Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Friday, December 4, 2015

Egg Curry


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Agak lama juga tak makan kari telur. Dulu masa kecil bila khatam Al Quran atau bertukar dari Muqaddam ke Al Quran selalu ada buat kenduri pulut kuning dengan kari telur. Itu pun sudah dikira makanan yang sedap sangat dan ditunggu. Mungkin once in a blue moon saja kalau dapat makan kari ayam atau daging. Tapi dulu makan ayam kampung sebab boleh bela di kawasan rumah. Kalau ada special occasion barulah tangkap dan sembelih. Sekarang harga ayam kampung boleh tahan mahalnya.

Okay berbalik pada resepi Kari Telur.

Bahan bahan

4 biji telur ayam - rebus dan buang kulitnya
1 biji kentang sederhana besar - potong dadu dan goreng sebentar
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar ginger garlic paste
1 labu bawang besar - dihiris nipis
1 biji lada hijau - dihiris nipis
1 biji tomato - di potong dadu
1 tangkai daun kari
1 sudu teh halba campur
1 sudu besar minyak sapi
Anggaran 2 cawan air
Air asam jawa
Garam dan gula
Sedikit minyak masak

Cara cara
1. Ambil telur yang telah dikupas tadi, gunakan pisau kelar 2 @ 3. Lumur sedikit garam dan kunyit kemudian goreng sebentar hingga permukaan telur menggerutu sedikit. Ketepikan.
2. Di dalam periuk , panaskan sedikit minyak bersama sama minyak sapi. Tumis hirisan bawang besar, cili hijau, tomato, halba campur dan daun kari hingga naik bau. Kemudian masukkan ginger garlic paste,serbuk kari dan sedikit air. Masak hingga semua rempah pecah minyak.
3. Kemudian masuk baki air bersama sama air asam jawa. Biarkan ia merenih sebentar kemudian masukkan telur dan kentang yang telah digoreng tadi. Kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula.

*** Jika suka berkuah boleh tambahkan kuantiti air. kari ini tidak menggunakan santan.






Wednesday, November 25, 2015

Chawan Mushi @ Savoury Steamed Egg Custard





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Chawan Mushi @ Savoury Steamed Egg Custard antara Japanese Food yang agak terkenal. Masih mencuba untuk mendapatkan permukaan custard yang licin. Mungkin sebab saya kukus menggunakan api yang agak besar. Next time kita cuba lagi.


Chawan Mushi

Bahan bahan
2 biji telur
1 1/2 cawan air suam
1/2 sudu teh instant dashi / chicken granules
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula
2 sudu teh kicap
Cendawan shiitake - dihiris
Carot - dihiris
Jejari ketam - dihiris
Daun bawang - dihiris

Cara cara
1. Di dalam bekas, campurkan air suam, instant dashi,garam, gula dan kicap. Gaul sebati dan biarkan sejuk sebentar.
2. Pukul ringan telur jangan sampai berbuih. Masukkan ke dalam bekas stok tadi. Kacau sebati dan tapis.
3. Sediakan bekas sesuai, masukkan serba sedikit cendawan, carot, jejari ketam dan dau bawang. Kemudian tuang campuran telur tadi.
4. Panaskan kukusan, tutup bekas berisi campuran telur dengan penutup atau aluminium foil dan kukus anggaran 15 minit atau sehingga campuran telur keras.

Thursday, September 3, 2015

Homemade Telur Asin & Kacang Botol


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak kebelakangan ini my husband tiba tiba suka pula makan telur asin. Kalau dulu memang jarang sangat dia sentuh kalau saya masak. Sekarang dah jadi favorite pula. Selalunya saya beli yang dah siap di pasaraya yang dibalut dengan sekam berwarna hitam. Ada sekali saya jumpa di pasar tani yang dijual tanpa sekam. Rasanya kurang masin berbanding yang dibalut dengan sekam.

So terfikir kenapa tidak buat sendiri? Kita boleh control tahap kemasinan yang kita suka. So google jumpa resepi Telur Asin dari blog Amie's Little Kitchen. Saya ikut resepi dari blog Amie cuma saya kurangkan sedikit kuantiti garamnya. Jadi untuk permulaan saya hanya buat untuk 6 biji telur itik bersaiz sederhana. Alhamdulillah dah boleh makan dan rasa masinnya sedang elok untuk selera saya.
  


 Sebelum bulan puasa, my husband semai biji benih kacang botol. Semuanya ada 6 bekas tapi cuma 1 bekas yang hidup. Boleh nampak pokok kacang di belakang gambar telur asin, bukan main merimbun lagi. Buahnya banyak sampai tak larat nak makan. Jadi rezeki kawan kawan dan jiran la nampaknya.

