Saturday, October 31, 2009
Spaghetti Sardines
Friday, October 30, 2009
Thai Beef Noodle Soup
Bahan bahan
500gms tulang lembu
1 labu bawang besar - dibelah 2
1/2 batang carot - dipotong kepada saiz sesuai
2 cm halia
2 biji bunga lawang
1/2 batang kulit kayu manis
1/2 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang putih
Air secukupnya
Cara membuat stock
- Masukkan semua bahan diatas ke dalam periuk tekanan (PC). Ikut arahan PC masing masing. Kalau ada function untuk 'MEAT' tekan dan tunggu hingga masak.
- Tapis untuk ambil sup sahaja. Masukkan ke dalam periuk lain.
- Panaskan dan perasakan dengan garam dan sos ikan. Renehkan dengan api perlahan.
- Kalau suka mee boleh gunakan mee dan kalau suka bihun, celur bihun dan toskan.
- Masukkan bihun ke dalam mangkuk, masukkan taugeh, daun ketumbar, cili merah potong dan limau nipis yg dipotong baji.
- Tuangkan stock/sup tadi ke dalam mangkuk bihun tadi.
- Kalau suka boleh makan dengan cili kicap tapi Thai version, mereka gunakan sos ikan dan nuoc cham (sejenis sos pencicah).
Thursday, October 29, 2009
Cisss....ko kek
Dinner Semalam
Wednesday, October 28, 2009
Lunch.......
Breakfast at Old Town White Coffee
Kan dah cakap, kalau dah malas datang melanda, breakfast pun malas nak buat. Ala ni alasan saya je. Hari ni saja je nak cuba breakfast kak kopitiam pulak. Old Town White Coffee ni baru je beroperasi kat Seksyen 13 Shah Alam. Located at ground floor of Acapella Apartment. Suasana yang bagus, sambil minum kopi boleh tengok org berpusu pusu pergi kerja. ( Takde kerja ke tengok org pergi kerja )


Bila terlebih Rajin........
Kalau dah rajin, memang byk makanan masa dinner. Tapi kalau dah "terlalu rajin", makanya apa apa pun saya malas nak masak. Semalam balik kerja terus ke Pasar Seksyen 6, beli stok barang basah, malas pulak nak masak. So cakap ngan husband kita beli yg dah siap je lah. Saya cuma beli Roti John, memang sedap dan selalunya kalau nak makan roti john, saya akan beli di sini.
Tuesday, October 27, 2009
Kepah Kukus Ala Thai
Bahan bahan
Kepah
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh chicken granules
Garam secukup rasa
Cili merah
Daun ketumbar untuk hiasan
Cara cara
Kepah
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh chicken granules
Garam secukup rasa
Cili merah
Daun ketumbar untuk hiasan
Cara cara
- Cuci kepah dan masukkan dalam bekas yg sesuai untuk dikukus.
- Campurkan bawang putih (tumbuk),sos ikan, chicken granule, cili padi yg dihiris halus dan sos ikan.
- Tuangkan ke atas kepah dan kukus lebih kurang 10 minit atau hingga masak.
- Angkat dari kukusan dan taburkan daun ketumbar dan cili merah.
- Sedia untuk dimakan.
Udang Goreng Berserai
Tak habis lagi citer udang.....
Semalam Goreng Udang Berserai pulak. Lepas tu ikat la riben sikit kat udang tu biar lawo la kan.
Bahan bahan
4 ekor udang dibersihkan
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 cm kunyit
Garam
1 sudu makan cili kisar
Daun pandan
1 sudu kecil tepung jagung
Cara cara
- Kisar serai,kunyit, bawang besar dan bawang putih hingga hancur.
- Campurkan dengan garam, cili kisar dan tepung jagung. Gaul rata.
- Tuangkan ke atas udang dan perap selama 1 jam.
- Ikat udang dengan daun pandan, gorng hingga masak.
- Sedia dinikmati.
Monday, October 26, 2009
Nasi Impit Kuah Kacang & Meat Balls
Bahan bahan
- 300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
- 5 biji bawang merah *
- 3 ulas bawang putih *
- 1 batang serai*
- 1/2 inci halia *
- 3 cm lengkuas*
- 1/2 inci belacan bakar*
- 1 batang serai (diketuk)
- 5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
- 2 sudu makan gula merah/gula melaka
- garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
- air secukupnya
- Meat balls
Cara-cara
- Kisar bahan2 bertanda *.
- Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
- Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
- Masukkan meat balls.
- Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
- Hidangkan setelah masak.
Sunday, October 25, 2009
Sambungan JJCM Melaka
Jalan Jalan Cari Makan Melaka
Actually saya dan suami nak bercuti ke Kuala Selangor. Kami diberitahu ada satu resort yg agak baik dan berdekatan dengan jeti nelayan. Dalam kepala asyik ingat nak makan seafood je. Kebiasaannya kami jarang plan our vacation sebab selalunya mesti tak jadi. Ada je halangan. Jadi kalau tiba tiba terlintas nak bercuti je, terus bungkus kain baju dan pergi.
So petang jumaat tu masa sembang sembang dengan my husband, dia ajak ke D'Muara Marine Resort kat Kuala Selangor ni. So malam tu saya call dan konon kononnya nak buat reservation. Bila tanya, rupa rupanya resort tu fully booked every weekend until end of the year. Next year baru free. So takpelah, maybe takde rezeki. Hari sabtu, my husband ada jemputan kenduri sebab kawannya nak ke Mekah. Sampai rumah dah hampir pukul 3.30 ptg. Sambil dok layan TV, dia cakap, jom kita gi Umbai Melaka makan ikan bakar? Saya cakap dah petang ni, tapi my husband ajak juga.
Apalagi, lepas asar terus pecut ke Umbai. Lepas tu dia sempat bagi suggestion nak terus ke Batu Pahat pula, sedangkan kami pergi sehelai sepinggang je. Nasib baik dia kansel, kalau tak puas pulak nak cari baju kat BP tengah tengah malam.











