
Sekarang musim buah Mempelam Harum Manis dan buah Keriyang Dot kat Perlis. Rasanya buah Keriyang Dot ni banyak ditemui di sebelah Utara terutama di Kedah dan Perlis. Ada 2 jenis buah keriyang iaitu Keriyang Dot ( buahnya agak besar ) dan buah keriyang ( buanya kecil ). Rasanya agak kelat dan kalau sudah ranum sedikit manis. Selalunya sebelum makan, buah ini dicuci dan direndam di dalam air garam. Kalau tak silap, di Kelantan ia dikenali sebagai Jambu Arang.

No comments :
Post a Comment