Dari satu bahan utama, Ikan Merah, saya sediakan 2 menu untuk makan malam.
Sup ikan yang tak berapa nak cukup bahan, simple sangat dan yang penting ada menu yang berkuah sikit. Walaupun simple tapi sedap je kat tekak saya.
Bahan bahan
1 pc Kepala Ikan Merah
1 pc tulang ikan merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang celery - potong size yang sesuai
1/2 batang lobak merah - potong size yg sesuai
1 batang serai
1/2 biji Kentang Russet
Sedikit lada sulah
Air secukupnya
Garam
Cara cara
1. Masukkan tulang ikan, carot, celery, bawang putih, bawang besar dan halia ke dalam periuk tekanan tinggi. Masak ikut arahan.
2. Setelah masak, tapiskan dan ambil stok sahaja. Carot boleh digunakan semula.
3. Masukkan stok tadi ke dalam periuk, masukkan kepala ikan dan kentang. Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan serai dan carot, perasakan dengan garam dan sedikit lada sulah.
5. Setelah kentang empuk dan kepala ikan masak, bolehlah diangkat.
3 comments :
Salam Hazila...
Wah! sup kepala ikan ....sedapnya...bolh kak cek mintak semangkuk...he he :)
ci cek,
ada pun semangkuk tapi dah selamat semalam...
sup ikan paling sedap..
Post a Comment