Monday, August 31, 2009
Goat Milk, Anyone?
Sunday, August 30, 2009
Menu Hari ke 9
Hari ni pun cuti masak lagi. Bila tanya my husband nak makan apa untuk berbuka, katanya tengoklah nanti. Kita pergi bazaar ramadhan. Pusing 2 Bazaar Ramadhan tapi takde satu pun yang berkenan di hati my husband. Ada je yg tak kena pada pandangan dia, especially kalau ada byk sangat lalat kat gerai tu, confirm dia tak beli punya. Pernah sekali, puasa tahun lepas, kami pusing Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam sampai 2 kali, lastly balik dengan tangan kosong. Dalam hati tension gak, tapi nak buat camne. Kalau beli pun nanti dia tak makan, rugi je buang makanan tu. Hari ni pun sama, lastly beli lauk kat restoren.
Kuih Tako -
beli kat Bazaar Ramadhan Puncak Alam. Rasanya ok je. Saya selalu buat bahagian bawah guna agar agar tapi yg ini atas bawah guna tepung.

beli kat Bazaar Ramadhan Puncak Alam. Rasanya ok je. Saya selalu buat bahagian bawah guna agar agar tapi yg ini atas bawah guna tepung.
Saturday, August 29, 2009
Berbuka Puasa di KGSAAS
Malam ni tak ramai sangat org masa buffet tadi mungkin sebab cuti panjang dan ramai yg balik kampung. Kebiasaannya memang tak ramai minggu pertama puasa tapi bila dah masuk minggu kedua dan ketiga, memang ramai yang menganjurkan berbuka puasa di tempat tempat cam ni. Tadi senang dan selesa je nak ambil makanan sebab makanan lagi byk dari org. Tapi bukannya boleh makan banyak sangat pun.... Sebenarnya ada byk lagi makanan tapi tak sempat nak snap gambar sebab segan seh... Ada kambing bakar, ayam dan ikan bakar, otak otak, rojak buah, rojak mamak, segala macam kerabu, lemang, ABC, cendol dan entah apa apa lagi.
Cuti Masak......
Munge

Semenjak dua menjak ni hobi saya membeli bunga kekwa. Mula mula kaler kuning, kemudian merah dan hari ni putih pula. Saya beli kat Floris Giant, harganya RM2.50 sebatang, kemudian beli kat Pasar Moden Seksyen 6, harganya Rm2. Tadi saya ke Klang, jumpa org jual dengan harga RM1.20.Biasanya kat Klang, ramai Indian yang jual bunga ni kat tepi jalan. Lagipun bunga kekwa boleh tahan hingga 1 minggu tapi kena rajin tukar air.
Friday, August 28, 2009
Menu Semalam
Semalam sampai rumah dah hampir pukul 6 ptg.Selesai apa yang patut dulu kemudian start memasak. Siap semua, hidang atas meja, tengok jam dah pukul 7.13 pm. Aduhai, cam nak tumbang je. Baru je nak letak bontot atas kerusi, dah azan kat TV.
Thursday, August 27, 2009
Pinggan Lagi.....

Sago
Wednesday, August 26, 2009
Aduh letihnya.......

Kerabu Jantung Pisang
Bahan bahan
1 jantung pisang - direbus dan dihiris halus
1 ekor ikan kembung - direbus dan ambil isinya
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
3 ulas cili padi
Jus limau
Garam secukup rasa
Cara cara
- Tumbuk lumat bawang besar, cili merah dan cili padi.
- Masukkan jantung pisang, isi ikan dan bahan yang ditumbuk lumat ke dalam bekas. Gaul rata.
- Perasakan dengan garam dan jus limau.
Tuesday, August 25, 2009
Monday, August 24, 2009
Rindukan Mamak........
Masa hari Sabtu, lebih kurang pukul 11.30 pm, tiba tiba my husband tanya "Nak keluar makan tak?" Saya tanya nak ke mana, dan jawabannya, " Mamak, makan roti nan."Baru sehari puasa, dia dah teringat kat mamak.......
Sunday, August 23, 2009
Saturday, August 22, 2009
Friday, August 21, 2009
Kuih Lopes

Bahan bahan
2 pot Beras pulut
1 sudu makan air abu
Daun pisang - dilayur terlebih dahulu
Kelapa parut
Garam
Gula kabung/melaka
Cara cara
- Rendamkan pulut dengan air dan masukkan air abu. Biarkan selama 1 jam.
- Cuci bersih beras pulut dan toskan.
- Potong daun pisang kepada saiz yg sesuai.
- Daun pisang dibuat kelongsong, masukkan beras pulut dan lipat daun pisang menjadi segitiga. Ikat dengan rapi supaya ikatan tak terbuka semasa proses merebus.
- Buat sehingga semua pulut habis.
- Masukkan semua pulut yg telah disi tadi ke dalam periuk tekanan (Pressure Cooker).
- Masukkan air dan tutup. Ikut Manual Instruction PC masing masing.
- Lebih kurang 20 min-25 min, kuih lopes akan masak. Angkat dan toskan.
- Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Keluarkan kuih lopes dari daun pisang, salut dengan kelapa parut tadi.
- Sedia dinikmati dengan air gula melaka/manisan.
Agar Agar Ros

Semalam tiba tiba teringat nak buat agar agar sirap yg biasa org buat kalau kenduri kahwin kat kampung dulu dulu tu. Ada org gelar agar agar bodoh je, mungkin sebab hanya menggunakan bahan bahan asas saja. Tapi kalau kita "make up" sikit, boleh jadi menarik dan sedap mata memandang dan menaikkan selera orang yang melihatnya.
Som Tum
Thursday, August 20, 2009
Gulai Udang & Nangka Muda
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)