Wednesday, October 15, 2014

Stuffed Omelette



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini kita bersarapan gaya ala ala western gitew....

Dua tiga hari kebelakangan ini saya agak sibuk dengan kerja jadi kalau masak pun cuma yang ringkas dan siap dalam masa yang singkat. Bila otak penat, malas nak fikir menu yang ambil masa yang lama untuk disediakan. Kebelakangan ini kami suka makan yang bakar bakar je. Guna arang lagi tau... Beza aroma ikan bakar menggunakan arang dengan menggunakan oven.

 


Tak perlu resepi lah ye... Telur dadar je pun. Bahan untuk di isi dalam omelette tu saya gunakan bawang kecil, bawang putih, capsicum kuning, Jalapeno dan shiitake mushroom. Stir fry dengan olive oil dan perasakan dengan garam. Pejam mata pun pun boleh buatkan. Senang, cepat dan berkhasiat.
 

Selamat Menjamu Mata.


 

Tuesday, October 7, 2014

Masak Lemak Telur Itik & Belimbing Buluh


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Bagaimana dengan sambutan Hari Raya Eidul Adha anda? Alhamdulillah kita rakyat Malaysia masih mampu untuk menyambutnya walaupun sederhana tetapi yang paling penting negara kita aman dan dikelilingi oleh keluarga, rakan rakan dan jiran tetangga yang baik. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki daripada mengimpikan sesuatu yang belum pasti kita gapai. Bila kita lihat kepayahan orang lain, barulah kita sedar betapa bernilainya apa yang kita sedang miliki. Sesungguhnya ini peringatan untuk diri sendiri.

Hari raya kali ini agak bermakna buat saya kerana diberi kesempatan bertemu kawan kawan lama yang terpisah bertahun lamanya. Kesempatan bertemu walaupun untuk seketika menggamit kenangan waktu persekolahan.Berbual tentang kenangan lama sambil bertanya khabar setelah sekian lama.

Berbalik kepada entry kali ini saya sajikan Masak Lemak Telur Itik dengan Belimbing Buluh. Selalunya kalau pulang ke kampung, tempat yang saya suka sangat ialah pasar tani yang menjual pelbagai hasil kampung. Kadang kala berjam lamanya kerana bila nampak hasil jualan yang jarang atau tidak pernah saya nampak mulalah ringan saja mulut saya bertanya. Apa namanya, bagaimana cara untuk memasaknya. 

Kata orang kalau malu bertanya sesat jalan....

Bahan bahan
3 biji telur itik
250 ml santan pekat
1 cm kunyit hidup
10 biji cili padi - kurangkan jika terlalu pedas
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai - diketuk
10 biji belimbing buluh
Daun kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara cara
1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk
2. Masukkan santan pekat dan tambah air ke dalam periuk tadi. Masukkan juga belimbing buluh, serai dan daun kunyit. Kacau selalu sehingga mendidih.
3. Setelah mendidih, masukkan telur itik satu persatu sambil dikacau perlahan supaya telur tidak pecah.
4. Perasakan dengan garam secukupnya. 

  

Friday, June 28, 2013

Muffin Telur Berkeju



Assalammualaikum dan Selamat Tengahari....

Sedar tak sedar sudah sampai hari Jumaat, kalau dikejar kesibukan memang tak terasa masa cepat berlalu. Kadang kala terasa lelah memikirkan kerja yang tak pernah habis.

Selagi bernafas kenalah kerja, begitu juga dengan makan. Lelah juga bila kena fikir apa nak makan hari hari ni...

Hari ini saya letak entry mengenai menu olahan dari telur. Kebiasaannya, telur selalunya kita rebus atau goreng dadar. Apakata kita pelbagaikan dengan mencampurkan sayur sayuran dan juga keju untuk memberikan sedikit kelainan dan juga cara kita "present" makanan tersebut. ( Fuhhhh rasa macam chef seleberiti la pulak....)



Muffin Telur Berkeju

Bahan bahan
4 biji telur
1 biji cili merah - didadu
1 labu bawang besar - didadu
1 pokok daun bawang - di potong saiz yang sesuai
1 biji tomato - dibuang bijinya dan didadu
1/2 cawan mixed veggies ( frozen - jagung,carot,kacang pis)
1/2 cawan keju cheddar
Garam

Acuan muffin

Cara cara
1. Campurkan semua bahan di atas KECUALI keju. Gaul sekata dan pukul hingga agak kembang.
2. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius, sapukan sedikit minyak/butter pada acuan muffin.
3. Tuangkan adunan telur tadi ke dalam acuan muffin, taburkan keju cheddar di atas permukaan. Bakar di dalam oven hingga masak atau keperangan.
4. Adunan ini menghasilkan 7 biji muffin telur berkeju.


