Showing posts with label Appetiser. Show all posts
Showing posts with label Appetiser. Show all posts

Friday, May 2, 2014

Tauhu Sumbat


 Asslammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Alhamdulillah kita sudah memasuki bulan Rejab dan rasanya ramai yang berpuasa sunat semalam. Kebetulan semalam juga cuti sempena Hari Pekerja. Kebetulan juga hari gaji, bukan main lagi ramai umat manusia berpusu pusu di pusat membeli belah. Nak cari parking pun susah, ramai yang parking kereta di tepi jalan menambahkan lagi kesesakan yang ada.

Sempena cuti Hari Pekerja, so saya pun dapat cuti dari memasak. Dari pagi hingga ke malam, makanan di taja sepenuhnya oleh encik suami. Tetapi bukan sempena hari pekerja saja, tak ada cuti pun apa apa pun, saya selalu dapat cuti memasak......



 Beberapa hari lepas ada kawan posted gambar Tauhu Sumbat dalam group Whatsapps. Aduh rasa macam terliur pula. Sebab saya pernah rasa tauhu sumbat yang dia buat, jadi boleh rasa kesedapannya hanya melihat gambar di skrin telefon bimbit.

Plan nak buat siang semalam memandangkan hari cuti sebab tiada plan nak keluar ke mana mana sebab saya dah tahu kalau cuti awal bulan memang sesak pasaraya atau pusat membeli belah. 

Elok saja saya keluarkan ikan dan ketam dari esbok untuk sediakan makanan tengahari, my husband cakap tak perlu masak, kita lunch kat luar saja. Apalagi, cepat cepat masukkan semula ikan dan ketam ke dalam esbok. Seronok betul tak perlu masak ye......





 Memandangkan semua bahan sudah ada, saya buat juga tauhu sumbat untuk dibawa ke tempat kerja hari ini.
Kali ini saya mencuba sambal resepi dari kak Anymz cuma saya tukar dari cili kering kepada cili merah.

Bahan bahan untuk Sambal
6 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
2 cawan air
3/4 cawan sos tomato - anggaran
Garam dan gula secukup rasa.

Cara caranya
1. Potong cili merah, buang bijinya. Kisar cili merah bersama sama dengan bawang kecil dan putih hingga hancur.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sama dengan air dan sos tomato.
3. Masak hingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula.
4. Hidangkan bersama sama dengan tahu yang telah digoreng, di belah 2 dan disumbat dengan taugeh yang dicelur serta timun.



Thursday, May 24, 2012

Tauhu Sumbat



Tauhu Sumbat, antara makanan kesukaan saya. Ada orang suka makan tauhu sumbat dengan sos cili dan ada yang sukakan sos kacang. Tapi saya personally lebih sukakan kuah cili.

 Kalau lihat pada bahan bahan yang digunakan memang senang untuk didapati dan mudah juga untuk menyediakannya. Cuma yang agak remeh bila bab nak menyediakan kuah atau sosnya saja. Rasanya tauhu sumbat dijual dengan harga RM50 sepotong. Rasanya kalau ahli keluarga ramai lebih berbaloi menyediakannya sendiri di rumah.


Ada kawan saya yang berniaga makanan di Seksyen 6 Shah Alam, antara yang dijual ialah Tauhu Sumbat. Masa saya ke gerainya sebulan lepas, sempat juga merasa tauhu sumbat beliau. Tapi saya segan juga nak bertanya tentang resepi sos cilinya. Semasa berbual tu sempat juga dia bercerita tentang kerenah pelanggan yang hanya ingin membeli sos cili sahaja. Bila kawan saya bertanya pada pelanggan tu kenapa beli sos cili saja? Jawab pelanggan tu, tauhu murah je kalau nak beli tapi sos cili susah nak buat lagipun cili besar tu mahal harganya...

Begitulah kalau berurusan dengan pelanggan ni, macam macam kerenah yang kadang kala boleh menaikkan darah. Tapi nak buat macam mana kan, cari rezeki macam tu jadi kena tahan je lah...


