Showing posts with label Pencicah. Show all posts
Showing posts with label Pencicah. Show all posts

Monday, January 4, 2016

Air Asam bersama tomato dan perut lembu



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari pertama persekolahan, tentu kaum ibu yang paling sibuk sekali. Maklumlah banyak perkara perlu disedikan terutama bagi anak yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.

Rutin menyediakan bekal kembali lagi. Mesti kepala para ibu ligat berputar mencari idea untuk bekal anak anak ke sekolah.

Tapi hari ini saya bukan nak tolong bagi idea apa yang sesuai untuk buat bekalan. Tapi idea untuk orang yang suka makan organ dalaman lembu.


Thursday, February 27, 2014

Sambal Hitam Pahang


Assalammualaikum dah Salam Sejahtera....

Entry kali ini saya tayang gambar Sambal Hitam Pahang tapi buatan Shah Alam. Sebenarnya stock belimbing buluh yang siap direbus sudah agak lama saya simpan dalam petiais, kebetulan masa balik kampung, tengok emak saya simpan stok yang agak banyak dalam peti ais. Apalagi, dengan muka ala ala comel saya minta la sikit. Sempat lagi emak saya pesan, " jangan jangan belimbing buluh ni ada lagi masa mak datang Shah Alam 2,3 bulan lagi".....

Memandangkan next week my parents nak datang, apa kata saya clear dulu apa yang patut....

Resepi sambal hitam Pahang ni saya ambil dari dapur MaDiHaA

Bahan bahan

1/2 cawan belimbing buluh yang telah direbus
1/2 cawan cili padi/ kurangkan jika terlalu pedas
2 cawan ikan bilis yang siap dibelah
6 ulas bawang merah
5 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara
1.Tumbuk cili padi hingga lumat, ketepikan.
2. Tumbuk 3 ulas bawang merah hingga lumat dan balance 3 ulas lagi hanya dimayang.
3. Tumbuk ikan bilis dan belimbing buluh separuh hancur.
4. Panaskan minyak, tumis bawang merah yang telah dimayang hingga wangi, kemudian masukkan semua bahan yang telah ditumbuk tadi.
5. Goreng hingga hampir kering kemudian masukkan kicap pekat dan perasakan.
6. Goreng seketika lagi hingga betul betul kering dan bolehlah toskan minyak.
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



Tuesday, July 17, 2012

Sambal Belacan Belimbing Buluh


Salam,

Pagi ini tayang menu dinner malam tadi. Actually menu yang simple dan antara menu yang paling kerap dan paling laris jualannya dalam rumah saya, tentu KARI......

Paling kurang seminggu sekali mesti masak kari.


Since ada balance buah belimbing buluh yang saya gunakan untuk masak dengan Ikan Jenahak semalam, saya gunakan pula dalam sambal belacan. Maka jadilah Sambal Belacan Belimbing Buluh. Sebelum ditumbuk bersama sama dengan bahan lain, rendam dulu dalam air panas lebih kurang seminit supaya ia lembut.

Dulu my mom selalu letakkan buah belimbing buluh ini di atas nasi yang telah masak untuk melembutkannya.


Ini pula Ikan Bulus Goreng. Masa ke pasar hari ahad lepas, ada satu Chinese Lady cakap pada saya, ikan ini sedap ooooo buat goreng. Itupun masa saya tengah leka membelek ikan ni, maklumlah walaupun dah "veteran" bukannya kenal semua jenis ikan.

Tapi memang sedap bila digoreng dan cicah dengan sambal belacan belimbing buluh tu.



Yang ini main menu, Kari Ketam Tanpa Santan.

Sebab sehari sebelum tu dah makan masak lemak, so kali ni saya tak letak santan dalam kari ketam saya. Nampaknya my husband preferred this style of cooking. He asked for more....


Friday, June 8, 2012

Sambal Buah Kuini


Selamat berhujung minggu....

Cuti sekolah dah hampir ke penghujungnya. Masih sempat untuk bawa keluarga berjalan jalan sebelum sekolah dibuka semula. Suami saya memang tak nak kemana mana waktu cuti sekolah, sesak sangat katanya. Tapi dia memang tak suka berjalan jalan pun.....