Thursday, March 21, 2013

Tomato & Mushroom Omelette

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Sudah beberapa hari saya tak masak di rumah, agak sibuk sikit kebelakangan ni. Badan pun rasa macam agak lemah. Mungkin disebabkan cuaca yang agak panas, kurang minum air dan faktor usia. Maklumlah dah tua...



Hari ini saya cuma letak entry menu yang simple, 

Telur Goreng.

Aduhai!!!! mesti tension kan, telur goreng pun nak masuk dalam blog ke.. 

Ala sesekali apa salahnya glamourkan sikit si telur ayam ni. Lagipun telur ni boleh dikatakan sebagai penyelamat keaadaan. Dibuatnya tiba tiba tetamu datang tanpa war warkan dulu, jamu je lah telur dadar dengan nasi putih. Bagi kicap sekali, confirm 2 pinggan habis.

Telur, Kicap, Sardin antara bahan yang selalu ada dalam gerobok.




Hari ini saya buat telur dadar ala ala Fritata, tapi saya tak letak cheese atau sebarang english herbs. Sebab saya ni peminat fanatic cendawan shiitake, jadi saya letak agak banyak.


Tomato & Mushroom Omelette

Bahan bahan
4 biji telur ayam saiz Jumbo
1 biji cili merah - di dadu
1 labu bawang besar - di dadu
5 kuntum cendawan shiitake - hiris nipis
2 kuntum cendawan tiram - hiris nipis
1 keping daging salai - dihiris kecil
5 biji tomato ceri - dibelah dua
1/2 sudu makan butter
Garam dan lada hitam secukup
Daun salad - bahan sampingan

Cara cara
1. Pukul telur bersama sama dengan garam dan lada hitam hingga agak kembang, ketepikan.
2. Panaskan oven, putar ke function "GRILL".
3. Panaskan kuali, cairkan butter dan masukkan hirisan daging salai. Goreng sebentar hingga hampir masak.
4. Masukkan cendawan, cili merah dan bawang besar. Goreng hingga semua bahan hampir layu.
5. Tuangkan telur yang telah dipul tadi ke dalam kuali, susun buah tomato ceri di atas permukaan telur dan masak dengan api perlahan lebih kurang 5 minit.
6. Matikan api, masukkan kuali berisi telur ke dalam oven dan panaskan lebih kurang 5 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk sebentar.
7. Sedia dinikmati bersama sama nasi atau roti.


Saturday, July 21, 2012

Kari Telur



Salam dan Selamat Menjalani ibadah puasa di hari pertama di bulan Ramadhan Al Kareem...


Cuaca di Shah Alam agak mendung hari ini, mungkin hujan akan turun. Alhamdulillah hari pertama berpuasa, cuaca yang tidak panas terik mungkin membantu anak anak kecil yang baru mula berpuasa.

Seperti tahun tahun lepas, saya dan suami memang tak ada masalah nak bangun sahur. maklumlah dah tua tua kalau ada masalah nak bangun sahur tu melampau la kan.... Kami memang tak makan nasi atau makanan berat, cuma sekadar air teh panas dan biskut atau roti saja. Selalunya saya akan beli frozen kuih sebagai stock untuk bersahur.




Ok berbalik pada entry kali ini, semalam dah tak tau nak masak apa untuk makan malam, saya cuma buat kari telur yang mana saya pekatkan sedikit kuahnya.

Teringat masa dulu dulu semasa mengaji Quran di kampung. Kalau ada yang "Naik Quran" atau khatam selalunya akan ada kenduri pulut kuning. Antara yang paling selalu dimasak ialah kari telur selain dari kari ayam kampung. Maklumlah masa dulu dulu masing masing banyak membela ayam kampung, tapi kari telur ialah yang paling economical.


Ermmmm..... terasa macam nak makan pulut kuning pulak.....


Bila bulan puasa, mulalah tekak terasa nak makan macam macam kan....

Tapi janganlah pula sampai membazir dan keterlaluan, ingatan untuk diri sendiri. Maklumlah kalau dah nampak segala macam makanan yang dijual di Bazaar ramadhan, macam nak beli semuanya.....

Selamat Berpuasa semua.

Saturday, May 21, 2011

Telur Dadar Cencalok


Lauk malam tadi, Telur Dadar Cencalok.