Masa nak buat sos cili tu saya surf kat internet mencari resepi yang mudah.

SOS CILI TAUHU SUMBAT

6 biji cili besar
5 biji cili kering
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
1 cawan air

Cara cara
1. Kisar semua bahan kecuali tepung jagung garam hingga hancur. Masukkan ke dalam periuk dan didihkan.
2. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Bila sudah mendidih, pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung dan air. Bila sudah mencapai kepekatan yg disukai, matikan api.
4. Sedia dihidang bersama sama Tauhu Sumbat.

Tauhu - Goreng dan toskan. Belah dua.
Taugeh - dicelur sebentar
Timun dan Lobak merah - diparut






Thursday, August 25, 2011

Tauhu Goreng Singapore


Since semalam tak perlu masak menu yang bermacam macam, saya sempat buat Tauhu Goreng Singapore.

Friday, October 22, 2010

Tauhu Bakar Pak Anjang

 
Hari ini saya lunch dah agak lewat, hampir pukul 4 ptg. Kiranya lunch sekali dengan dinner. Hari ni teringin nak makan Nasi Bariani, bila dah sampai restoren tu, bukan setakat nasi bariani yang dibeli,sekali dengan tauhu bakar. Nasi makan dulu, tauhu bakar bawa balik makan kat rumah..
Saya suka makan tauhu bakar kat restoren ni, sebab kulitnya rangup dan isi (sayuran) nya banyak. Sosnya pun sedap, ikut tekak saya la kan....tekak org lain mungkin tak sama.

Sunday, October 10, 2010

Rojak Tauhu


 Dah beberapa minggu saya asyik terfikir nak makan rojak tauhu ni. Kadang kala dah beli semua bahan tapi sebabkan malas nak buat, simpan je dalam peti ais. Ada kalanya dah bersemangat nak buat, ada program lain pulak. Akhirnya hari ni menjadi juga, kalau tak tak tau la bila pulak nak buat. Minggu ni saya sibuk dengan perjumpaan semula dengan kawan kawan masa kerja dulu dan juga kawan kawan masa high school. 

Bayangkanlah dah hampir 21 tahun tak pernah bertemu, bila bertemu macam macam cerita keluar. Itupun ada yang tak dapat join sebab lambat diberitahu. Lepas ni kena buat gathering lain untuk sambung balik cerita yang tegendala semalam tu...


Pernah buat dulu, rasanya tahun lepas. Tapi kali ni saya tambah bahan lain sikit.

Bahan bahan

2 keping tahu biasa
1/2 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
50 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap
1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang
2 ulas bawang putih*
4 biji cili padi*
100g kacang tanah*
2 camca besar gula melaka*
3 camca besar kicap pekat*
1 sudu kecil jus lemon / cuka
1 sudu kecil prawn paste / otak udang ( ini saya tambah)
Sedikit air*(*bahan sos kacang)

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera

Friday, May 7, 2010

Tomato Bruschettta


Hari tu nampak kat rumah AongRoz, dia makan untuk breakfast. So hari saya buat kat rumah saya. Senang je, tapi sesuai makan dengan roti perancis. Kalau dengan roti biasa tu kurang sikit kot.


Bahan bahan

2 biji tomato yg masak.
2 ulas bawang putih
English dry herbs
Garam
Lada hitam
Olive oil
Roti perancis

Cara cara

1. Tomato di buang bijinya, potong dadu.
2. Hiris nipis bawang putih. Masukkan ke dalam bekas berisi tomato tadi.
3. Gaulkan dengan english herbs, olive oil, garam dan lada hitam.
4. Grill di dalam Microwave selama lebih kurang 15 minit.
5. Potong roti perancis, letakkan tomato bruschetta di atasnya dan makan.

