Showing posts with label Pulut. Show all posts
Showing posts with label Pulut. Show all posts

Tuesday, March 1, 2016

Pulut Dakap


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Makin hari makin liat nak update blog. Tapi tuan rumah macam bagus je save resepi yang lintas depan mata. Bila nak buat tu... tolak ke tepi dulu. Lama lama resepi yang dikumpul tu pun tak ingat simpan di mana.

Hari tu terasa nak makan Pulut Dakap, walaupun senang saja nak sediakannya tetapi asyik bertangguh. Memandangkan semua bahan dah ada, rajinkan diri ke dapur. 



Pulut Dakap

Bahan bahan
2 cawan beras pulut - rendam lebih kurang 2 jam.
Santan 
Secubit garam
Pisang Awak
Daun pisang - layur dan potong saiz sesuai
Tali untuk mengikat

Cara cara
1. Cuci beras pulut dan toskan. Masukkan ke dalam loyang. Tuang santan ke dalam loyang berisi beras pulut separas dengan beras pulut. Sekadar menutupi beras pulut. Masukkan secubit garam dan gaul sekata. Kukus pulut sehingga masak. Sejukkan sebentar.
2. Jika pisang bersaiz besar potong 2 @ 4 bergantung kepada saiz pulut yang kita kehendaki.
3. Ambil sehelai daun pisang, letakkan pulut dan ratakan. Ambil sepotong pisang ( jika suka boleh gaulkan dengan sedikit gula )dan letak dibahagian tengah pulut. Tutup daun pisang seperti kita sediakan lepat. Buat hingga selesai.
4. Ambil 2 bungkus dan kapit. Ikat di bahagian atas dan bawah.
5. Panaskan kukusan, kukus anggaran 15 minit.



Jumpa lagi.


Monday, May 11, 2015

Pulut Mangga


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
 
Maaf kerana agak lama tiada entry baru. Bukan kerana merajuk membawa diri cuma kurangkan aktiviti yang berkaitan memasak dan "terpaksa" menghabiskan makanan yang di masak ataupun di beli. Seram bila tengok diri sendiri di cermin, itu belum lagi dapat komen yang tersangat "manis" bila bertemu kawan kawan. Jadi bila tiada aktiviti di dapur maka tiadalah aktiviti mengambil gambar.
 
Tapi kesian pada blog sendiri bila nampak seperti terbiar dan terabai. So sebagai permulaan, saya letakkan gambar Pulut Mangga yang saya sediakan petang semalam. Maklumlah sekarang ini musim kawan kawan asyik tayang Pulut Mangga dengan Mempelam Harum Manis. Tak dapat Mempelam Harum Manis, gunakan saja apa jua jenis mangga yang manis.
 
Sehingga bertemu kembali...
 
 

Tuesday, March 25, 2014

Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban


Assalammualaikum dan Selamat Pagi....

Hari yang menyedihkan buat Negara Malaysia. Penantian selama 17 hari berakhir dengan berita sedih. Hanya DIA yang maha mengetahui segala rahsia kejadian dan siapalah kita untuk menidakkan takdirNya. Walaupun masih banyak persoalan yang belum terjawab, sekurang kurangnya memberi pengakhiran kepada penantian oleh keluarga yang terlibat. Semoga suatu hari nanti Allah swt memakbulkan doa rakyat Malaysia untuk merungkai segala misteri...

Al Fatihah dan Takziah untuk keluarga mangsa MH370. Berat mata yang memandang, tentulah berat lagi bahu yang memikulnya. Moga ada hikmah besar yang menanti atas apa yang terjadi...




Mimpi apa agaknya saya tiba tiba teringin nak buat Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban yang sinonim dengan negeri di Pantai Timur. Sebenarnya minggu lepas saya beli telur itik 10 biji sebab teringin nak makan masak lemak telur itik. Lepas tu baki telur tu tak tahu nak buat apa so google cari resepi yang sesuai. So terjumpalah resepi Pulut Sekaya ni. Sebab saya pernah terbaca yang selalunya mereka menggunakan telur itik untuk menyediakan juadah ini.

Saya jumpa satu resepi dari blog rezwati.blogspot.com, so decided to give it a try. Saya hanya buat separuh dari adunan.


Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban

Bahan bahan

Bahagian bawah
2 cawan pulut susu - rendam lebih kurang 8 jam.
Santan cair
Sedikit Garam - anggaran 1/2 sudu kecil

Cara cara
1. Bersihkan pulut dan toskan. Masukkan pulut ke dalam loyang. Masukkan garam ke dalam santan cair dan tuangkan ke dalam loyang yg menggandungi pulut tadi sehingga paras pulut sahaja.
2. Kukus hingga masak dan ketepikan.

Bahagian atas
5 biji telur itik
1 cawan santan pekat
1 cawan gula kabung yang di masak pekat
1/2 sudu vanila - untuk hilangkan bau hanyir telur itik

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender, kisar hingga sebati. Kemudian tapiskan.
2. Lapiskan loyang dengan plastik. Saya gunakan loyang bersaiz 9 inci. Kemudian masukkan pulut dan dengan hingga mampat.
3. Panaskan kukusan, kukus sebentar pulut tadi, kemudian ambil garfu dan cucuk cucukkan pulut.
4. Tuang adunan telur ke atas pulut dan kukus lebih kurang 20 minit atas sehingga masak. Caranya ambil lidi dan cucuk dibahagian tengah, bila ditarik keluar, lidi bersih.
5. Keluarkan dari kukusan, biarkan ia sejuk sebelum di potong.



Monday, September 30, 2013

Pulut Kelapa dengan Ikan Masin



Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Ermmmm hari ini saya nak jamu mata dengan sarapan pagi ala kampung.

Pulut tanak di gaul dengan kelapa parut dan dimakan dengan ikan sepat masin.

Pernah makan ke?




Biasanya ia adalah sarapan orang orang di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Kalau tidak silap, menu ini disediakan di waktu pagi, dimakan sebelum pesawah turun ke bendang.

Tetapi tidaklah mereka bulat bulakan pulut tu seperti saya buat. Saya buat untuk cantikkan food presentation saja.

Selain itu, kopi merupakan minuman yang sinonim dengan menu ini.


Sesekali mengimbau kembali kenangan lama berdasarkan cerita lama dari arwah nenek saya. Walaupun saya tidak pernah ke sawah tetapi boleh bayangkan dari cerita cerita orang orang lama.

By the way, ini bukanlah sarapan saya pagi tadi. Tak tahan mata kalau makan pulut awal awal pagi, nanti layu pula mata waktu bekerja.



Friday, July 12, 2013

Lopes Daun Buluh



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....


Alhamdulillah, hari ini kita sudah memasuki hari ketiga dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.

Bagi yang ada anak anak kecil, masa inilah kita boleh lihat pelbagai ragam mereka yang baru nak mula belajar berpuasa. Boleh stressed ibu bapa dibuatnya. Alah... kita mungkin lebih teruk dari itu masa kecil kecil dulu, ye tak?

Berbalik kepada menu berbuka, mesti ramai ibu ibu dan isteri yang teruja hendak menyediakan masakan kesukaan keluarga. Bagi ibu dan isteri yang berkerjaya, mungkin peluang untuk tunjuk skill hanya pada cuti hujung minggu. Maklumlah bila masuk bulan Ramadhan, automatically jalan sesak 2 kali ganda dari hari biasa.




Semalam ada kesempatan untuk menyediakan sejenis kuih yang agak mudah dan sinonim dengan bulan puasa, Kuih Lopes.

Semenjak diperkenalkan oleh cik puan mimi, saya memang dah selesa membuat kuih lopes menggunakan daun buluh. Lagi mudah bila gunakan pressure cooker untuk merebus kuih ini menjadikan lebih menjimatkan masa.