Ini kes nak habiskan cencalok yang berbaki tu. Kalau lama lama nanti dah kurang "kick" rasa cencalok tu. Macam buat telur dadar biasa, cuma tambahkan cencalok 1 sudu besar. lain lain accessories boleh ikut apa yang ada dan apa yang kita suka.  Telur ni boleh dikatakan sebagai lauk waktu kecemasan, kalau ada tetamu datang tiba tiba, maka makan nasi dengan telur goreng je lah ye...
Dan, lauk untuk orang yang tak berapa nak rajin sesekali tu.......

Thursday, April 21, 2011

Tamago Yaki aka Egg Roll

Tamago Yaki

Malam tadi selain sambal sardin, yang lain ialah menu jepun. Ini kali kedua saya buat tamago yaki, dah berhabuk square pan tu dalam store. Bila nak buat, mulalah gali lubang cari barang. Sebab tu my husband selalu sindir, asyik beli barang saja tapi bukannya guna selalu pun.

Bahan bahan
3 biji telur
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk dashi
Sedikit daun bawang - hiris halus
1 kuntum shiitake mushroom - potong kecil
2 sudu besar air

Cara cara

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan semua bahan bahan dan pukul dengan chopstik hinggan gebu.
2. Panaskan Square Pan (seperti gambar di bawah), tuangkan 1/2 adunan. Biarkan hingga bahagian bawah telur sedikit pekat tetapi tidak keras. Lipat dan tolak telur ke hujung pan.
3. Tuang 1/3 bahagian lagi, sengetkan sedikit kuali supaya telur masuk dibawah telur yang telah dilipat tadi.
Ulang hingga adunan telur habis.
4. Bila habis, tekan tekan sikit telur tadi dan balikkan beberapa kali supaya masak sekata.
5. Biarkan sebentar, bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Resepi asal dari sini.




Square Pan

Wednesday, March 30, 2011

Mushroom Potato Pan

Mushroom Potato Pan

Bahan bahan
1 biji kentang Russet - kupas kulit dan hiris nipis
2 kuntum cendawan Portabello - dihiris nipis
1 sudu makan udang kering
1/2 ulas bawang besar - dimayang
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam
4 biji telur
100 ml susu cair
Sedikit parutan keju cheddar
Butter untuk menumis

Cara cara
1. Goreng kentang hingga masak, ketepikan.
2. Panaskan butter di dalam frying pan, tumis bawang besar dan cendawan portabello hingga layu. Masukkan udang kering dan kentang yang telah digoreng tadi.
3. Kacau sebati dan masukkan garam dan serbuk lada sulah. Masukkan pukulan telur dan susu cair dan kacau rata.
4. Masukkan parutan keju cheddar, tutup frying pan dan biarkan hingga masak.

Monday, February 1, 2010

Kari Telur Ikan


Malam ni makan kari telur ikan, dah tak tau nak masak apa.

Tapi telur ikan tu rasa cam keras pulak bila dah masak. Tapi sebab malas nak fikir, makan je lah sebagai alas perut sebelum masuk tidur. Saya masak cam masak kari ikan.

Sunday, October 11, 2009

Telur Dadar Cendawan


Telur Dadar Cendawan campur dengan segala macam bawang,cili, daun bawang dan daun ketumbar. malas nak masak sayur.

Saturday, August 15, 2009

Poached Egg


First time buat poached eggs, satu je yang menjadi. Untuk tengok bagaimana nak buat sila ke sini ye....

Wednesday, July 8, 2009

Kurma Telur


Resepi saya ambil dari blog Kak CT Delima. Dah lama bertangguh nak masak ni, tapi akhirnya malam ni saya buat juga. Dah tak tau nak masak apa, jadi apa salahnya mencuba. Sedap pada deria rasa saya. Seperti biasa, saya hanya buat sebahagian dari resepi dibawah.

Bahan-bahan:
6 biji telur - direbus dan dibuat belahan sedikit supaya serap rempah.
3 biji kentang - dikupas kulit dan di belah 4
1 biji bawang besar - dihiris
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 sudu besar ketumbar*
1/2 sudu besar jintan halus*
3 sudu besar rempah korma
1/2 cawan santan pekat
3 cawan air
2 biji lada hijau - dibelah dua
sedikit rempah tumis
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula
(Bahan bertanda * - ditumbuk halus)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 tumbuk bersama bawang hiris, daun kari, dan rempah tumis. Goreng sampai naik bau dan masukkan rempah kurma, gaul rata.
2. Masukkan air dan juga kentang, biarkan mendidih sampai kentang empuk.
3. Masukkan santan pekat, telur, lada hijau, garam dan sedikit gula. Tunggu mendidih dan perasakan boleh ditutup api.

