Tuesday, April 19, 2011

Ikan Masak Taucu


Malam ni saya hanya masak satu menu sahaja sebab my husband nak beli sup ekor dari restoren sebelum balik. Saya ada beli ikan bawal putih, kecil saja saiznya sebab saya tahu saya sorang saja yang akan makan. Then saya letak banyak sayur so tak perlu masak sayur lagi, jimat masa. Bila sampai rumah, bukan setakat sup ekor, ada sate 10 cucuk dan keropok kembang satu packet. Saya tanya kenapa tiba tiba beli keropok pulak ni, dia cakap sedap pulak bila nampak anak tokey restoren tu makan. Ada ke!!!! Budak tu baru darjah 1 rasanya.

Bahan bahan
1 ekor ikan bawal - bersihkan dan gaul bersama garam dan lada putih
Sedikit Carot - potong saiz yg sesuai
Sedikit timun - potong saiz yg sesuai
1 labu bawang besar (saiz sederhana)-belah berbaji
Sedikit air asam jawa
1 sudu makan taucu
Garam dan gula jika perlu
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan Tumis
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji cili hijau
1 biji lada merah

Cara cara
1. Kukus ikan hingga masak. Ketepikan. ( Kalau suka goreng, boleh goreng ikan seperti biasa )
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga layu, masukkan taucu dan air asam jawa. gaul sekata.
3. Masukkan carot,bawang dan timun dan sedikit air. Gaul sekata dan biarkan hingga mendidih. Perasakan jika perlu sebab taucu agak masin.
4. Setelah masak, tuangkan ke atas ikan sebelum dihidangkan.

No comments :