KUIH LOPES DAUN BULUH

Bahan bahan
300 gms pulut
2 sudu makan air abu ( bahan digunakan untuk melembutkan sotong kering)
Kelapa parut
Sedikit garam
Beberapa helai daun buluh - biasa digunakan oleh kaum cina untuk membungkus kuih chang.
Air gula melaka

Cara cara
1. Rendam beras pulut dengan air abu lebih kurang 1 jam. Cuci bersih dan toskan.
2. Rendam daun buluh sehingga daun menjadi lembut dan senang membentuk, cuci dan toskan.
3. Ambil sehelai daun buluh bentukkan seperti kon, masukkan lebih kurang 2 sudu makan beras pulut. Lipat sehingga menjadi 3 segi dan ikat menggunakan tali yang sedia ada. Buat sehingga habis.
*** Lebih elok dapatkan daun yang bersaiz kecil.
4. Masukkan semua pulut yang telah dibungkus ke dalam periuk tekanan dan ikut arahan. Setelah masak, angkat dan toskan.
5. Setelah sejuk, buang daun buluh dan salutkan kuih lopes dengan kepala parut yang telah dicampurkan dengan garam.
6. Hidangkan bersama sama dengan air gula melaka.




Sunday, January 8, 2012

Pulut Kuning & Gulai Puyuh


Selamat berhujung minggu buat pengunjung My Small Kitchen.....
Apa agaknya menu minum petang di hari minggu pertama pada tahun 2012 ni.... Saya sedang menyediakan bubur kacang dengan durian atas permintaan my better half. 

Tapi sekarang saya letak entry menu Pulut Kuning bersama sama dengan Gulai Burung Puyuh. Minggu lepas ada la my husband cakap yang dia lama tak makan pulut kuning. Saya cakap, nantilah bila senang senang nanti saya buatkan. Sebelum itu, ada tanya dia nak makan pulut kuning dengan rendang atau gulai? Saya lebih suka rendang tapi since my husband prefer gulai, maka buatlah gulai.

Rasanya kalau buat gulai ayam atau daging dah biasa sangatkan, so kali ni saya cuba gandingkan pulut kuning dengan gulai burung puyuh pula. Sesekali kena lah juga cuba lari dari kebiasaan........

Rasanya tak perlulah saya letak resepi sebab gulai burung puyuh sama saja cara memasaknya dengan gulai ayam yang biasa kita buat tu. Pulut kuning pun senang saja, tapi lebih sedap dan lembut kalau guna pulut susu. Semasa merendam pulut, masukkan sekeping asam keping. Petua untuk mendapatkan pulut kuning yang cantik.

Sunday, October 30, 2011

Pulut Panggang

Pulut yang belum dipanggang/bakar

Mari mari mari......
Hari ini kita makan Pulut Panggang, yang baru dipanggang panas panas....memang kaw kalau di makan bersama sama air nescafe susu yang hangat.

Yang ini pulut panggang berinti kelapa pedas, ada satu lagi pulut panggang yang berinti isi ikan. Rasanya orang di sebelah Pantai Timur yang selalu buat. Kalau diberi pilihan, saya lebih sukakan yang berintikan isi ikan tapi sebab malas nak asingkan isi ikan, jadi buat yang biasa saja.


 Pulut Panggang yang baru lepas panggang....

Saya gunakan BBQ Grill untuk membakar pulut tadi, kalau tak ada, boleh gunakan kuali leper. Kalau lagi rajin, boleh bakar guna dapur arang.

Bahan bahan

Untuk Pulut
500 gms beras pulut - cuci dan rendam semalaman atau lebih kurang 3 jam
1 cawan atau lebih santan pekat
Sedikit garam

Bahan untuk inti
1 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan udang kering - direndam terlebih dulu
2 cawan kelapa parut
2 batang serai
4 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Air secukupnya

Bahan lain
Daun pisang yang telah dilayur
Lidi / stapler
Sedikit minyak

Cara cara
1. Toskan beras pulut, masukkan ke dalam loyang. Campurkan santan dan sedikit garam, tuang ke dalam bekas loyang berisi beras pulut tadi sehingga menutupi beras pulut. Kukus hingga masak dan biarkan sejuk seketika.
2. Tumbuk halus serai, kunyit, bawang merah dan udang kering. Campurkan dengan cili yg telah dikisar terlebih dulu.
3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan kelapa parut. Gaul biar sekata, masukkan garam, gula dan sedikit air. Masak sehingga hampir kering. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
4. Ambil daun pisang, letakkan pulut dan ratakan. Letak inti kelapa ke atasnya dan gulung hingga pulut menutupi inti. Stapler di bahagian hujung. Buat hingga habis.
5. Panaskan pemanggang, oleskan sedikit minyak pada pulut yg telah dibalut tadi supaya tidak melekat semasa memanggang.
6. Alihkan pulut panggang beberapa kali semasa proses memanggang supaya tidak hangus.