Monday, May 3, 2010

Watermelon, Mint & Feta Cheese


Hari ni menu ringkas dan malas, boleh gitu? Menu asal dari Nigella tapi dah masuk rumah saya jadi menu Hazila la kan.....

Pelik tak, buah tembikai makan dengan Feta Cheese yang sedikit masin tu? Bergantung pada tekak masing masing la kan... Bercakap pasal pelik ni, saya pernah nampak orang makan tembikai yang ditaburkan sedkit garam halus ke atas tembikai tu. Katanya lebih sedap dan sedikit rasa "lemak". Nak tau camne, kenalah cuba kan...

Saturday, November 14, 2009

Ebi Mayo


Tengahari ni tak masak dan my husband pun tak balik untuk makan, jadi secara otomatiknya saya malas nak masak untuk lunch. Tapi perut terasa lapar pula. Jadi godek godek la apa yang patut. Sebab malam nanti, boss nak belanja makan malam.



Bahan bahan

Udang - dibuang kulit dan belah belakang
1 sudu jus halia
tepung ubi
garam
Mayonis
minyak untuk menggoreng
Salad

Cara cara
  • Udang di gaul dengan garam dan jus halia.
  • Campurkan dengan tepung ubi, gaul sekata.
  • Panaskan minyak dan goreng udang hingga masak.
  • Toskan dan gaulkan dengan mayonis.
  • Potong daun salad dan letakkan dalam bekas yang sesuai.
  • Aturkan udang tadi di atasnya. Sedia untuk dinikmati.
** Untuk detail resepi sila refer pada resepi dari Ringo@MyR.





Tuesday, December 23, 2008

Tauhu Bakar

Semalam memang pening kepala dibuatnya. Habis komputer kena virus. Sepanjang hari dok sibuk repair balik. Sekejap ok sekejap tak. Banyak kerja tertangguh. Bila kepala dah mengong, memang ler malas nak masak. Sebelum balik gi beli nasi beriani dan tauhu bakar ni. Feveret ni... Yang buat dia sedap sebab kuahnya. Ermmm sampai menjilat pinggan ler.

Monday, July 7, 2008

Tauhu Sumbat

Resepi ambil dari lizacomel@MyR. Kuah tu memang sedap.

Bahan-bahan

10 keping tauhu lembut
1/2 batang timun
200 gram tauge

*bahan kuah istimewa*

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 - 5 sudu makan cili giling
4 senduk gula pasir
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa

Cara-cara

gorengkan tauhu dan biarkan sejuk...timun dipotong halus memanjang...tauge dibuang ekornya dan dicelur...
gaulkan timun dan tauge...tauhu goreng dibelah dua kepada bentuk segitiga...kemudian,dipotong bahagian tengah tauhu lalu disumbatkan campuran timun dan tauge tadi...
untuk kuah istimewa: mula-mula,kisarkan bawang merah dan bawang putih...
panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi...masukkan cili giling dan gula pasir...kemudian masukkan air asam jawa...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan bersama tauhu sumbat

Saturday, July 5, 2008

Bergedil

Hari tu beli kentang 1 plastik, senyap dan sunyi dia duduk kat dapur tu. Mula mula masa beli, ingat nak masak inti karipap ke,mashed potato ke, tapi tak buat buat juga. Balik kerja semalam terfikir nak buat bergedil. Belek punya belek terjumpa resepi bergedil yg agak senang, jadi project is on.

Bahan bahan

3 biji kentang
Segenggam bawang goreng
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
1 biji telur
Garam

Cara-cara
  1. Kentang dicuci dan direbus. Tumbuk kentang hingga hancur. Masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang yg telah dipotong halus.
  2. Gaulkan sehingga sebati, kalau kurang masin, tambah sedikit garam.
  3. Bulat bulatkan adunan, tekan sedikit biar agak leper.
  4. Celupkan ke dalam telur yg dipukul sedikit. Golek-golek sebentar dan goreng di dalam minyak panas. Setelah kekuningan bolehlah diangkat.