Tamago Yaki
Malam tadi selain sambal sardin, yang lain ialah menu jepun. Ini kali kedua saya buat tamago yaki, dah berhabuk square pan tu dalam store. Bila nak buat, mulalah gali lubang cari barang. Sebab tu my husband selalu sindir, asyik beli barang saja tapi bukannya guna selalu pun.
Bahan bahan
3 biji telur
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk dashi
Sedikit daun bawang - hiris halus
1 kuntum shiitake mushroom - potong kecil
2 sudu besar air
Cara cara
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan semua bahan bahan dan pukul dengan chopstik hinggan gebu.
2. Panaskan Square Pan (seperti gambar di bawah), tuangkan 1/2 adunan. Biarkan hingga bahagian bawah telur sedikit pekat tetapi tidak keras. Lipat dan tolak telur ke hujung pan.
3. Tuang 1/3 bahagian lagi, sengetkan sedikit kuali supaya telur masuk dibawah telur yang telah dilipat tadi.
Ulang hingga adunan telur habis.
4. Bila habis, tekan tekan sikit telur tadi dan balikkan beberapa kali supaya masak sekata.
5. Biarkan sebentar, bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Resepi asal dari sini.
Square Pan
4 comments :
wah cik kak p jepun la pulak ,mana nak p carik pulak dah tu menggoda sungguh dia tau
Chik mimi,
Nak cari apa? Square pan tu ka? Kat sini banyak, awat nak ka? hehehehe
cantiknye square pan tu... unik pulak bila segi mcm tu :)
Suka yer Zila makanan Jepun... saya tak pernah makan apatahlagi buat Tamago Yaki tu...tapi tiap2 hari layan citer Katun Tamagoki kat tv..hehehe
Post a Comment