So petang jumaat tu masa sembang sembang dengan my husband, dia ajak ke D'Muara Marine Resort kat Kuala Selangor ni. So malam tu saya call dan konon kononnya nak buat reservation. Bila tanya, rupa rupanya resort tu fully booked every weekend until end of the year. Next year baru free. So takpelah, maybe takde rezeki. Hari sabtu, my husband ada jemputan kenduri sebab kawannya nak ke Mekah. Sampai rumah dah hampir pukul 3.30 ptg. Sambil dok layan TV, dia cakap, jom kita gi Umbai Melaka makan ikan bakar? Saya cakap dah petang ni, tapi my husband ajak juga.
Apalagi, lepas asar terus pecut ke Umbai. Lepas tu dia sempat bagi suggestion nak terus ke Batu Pahat pula, sedangkan kami pergi sehelai sepinggang je. Nasib baik dia kansel, kalau tak puas pulak nak cari baju kat BP tengah tengah malam.

Saturday, October 24, 2009
Baru Sampai.......
Baru je sampai di rumah dari Jalan Jalan Cari Makan kat Melaka. Punyalah bagus, plan nak pergi lain, tapi end up kat Melaka pulak. Lepas tu balik hari, punyalah letih. Esok saya upload gambar sebab sekarang letih dan mengantukkkkkkk........
Mango Lassi
Friday, October 23, 2009
Puding Kukus Laici
Bahan Bahan
1 tin susu cair
4 keping roti putih
4 biji telur
1 sudu makan gula pasir
Isi laici
Untuk Jelly
1 packet jelly nona perisa strawberry
400 ml air
Cara cara
- Panaskan kukusan.
- Rendam roti di dalam susu cair. Kisar hingga halus roti, susu cair,telur dan gula.
- Masukkan bahan kisar ke dalam loyang yg sesuai dan kukus lebih kurang 30 minit.
- Angkat dan biarkan ia sejuk.
- Sementara itu sediakan jelly mengikut arahan di kotak.
- Susun buah laici di atas adunan yg telah dikukus tadi.
- Tuangkan jelly ke atas adunan. Sejukkan sebelum dihidang.
Spaghetti With Meatball Sauce
Semalam mata hitamku bertukar jadi hijau dan biru gitu. Sebenarnya dah tak tau nak masak apa. Tanya yg sorang tu nak makan apa, jawapan yg standard ialah.... apa apa je lah. Adoi bab tu yg akak pening kepala tu nak memikiokan resepinya. Alih, petang tu ajak dia gi TESCO, rembatlah apa yang patut untuk dinner. Since dah lama tak masak spaghetti, so kita buat yang senang je lah kan. Meatball tu pun yang ready made. Sos, dah tentu yg dalam botol je.
Thursday, October 22, 2009
Onde Onde Keledek
Tom Yum Udang
Tekak terasa nak makan dessert tapi otak cakap, ko tu tengah malas, takyah buat apa apalah. Tapi tekak tetap nak makan juga jadi saya makan ais krim je lah. Tapi ais krim tu bukan saya buat ye...
Wednesday, October 21, 2009
Bihun Goreng
Semalam memang sibuk sampai ke petang, jadi rasa malas sangat nak memasak. Nak makan nasi pun terasa malas, lastly atas persetujuan bersama, saya cuma masak bihun goreng untuk makan malam. Jadi apa yang ada dalam esbok semua lambak je dalam bihun ni. Sayur pun masuk sikit je sebab ada yg tak suka. Kalau letak sayur byk sangat nanti dia siap kuis kuis ke tepi atau angkut masuk dalam pinggan saya.
Menu Hari Isnin
Monday, October 19, 2009
Hot Choc With Banana
Bahan bahan
1/4 cup cocoa powder
Sugar to taste
2 tbsp milk powder
2 ripe banana, mashed
1 litre low fat milk
50 gm white marshmallow
Method
- Put the cocoa, sugar, milk powder, banana and milk into a blender and puree until smooth.
- Transfer into pan and cook over medium heat until hot.
- Divide the moxture into 4 large mugs and top with marshmallow.
Aktiviti Hujung Minggu
Ini gara gara tergoda dek Lee Lin lah ni..... Petang semalam me and my husband heading to Awan Besar R&R semata mata nak makan Sate Kajang Hj Samuri. Padahal kat Bukit Tinggi Klang pun ada, tapi saje je nak berjalan jalan ke sana. Pergi sana macam nak makan byk sangat, tapi cuma order 10 cucuk sate je. Buat habis duit tol & minyak....


Lepas tu masa balik saje je singgah kat Stadium Shah Alam sebab nampak ada function, rupa rupanya ada SUA RASA NTV9 ke hapa entah. Tengok byk juga gerai walaupun tak sebanyak masa JOM HEBOH. My husband tanya nak pegi ke? Saya kata kalau ada parking ok le. Rupanya tak ramai org sangat, saje jalan jalan cuci mata lepas tu balik. Takde yg menarik hati sangat pun...




Lunch Hari Minggu
Streamyx kat rumah buat hal lagi, dari semalam sampai hari ni masih tak boleh access internet. Dah call, tapi tak taulah berapa lagi baru nak hantar technician untuk check apa yg tak kena. Semalam pergi pasar tani Shah Alam, ternampak org jual Udang Lipan atau Udang Kertak. Saya tau makan pun lepas kahwin dengan my husband. Selalunya saya goreng je, kalau masak lain, my husband tak suka pulak.


Subscribe to:
Posts
(
Atom
)