Hari tu masa saya balik dari kampung, saya ada bawa buah kuini. Kebetulan banyak juga buah tapi tiada orang yang nak makan. Saya cuma ambil 3 biji, tapi sebab sibuk masa keluarga saya datang sampai saya terlupa. Baru perasan tadi, buah dah ada yang buruk, cuma tinggal sebiji saja yang masih elok.

So masa saya kupas buah, rupa rupanya dah tak berapa elok isinya. So nak makan saja pun tak berapa puas. Jadi terfikir nak buat sambal kuini. Then saya celur kacang bendi sebagai peneman.

Alhamdulillah dah kenyang.

Monday, November 21, 2011

Sambal Buah Kuini


Malam ni memang agak "PANAS"....
Maklumlah masing masing tengah tengah khusyuk menyaksikan perlawanan bolasepak antara Malaysia VS Indonesia. My husband, sekejap duduk atas kerusi, sekejap bangun berjalan kemudian duduk balik... Saya hanya jeling jeling je kat TV. Bila gol, saya tumpang jerit je.

Hujung minggu lepas, saya balik kampung sebab ada kenduri. Lagipun masa raya Haji tempohari kami tidak balik. Kebetulan sekarang musin buah kuini di kampung. Dulu kami ada 3 pokok buah kuini, so bila musim memang tak larat nak makan. Jiran jiran memang boleh tumpang makan sekali. Bila malam, especially kalau angin agak kuat sikit makan kedengaran bunyi buah kuini yang jatuh atas bumbung rumah. maklumlah rumah atap zink, jadi memang agak kuat juga bunyinya. So pagi esoknya pakat kami adik beradik kuitp buah kuini yang jatuh bertaburan....
Tapi sekarang hanya tinggal satu pokok saja, yang lain tu dah ditebang sebab abah saya nak besarkan rumah. Walaupun satu pokok, tapi buahnya memang banyak... So masa nak balik tu sempatlah saya kutip bawa balik, takdelah banyak sangat sebab saya tak boleh makan banyak sangat sebab asma. Suami saya pulak, sebiji pun tak habis.... Lepas tu masa nak balik, sempat singgah kat lebuhraya Karak dan my husband beli durian MUSANG KING SEBIJI. Boleh gitew..... saya tanya berapa ringgit? Dia cakap RM80. Hah saya kata biar betul? Saya cakap membazir je.... Bukannya nak makan sangat.

MEMANG BETUL....... dia cuma makan 3 ulas lepas tu dah berhenti. Dan macam biasa, saya sumbat durian tu masuk peti ais untuk agenda seterusnya. Sekarang rumah saya penuh dengan bau durian dan buah kuini bercampur aduk. Memang pening kepala dibuatnya.......



Buah kuini dari kampung.

Menu pertama gunakan buah kuini ialah sambal belacan buah kuini. Lepas tu goreng ikan kering buat cicah, perhhhhhh........ memang boleh lupa diri sekejap. Rasanya semua orang tahu macam mana nak buat sambal belacan kan....

Thursday, August 4, 2011

Menu Iftar ke 3


Pagi semalam my husband request nak makan ikan keli goreng, sebab tu saya ke pasar. Bila sampai pasar, bukan setakat ikan keli saja, tangan mula gatal nak beli yang lain juga. Oh ya, saya beli ikan keli semalam, 4 ekor tak sampai RM4 pun, berbanding RM5 seekor yang dijual oleh peniaga Bazaar Ramadhan. 


Ingat nak masak untuk berbuka semalam, lagipun saya beli banyak juga barang basah. Tapi sebelum balik kerja, my husband cuma request saya goreng ikan keli saja sebab dia teringin nak makan gulai kawah di sebuah restoren. Insyaallah kalau my husband tak ubah fikiran, petang nanti baru masak untuk berbuka.


Masa ke pasar, saya beli seikat ulam pegaga, mula mula nak beli daun selom tapi rasa macam dah lama pulak tak makan ulam pegaga. Jadi malam tadi, saya buat sambal tempoyak untuk dilawankan dengan ulam pegaga. Tak perlu lauk yang banyak, boleh lupa diri sekejap bila layan sambal tempoyak, ulam pegaga dan ikan keli goreng.....