Sunday, May 3, 2009

Telur Ikan Goreng


Pasar gi pasar pagi tadi, ternampak telur ikan ni. Itupun ada 1 pinggan jer, teringin pulak nak makan walau tak tau nak masak apa selain dari goreng cam tu jer. Belek resepi dari MyR, ada satu resepi dari Lelayong, simple dan cepat di masak.

Saturday, April 11, 2009

Telur Bungkus

Asyik hujan sejak tengahari semalam bawa sampai ke malam, so malam ni mari kita makan Telur Bungkus dan lepas tu kekenyangan boleh bungkus ngan selimut pulak.....

Bahan bahan

200 gms daging kisar
1/2 biji bawang besar - dicincang halus
2 biji bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan sos lada hitam
2 sudu makan sos cili
Mixed Vege/sayur campur
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa
2 biji telur

Cara cara
  • Pijarkan minyak dan tumiskan bawang besar dan putih hingga naik bau. Masukkan daging cincang dan kacau rata.
  • Biarkan hingga warna daging bertukar, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan mixed vege, sos tiram, sos cili, garam dan lada hitam. Kacau rata.
  • Biarkan hingga daging masak dan ketepikan.
  • Pukul telur dan panaskan frying pan. Dadarkan telur didalam frying pan, pastikan telur tidak terlalu tebal.
  • Isikan daging yang telah dimasak tadi dan lipat telur supaya semua daging tidak terkeluar.
  • Angkat dan letakkan di atas serving plate. Tuang sos cili diatasnya jika suka.

Tuesday, January 6, 2009

Sambal Telur

Malam ni my husband request nak makan nasi lemak dengan sambal telur. Ermmm ok gak sebab tak perlu fikir nak buat lauk lain lagi. Senang kerja sang isteri.


Tadi masa merayap kat rumah Kak Inahar, nampak dia buat nasi lemak sambal bilis. Jadi saya nak cuba resepinya cuma saya gantikan dengan telur rebus. My husband cakap sedap so next time boleh buat lagi. Thanks ye kak. So resepinya........

Bahan

4 biji telur rebus
50 gm ikan bilis
4 biji bawang besar (3 biji diblender, 1 biji lg di potong bulat)
3 sudu besar cili giling (ikut kepedasan di sukai)
belacan sebesar ibujari
1 keping asam
garam dan gula
minyak

Cara-cara
  • Mula2 blender bawang,ikan bilis dan belacan.Panaskan minyak then goreng bawang besar potong dulu sampai keemasan warnanya dan ketepikan.
  • ,Tumis bahan2 kisar td sampai naik bau,kemudian masukkan cili giling,tumis sampai garing.
  • Masukkan telur rebus danbawang yg telah digoreng sebelum tu, garam,gula,asam keping dan perisa.
  • Tumis sebentar kalau pekat sgt tambah air sikit..bila siap mmg sedap baunya sbb bawang potong yg digoreng tu memjadikan kuah tu lebih wangi..dan lagi tujuan kita masukkan ikan bilis kisar adalah utk memekatkan kuahnya disamping memberi rasa yg lebih ummph pada sambalnya..


Ermmmm...lepas tu dia kata dah lama tak makan kambing bakar. So sebelum balik rumah, singgah Giant beli daging yg dah siap marinated. Cuma balik bakar jer.

Monday, September 1, 2008

Tamago Yaki


Resepi asal menggunakan beberapa bahan dari Jepun yang saya takde kat rumah. Jadi saya suka suka hati modified mengikut apa yg ada dan citarasa sendiri.
Bahan bahan
3 biji telur ayam
2 ulas bawang putih - dihiris halus
3 shitake mushroom - dipotong kecil
Minyak utk menumis
Garam
Lada sulah
Cara cara
  • Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cendawan shitake dan goreng seketika, kemudian angkat dan tos.
  • Pukul telur bersama sama garam dan lada sulah. Masukkan cendawan yg telah digoreng sebentar tadi. Kacau lagi.
  • Panaskan pan ( seelok eloknya pan yg khas utk membuat tamago yaki), sapukan sedikit minyak.
  • Masukkan 1/2 bancuhan telur, bila bahagian bawah agak keras, gunakan chopstick kacau adunan sedikit. Lipat telur menjadi 4 segi.
  • Sengetkan sedikit pan, masukkan balance telur dan buat cara yg sama. Biarkan sehingga masak, bolehlah diangkat dan sejukkan sebelum memotong.
Untuk gambar cara cara yg lebih jelas, boleh lihat di MyResepi, resepi Yamago Yaki by Ringo.