Shah Alam hari ni disirami hujan......
Hari ini lunch tak masak, saya dah siap keluarkan barang basah dari freezer bila my husband cakap dia nak beli outside food untuk makan tengahari. Jadi saya simpan balik untuk masak makan malam pulak.
Semalam saya dah siap beli kelapa parut untuk buat Coconut Candies tapi sebab semalam lepas beli photo table tu, my husband singgah workshop kereta sebab tiba tiba ada bunyi dari bahagian tayar. Risau juga kalau masa tengah drive timbul masalah pulak. So kami berhenti untuk buat pemeriksaan, rupa rupanya ada satu alat dekat bahagian tayar dah jammed. So mahu atau tidak kena tukar juga, tapi yang buat lama sangat menunggu tu sebab spare part takde stock dan kena order dulu. Hampir 3 jam jugalah menunggu.....
Sekarang berbalik pada Coconut Candies pulak ye...
Bahan bahan
3 sudu makan butter
3 cawan kelapa parut
3/4 cawan susu pekat manis ( kurangkan kalau tak suka manis sangat )
Pewarna
Cara cara
1. Panaskan non stick pan, masukkan butter dan biarkan ia cair.
2. Masukkan kelapa parut dan goreng lebih kurang 8 minit dengan api perlahan, jangan sampai hangit.
3. Masukkan susu pekat, gaul rata dan goreng sebentar lebig kurang 2 minit.
4. Masukkan ke dalam bekas, letakkan pewarna yang disukai. Biarkan sejuk sebentar sebelum membentuk ikut kreativiti sendiri atau masukkan ke dalm loyang, tekan dan sejukkan.
6 comments :
Nampak menarik n mesti rasanya lemak2 manis gitu...:)
Salam lama betul x mkn kandi..zamans ekolah dulu mak rajin buat tiba raya...bebagai perasa ada...tq resepi yee ingat nak try juga wat...
rasa chewy2 ke ek..mcm tak pernah rasa je..tapi cantik
StarAnise,
yep, lemak lemak dan manis. Tak boleh makan byk sangat nanti high cholesterol...
Sheila,
Memang agak popular masa zamaan zaman sekolah dulu kan....
Izah,
Camne ye nak describe rasa dia, tapi memang agak manis juga.
Post a Comment