Ulam Pegaga

Thursday, May 19, 2011

Sambal Cencaluk


Masa cuti hari pekerja tempohari, saya dan suami bawa ibubapa dan adik adik lelaki saya berjalan jalan ke Melaka. Actually plan nak berdua duaan dengan my husband ke Cameron Highlands masa cuti hari pekerja tu, tapi last minute tukar rancangan. Memandangkan minggu berikutnya hari Ibu, saya dan suami ajak my parents bercuti sekali, tapi diorang tak nak ke CH tapi ajak ke Melaka.
So, kami ke Melaka menghabiskan masa bersama sama my parents dan adik adik lelaki saya. Ikut sajalah mana mereka nak pergi, bawa makan ikan bakar dan shopping serba sedikit. Kiranya hadiah hari ibu la juga tu kan...  menggembirakan Ibu.

Kalau dah sampai ke Melaka, tak cukup syarat kalau tak beli Cencaluk bawa balik. Rasanya ada yang tak boleh terima cencaluk sebab baunya dan rasanya yang agak masin.  Saya suka makan tapi tak adalah selalu sangat. memang sedap kalau makan dengan nasi hangat.


Bahan bahan
Cencaluk
Bawang Besar
Cili Padi
Jus limau

Cara cara
1. Tuang cencaluk ke dalam penapis teh, lalukan air paip seketika supaya cencaluk tidak terlalu masin.
2. Mayang bawang besar dan hiris cili padi, masukkan ke dalam bekas berisi cencaluk. Perasakan dengan jus limau.
3. Sedia untuk dinikmati dengan nasi hangat.

Tuesday, January 4, 2011

Sambal Tempoyak

 
Sambal Tempoyak sebagai penyedap Singgang Ikan Aye.

Saturday, February 20, 2010

Sambal Belacan Mangga Muda


Mangga muda saya bawa dari kampung, geram tengok banyak buah mangga bergantunggan atas pokok.
My husband kata, next time kita bawa balik lori sebab semua benda nak beli atau angkt balik. Kalau boleh satu kampung. Itupun bapa saudara my husband nak tebang pisang yg dah tua setandan. Ampun.... mana nak letak. Dalam sesak sesak cam tu pun, diorang suruh bawa balik buah rozel, buah kedondong, daun selom dan sayur yg di tanam sendiri. So ambil serba sedikit je memandangkan hanya kami berdua kat rumah. Itupun jarang masak kalau dah sibuk sangat.

Wednesday, January 20, 2010

Daging Bakar & Air Asam


Dah beberapa hari saya tak masak, jadi hari ni kenalah masak sebab dah naik jemu asyik makan makanan bungkus.



Dah lama tak pekena daging bakar dengan air asam. C0nfirm tak angkat kepala la makan nasi.

Thursday, November 19, 2009

Mushroom Cream Sauce


Sos ni lebih kurang seperti white sauce yang biasa saya buat untuk dimakan dengan salmon steak dulu. Untuk resepi white sauce tu boleh refer pada resepi oleh sky@MyR. Tapi yang ini cuma ada penambahan cendawan dan beberapa bahan lain. Resepi asal boleh refer pada Simply Recipes.

Bahan bahan
  • Butter
  • 1/4 cup stock ayam ( kalau takde, ambil 1/4 cawan air panas + 1 sudu makan chicken granules)
  • 1 bawang besar, potong dadu
  • 1 cawan fresh mushroom, dihiris nipis. ( I used portabello mushroom)
  • 1 ulas bawang putih, crushed
  • 1/2 cawan sour cream / plain yogurt
  • 1/2 cawan heavy cream / whipping cream
  • Salt and pepper to taste
  • 1 sudu makan tepung gandum
Cara- cara
  • Panaskan butter, masukkan bawang besar dan biarkan hingga lembut sedikit.
  • Masukkan bawang putih dan cendawan dan masak sehingga cendawan lembut.
  • Keluarkan bawang putih, masukkan tepung gandum dan kacau rata.
  • Masukkan chicken stock,plain yogurt dan cream. Gaul sebati.
  • Perlahan api, perasakan dengan garam lada putih.

