Sunday, April 17, 2011

Yes!!! It is Fish Day...............

 Selamat berhujung minggu...

Hari ini ialah Hari Ikan di rumah ni. Dua menu berasaskan ikan menjadi hidangan makan tengahari kami. Alhamdulillah dah selesai....


Hari ini my Mamak makan nasi penuh berselera sekali. Masa dia sampai rumah tadi saya tengah memasak kari kepala ikan. Masuk je dalam rumah terus ke dapur sambil cakap sedapnya bau kari, lama betul tak makan kan...  Kesiannya dia. 

Selain Fish Head Curry, ada Ikan Tebubuk Bakar. Ya..... Ikan terubuk bakar lagi. Tapi hari ni ikan terubuk bakar "terbakar" sikit sebab saya terleka seketika. Tiba tiba teringat ada bakar ikan kat belakang, bila tengok dah tergaring pulak. Nasib baik tak rentung...


 Ikan terubuk bakar

Semalam saya sudah memulakan activity berbasikal di dalam rumah. Masa beli tempohari, pekerja di sana ada sertakan jadual yang saya perlu ikuti. Hari Isnin sampai Jumaat perlu kayuh berapa lama dan weekends pulak berapa lama. Kalau ikut jadual tu, weekends saya perlu kayuh sejauh 7.5 km. Fuhhhh!!!!! seksa you, sebab dah lama sangat tak exercise, semua urat dan otot dah keras jadi bila tiba tiba exercise balik sakit seluruh badan. Hari ni perlu kayuh 7.5 km lagi.

Aduhai........

2 comments :

Chik Mimi said...

Amboi siap ada mamak lagi dah tu nak kena panggei u mami ke heheheh ya ampun buk

hazila said...

Chik Mimi,
kita bukan mami......
Tapi megi mee.