Pulut Panggang



Monday, September 12, 2011

Lopes Daun Buluh


Salam di hari isnin....


Sedar tak sedar, hari ini sudah memasuki hari yang ke 14 di dalam bulan Syawal. Sekejap je rasanya. Bila hujung minggu saja, ramailah yang membuat rumah terbuka sempena Aidilfitri. Adakalanya dalam satu hari, berderet deret menerima jemputan sampai confius nak pergi yang mana satu. Perut pun apalagi, meragam satu macam bila disumbat pelbagai hidangan. Maklumlah, bila tengok semua hidangan, rambang juga mata nak memilih yang mana satu untuk di makan dahulu.

Tambahan kalau ke rumah kenalan rapat, lagilah mula lupa diri bersembang, suap makanan, sambung sembang lagi dan suap lagi..... Apalagi, cik abang kat seberang sana asyik menjeling je, bagi hints bilalah nak berhenti bersembang. Kebetulan hari sabtu lepas, hujan turun agak lebat juga di Shah Alam. Kami sampai di rumah kenalan tu terpaksa tunggu dalam kereta gara gara terlupa nak bawa payung. Akhirnya, kami meredah saja hujan sebab lama sangat tunggu dalam kereta. Tak kanlah nak pusing balik bila dah sampai depan rumah kawan tu kan....


Hujung minggu nanti lagilah ramai yang membuat rumah terbuka sebab Jumaat ialah cuti umum sempena Hari Malaysia. My husband dah tanya saya, nak buat makan makan ke kat rumah kita? Saya cakap, rasa macam nak buat juga kecil kecilan tapi tak pasti bila.Maklumlah semua weekends penuh kawan kawan lain buat, kalau nak nak buat weekdays malam.... alahai tak sanggup akak. 



Petang semalam saya buat Lopes Daun Buluh.

Stok daun buluh agak banyak juga di rumah, pemberian sahabat di Penang. Semua bahan ada dirumah kecuali kelapa parut je kena keluar beli di kedai. Rasanya lama juga tak buat kuih muih kat rumah, tambahan lepas raya ni, malasnya tak boleh nak cerita.....

Bahan bahan

Beras pulut
Air Abu / Abu Chang
Kelapa Parut
Garam
Manisan / Air Gula Merah / Gula Kabung

Cara cara
1. Rendam Pulut dengan air abu. Cuci dan toskan.
2. Rendam daun buluh dan talinya di dalam air dan lap dengan kain bersih.
3. Gulung daun buluh seperti hendak membuat ketupat pulut, masukkan beras pulut lebih kurang 2 sudu makan. Lipat daun buluh supaya beras pulut tidak keluar. Buat sehingga siap.
4. Masukkan beras pulut yang siap dibalut dengan daun buluh ke dalam periuk tekanan. Masak mengikut arahan periuk tekanan masing masing.
5. Setelah masak dan sejuk, buka pembalut/daun buluh, salut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
6. Hidangkan bersama sama air manisan.


Tuesday, July 26, 2011

Pulut Kuah Durian


Selamat pagi.....


Musim durian belum habis lagi, so bagi sesiapa yang "hantu" durian masa inilah boleh makan bersungguh sungguh sebab harga durian dah turun sikit sebab hampir memasuki bulan Ramadhan. Biasa buah yang berharga RM12 sekilo dah tinggal RM6. Ada juga yang harga RM4 sekilo dan buahnya elok berbanding yang harganya lebih mahal.

Last weekend saya balik kampung, sepanjang jalan penuh dengan orang jual buah durian. Seminggu sebelum tu my mom dah borong hampir 2 bakul padahal yang makan durian kat rumah tu bukannya ramai sangat tapi dia menjamu pekerjanya makan, so yang lebih tu siap buat tempoyak lagi. Bila nak balik, my mom suruh bawa balik tempoyak. Bestnya masak rebus tempoyak.....

Masa nak balik ke Shah Alam,sempat lagi beli 2 biji buah durian. Saya bukannya tau sangat jenis apa, ada yang namanya Musang King la, D24, Durian kampung, Udang Merah dan beberapa lagi yang saya pun tak pernah dengar. Sampai rumah, saya keluarkan isinya dan simpan dalam bekas kedap udara. Malam tadi terasa macam nak makan pulut kuah durian, so saya buat sikit. Masih ada balance lagi, masih berfikir nak buat apa pulak....


Pulut Kuah Durian

Friday, January 28, 2011

Ketupat Daun Buluh aka Chang


Salam Hari Jumaat,

Saya dah "jatuh chenta" dengan daun buluh dah ni....
Malam tadi saya buat Ketupat daun buluh aka Chang yang biasanya dibuat oleh kaum Cina.Tapi rasanya bentuk Chang lain sikit, saya balut seperti saya balut kuih lopes tempohari.

Sebenarnya saya tak pandai balut ketupat daun palas, so setiap kali nak raya selalunya mak atau arwah mak mertua saya yang balut. Saya cuma jadi pemerhati. Dah berkali kali mencuba tapi tak berapa nak menjadi, nanti mak saya cakap jadi ketupat jantan lah, betinalah... entahlah saya pun tak pasti.

Lepas ni kalau terasa nak makan ketupat pulut, selain pergi cari kat pasar tani boleh buat sendiri dan bila bila masa tekak terasa nak makan.

Thursday, January 21, 2010

Tapai Pulut


Actually tapai pulut ni "accidentally" terbuat.

Tak de plan nak buat pun. Hari Isnin lepas, my mom ada kat rumah, so tengahari tu dia nak masak untuk lunch. Saya pulak terlupa nak bagitau yg dalam tong beras tu ialah beras pulut. Sebab selalunya ambik beras beras dalam tu, dia pun ambik dan basuh nak masak. Masa dok basuh baru dia perasan kenapa beras ni nampak cam pulut.
Sebab dah basuh, dia masak jugalah. Lepas tu selongkar peti Doraemon saya, dia jumpa ragi dan daun pisang yg dah nak expired tu. So terhasillah Tapai Pulut. Manis you...

Thursday, September 24, 2009

Tapai Pulut

Biasanya masa hari raya, jiran sebelah rumah keluarga saya dikampung akan buat tapai pulut yang di isi di dalam daun getah. Tapi biasalah, kalau dah banyak sangat rumah yang nak di jelajah dan pelbagai makanan yang nak dijamah, jadi tapai tu saya sempat rasa sikit je. sebab tak puas makan, sebelum balik saya buat tapai dan pagi tadi dah boleh makan. Alhamdulillah, manis dan sedap makan sejuk sejuk.

Friday, June 5, 2009

Pulut Mangga


Sebenarnya kat rumah saya ada lebih kurang 15 biji mangga yang saya bawa balik dari Perlis tempohari. Maklumlah kat sana musim buah mangga especially Mempelam Harum Manis. Masa saya bawa balik hari tu rasanya hampir satu guni, itupun saya dah suruh my mother bawa balik dan sedekahkan dekat jiran jiran sebelah rumah di kampung. By the way, my parents ikut saya balik Perlis masa my MIL passed away. Hari hari dok makan buah mangga jer sampai dah tak tau nak buat apa. Salah satu dessert dari Thailand ialah Pulut Mangga, sedap especially kalau mangga tu manis.

Thursday, April 16, 2009

Pulut Serunding

Dah lama teringin nak makan pulut serunding tapi asyik tertangguh je. So malam tadi saya prepare semua supaya senang sikit esok pagi nak breakfast. Takut kelam kabut lambat pulak gi kerja.

Saturday, December 13, 2008

Ketupat Palas


Hahaha....jangan ditanya ketupat jantan,betina atau aww aww. Firts time cuba balut ketupat palas tanpa ada cikgu. Itulah, dari dulu tak mau belajar, bila dah tua tua baru terkial kial. Masa beli daun palas semalam, my husband tersengih jer tengok saya. Mesti dalam hati dia cakap, betul ker dia ni nak buat ketupat.