Friday, October 2, 2009

Acar Buah Limau


Acar limau ni bukan saya yang buat tapi mak saya. Hari tu masa balik kg, sempat tapau bawa balik. Kalau boring nak makan makanan lain, acar ni jadi penyedap.

Sunday, June 21, 2009

Sambal Buah Binjai


Tengahari ni saya buat sambal buah binjai yang saya beli semalam. Uihhhh berselera sungguh makan nasi tambahan cicah ngan daun selom dan kacang botol.

Wednesday, June 17, 2009

Sambal Belacan Siam


Pernah nampak kat rumah Rinnchan, dia buat sambal belacan siam ni. Mula mula ingat nak cicah ngan daun selom yang saya beli 2 hari lepas. Tengok tengok daun selom tu dah terkulai layu, terus tukar cicah ngan timun. Itulah je yang ada dalam esbok.

Antara bahan yg digunakan:-

Cili merah besar
Cili padi
Bawang putih
Garam dan gula
Belacan
Jus limau nipis

Caranya blend/tumbuk semua bahan kecuali jus limau nipis. Then baru masukkan jus limau nipis tu.

Sunday, May 24, 2009

Sambal Buah Kuini


Lunch tadi makan tengahari dengan berselera sekali. Manakan tidak, dah la makan ramai ramai, lepas tu ada sambal belacan buah kuini lagi. Laju jer nasi bertambah dalam pinggan.

Wednesday, May 6, 2009

Sambal Tempoyak & Timun

Uihhh dah lama tak makan sambal tempoyak ni tau, hari tu ada balance tempoyak dah buat asam rebus tempoyak dengan ikan. Semalam pergi pasar ternampak tempoyak terus sambar satu bungkus. Terlupa nak beli ulam nasib baik ada timun dalam esbok.

Tuesday, April 7, 2009

Sambal Cencaluk


Hari tu pergi Pasaraya HERO kat Sect 13, ternampak cencaluk ni. Belek belek, nampak baru lagi sebab warnanya yang agak cerah. So saya ambil sebotol, tapi asyik tertangguh jer nak buat. malam ni saya makan sambal cencaluk dengan ikan pari bakar. Tapi terlupa nak ambil gambar ikan pari bakar la pulak.

Thursday, January 1, 2009

Sos Lada Hitam & Potato Wedges

Walaupun hari hari cuti, saya tak ke mana mana. Jadi bila dah boring duduk kat rumah jer, ada saja yang nak dicuba. Untuk petang ni saya buat sos lada hitam untuk cicah ngan potato wedges.
Resepi sos lada hitam dari acik yarn @ MyR.

Bahan-bahan

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)

Cara-cara
  • Cairkan butter dengan api kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang .
  • Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  • Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  • Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  • Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau .Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa .
  • Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  • Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.

Monday, December 29, 2008

Garam Belacan

Semalam sedara dari kampung bawa buah jambu air. Sedap gak kalau cicah ngan garam belacan, so saya cuba resepi dari Maksu Om dari MyR. Meh kita cicah ramai ramai......


Bahan-bahan

1 cawan gula pasir
2 ketul belacan sebesar ibu jari.
1/2 sudu teh garam
5 biji cili api (boleh dikurang lebihkan)
5 sudu kicap lemak manis
5 sudu kacang goreng (ditumbuk kasar)

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan kecuali kicap dan kacang goreng dalam blender kering. Blend sampai hancur.
  • Dah hancur, tuang dalam bekas.Masukkan kicap dan kacang. Gaul.
  • Dah siap untuk dicicah dengan buah-buahan kegemaran.

Saturday, December 6, 2008

Sos Nasi Ayam

Entah kenapa, gambar blurr sangat. Inilah masalahnya kalau amatur yg ambil gambar. Takleh salahkan kamera, kena salahkan tuannya yg memang tak pandai. Untuk sup, saya buat sup ayam kosong jer.

Bahan untuk sos cili

3 biji cili merah
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit jus lemon
Sedikit stok ayam

Cara-cara
  • Kisar cili merah,halia dan bawang putih hingga halus.
  • Masukkan stok ayam dan jus lemon. Gaul rata. Sesuaikan rasanya.

Bahan untuk sos hitam / kicap


Lebihan cecair dari bahan perap ayam, campurkan dengan 1 senduk stok ayam/sup dipanaskan hingga mendidih.