Monday, April 4, 2011

Terubuk Bakar


Sudah selesai makan malam?

Kami baru saja selesai menikmati makan malam, sementara my husband menonton Berita Nasional, sempatlah saya upload gambar dalam blog saya.

Pagi tadi saya sempat membeli barang basah di pasar Seksyen 6 Shah Alam. Puas juga saya berfikir nak beli apa sebab balik balik beli benda yang sama. Ketam, udang, sotong dan ayam merupakan benda yang saya akan beli sebab suami saya bukan peminat ikan. Hanya 2,3 jenis ikan saya yang boleh diterima oleh tekak dia. Rasanya agak lama juga tak masak ikan terubuk kat rumah, maklumlah selalunya ikan terubuk ni bersaiz agak besar so kalau kami berdua memang susah juga nak habiskan. Tapi tadi ada terubuk yang bersaiz sederhana, so apalagi terus ambik dan suruh peniaga tu belah belakang sebab saya nak letak inti dalam ikan dan bakar.

Lagipun hari tu my husband dah sindir sebab BBQ Grill yang beli tu dah lama tak beroperasi. Rasanya memang berbaloi saya beli BBQ Grill tu sebab kerja membakar dah tak rumit lagi. Selain ikan terubuk bakar, my husband request nak makan ketam masak lemak. Yang ni memang favourite dia. Tapi penat lelah menyediakan dan memasak hilang bila suami cakap sedap dan makan bertambah tambah......

Semua tahu yang ikan terubuk ni sedap tapi sedikit seksa nak menikmatinya disebabkan tulangnya yang halus dan banyak sekali. Saya pernah terbaca satu petua tapi saya tak ingat dimana. Menurut petua ni, " sebelum memasak ikan terubuk, sebelah tangan pegang kepala dan sebelah tangan lagi pegang ekor ikan. Tarik ke arah bertentangan sekali atau dua. Ini supaya tulang ikan terubuk senang untuk dikeluarkan semasa kita memakannya"

Bahan bahan
1 ekor ikan terubuk sederhana besarnya - dibelah belakang dan dicuci
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Segenggam penuh kelapa parut
1 batang serai
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
Garam
Sedikit minyak zaitun

Cara cara
1. Lumurkan garam pada isi ikan dan letakkan sedikit minyak zaitun di permukaan ikan supaya tidak melekat semasa membakar. Ketepikan.
2. Tumbuk lumat bawang merah, putih, serai, cili merah, garam, kelapa parut kunyit dan halia.
3. Sumbatkan bahan tumbuk tadi di bahagian belakang ikan yang telah dibelah.
4. Bakar di atas pembakar hingga masak.

8 comments :

Yat Maria said...

Salam Zila

everytime tgk terubuk bakar, sure teringat my late dad...his favourite dish...kalo makan lain orang tak leh kacau! :) sweet memories..

fmina08 said...

kak hazila...
mmmm...terubuk bakar...sedap tu..walah2..

Love2cook Malaysia said...

Never had this before...but seriously looks mouthwatering! :D

Akak, really adore your pics...getting elegant day by day! ;)

Anonymous said...

apa barang nengok berita nasional mana ada ...... fitnah banyaklah

Bee said...

sukanya terubuk bakar, ni antara resepi wajib bulan puasa kat kg..faveret ayah nih!!! la ni bukan kata ayah, anak cucu semua suka...:)

Only Fish Recipes said...

first time here...wow....fish looks absolutely so delicious.....I hav a blog only on fish recipes...do visit my space whenever u hav time :-)

Wanieyra said...

salam zila...

kalau bulan puasa, ikan ni lah yang kita cari....sedap. tapi kena hati2, byk tulang

mekar said...

Mekar tengah diet kolestrol. sesuai ni makan ikan yg dibakar !