lembut dan gebu dan yg paling penting, sedappppp....

Bahan bahan

5 sudu teh parutan kulit oren
200 gms gula
335 gms self raising flour
2 sudu besar poppy seed
80 ml jus oren ( saya letak sunquick + sedikit pewarna oren)
1 biji telur - dipukul sedikit
250 ml susu segar
60 gms butter dicairkan-saya guna vegetable oil sebab butter dah habis.

Cara cara
  1. Panaskan Oven pada suhu 190 darjah celcius.
  2. Campurkan gula dan parutan kulit lemon. Ketepikan.
  3. Ayak tepung, masukkan poppy seed, jus, susu, minyak dan telur. Kacau sebati tapi jangan over mix.
  4. Sudukan ke dalam acuan muffin, bakar selama 25 minit atau sehingga masak.

Monday, July 7, 2008

Pandan Muffin

Resepi ambila dari Yani@MyR. Sedap dan gebu sekali. Saya copy paste resepi dari Yani yek.....

Bahan-bahan ( 6 biji- 7cm acuan muffin )

90g butter
70g gula halus
1 biji telur
40ml susu segar
sedikit vanila esen
110g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pandan emulco

Cara-cara

Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.

Wednesday, July 2, 2008

Chocolate Muffin

Resepi ambil dari buku resepi Chef Anuar. Senang dan cepat je nak buat ni. Saya ambil masa lebih kurang 40 minit utk bancuh dan siap bakar muffin ni.

Bahan bahan

250 gms self raising flour
2 biji telur
75 gms gula castor
75 gms gula perang
150 ml susu segar
150 ml minyak sayuran
130 gms serbuk koko
100 gms coklat chip

Cara cara
  1. Pukul telur, gula kastor dan gula perang sehingga sebati.
  2. Masukkan susu segar dan minyak sayuran. Gaul sebati.
  3. Ayak tepung dan serbuk koko, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tadi.
  4. Masukkan chocolate chips dan gaul. Jangan terlalu lama sebab kalau chocolate chips cair akan menyebabkan adunan keras sedikit.
  5. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu 190 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit.