Thursday, April 14, 2011

Chilli Crab


Chilli Crabs

Kenapa malam ni rasa macam malas sangat nak menaip? Nanti bila senang sikit baru letak resepi semua ye.

Bahan bahan

4 ekor ketam
2 sudu cili kisar
1 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram
5 tangkai cili padi- dihiris nipis
1 batang serai - dihiris nipis
3 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor
1/2 cawan air
Sedikit minyak

Cara - cara
  • Gaul ketam dengan garam dan kunyit, goreng separuh masak. Ketepikan.
  • Tumis bawang putuh hingga naik bau. Masukkan bahan bahan yang telah dihiris nipis.
  • Kacau sebentar, masukkan cili kisar, kicap cair dan sos tiram. Kacau hingga naik bau.
  • Masukkan ketam dengan air dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan asam keping.
  • Biarkan hingga ketam masak dan kuahnya menjadi pekat. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  • Kalau suka berkuah, tak perlu tunggu hingga kuahnya menjadi pekat seperti yang saya buat.
*** Malam tadi saya cuma buat untuk 2 ekor ketam saja, jadi adjust ikut kesesuaian.

3 comments :

Mas said...

perhhh..rasa nak gigit2 jerk ketam tu...

hazila said...

Mas,
Tak boleh nak gigit la.... sebab dah habis.

pipikatak said...

salam.mintak izin pakai gambar.nampak sedap sangat.japg nak cuba buat :D