Wednesday, May 29, 2013

Roasted Chicken Rice





Assalammualaikum dan Selamat Pagi....



Cuaca yang tidak menentu, ramai yang kurang sihat bila diserang batuk dan sakit tekak. Kebetulan masa saya balik kampung hujung minggu lepas, cuaca agak panas membahang dan bila balik ke Shah Alam semula, ada kalanya hujan. Maka mulalah hidung tersumbat dan tekak terasa perit...

Oh ya semalam ulangtahun kelahiran my husband dan hari ini ulang tahun pemergian ibunya @ Ibu mertua saya. So sejak 5 tahun lepas, my husband kurang selesa nak meraikan harijadinya. Semalam saya balik kerja awal dari biasa sebab dia request nak makan nasi ayam.



Hanya buat nasi ayam yang simple dan cepat.


 Nasi ayam

Bahan bahan
2 cawan beras - cuci bersih dan toskan
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu makan butter
1 sudu makan chicken stock
1 helai daun pandan

Cara cara
1. Tumbuk halia dan bawang putih hingga hancur. Panaskan kuali, masukkan butter dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan beras yang sudah ditoskan tadi ke dalam kuali. Gaul sekata. Matikan api.
3. Pindahkan beras ke dalam Rice Cooker, masukkan air mengikut sukatan pada Rice Cooker. ( Saya lebihkan sedikit ).
4. Masukkan simpulan daun pandan dan chicken stock. Masak seperti memasak nasi biasa.


 Roasted Chicken

Bahan bahan
2 keping peha ayam - cuci bersih dan toskan
1 sudu besar minyak zaitun
Sedikit garam
Butter - 4 ketul anggaran besar ibu jari

Cara cara
1. Perasakan ayam dengan garam dan lumurkan dengan minyak zaitun.
2. Ambil 2 ketul butter dan masukkan di bawah kulit ayam untuk setiap peha ayam.
3. Grill di dalam oven sehingga masak dan garing.



Sup ayam bersama lobak putih. Saya suka betul letak lobak putih dalam sup ayam.

Bahan bahan
150 gms ayam - saya guna bahagian yang bertulang
1 inci halia
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Air secukupnya
Garam
1/2 batang lobak putih

Cara cara

1. Tumbuk hancur halia, bawang putih dan bawang merah.
2. Panaskan periuk, tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan air anggaran 2 cawan.
3. Kemudian masukkan ayam dan lobak putih yang telah dipotong saiz yang sesuai.
4. Biarkan mendidih dan perasakan dengan garam.



Sos kicap dan sos cili

Sos Kicap

** Campuran kicap manis dengan sup ayam. So kalau suka pekat, kurangkan kuantiti sup ayam.

Sos Cili

5 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Sedikit air

** Kisar semua bahan hingga hancur.


Taugeh celur

Bahan bahan
100 gms taugeh
1/2 sudu teh kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit lada sulah
2 sudu besar sup ayam

Cara cara
1. Celur taugeh lebih kurang 1 minit dan toskan.
2. Satukan bahan bahan lain.
3. Letak taugeh di dalam serving plate, tuang sos ke atasnya.
4. Taburkan dengan hirisan daun bawang dan bawang putih goreng.



Wednesday, May 22, 2013

Mee Kari Lagi.......



Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...

Segan pula nak masuk menu yang sama saja tapi memikirkan dah beberapa hari tiada entry baru, saya upload juga.

Tapi walau menu yang sama, yang pasti gambar yang berlainan.



So, jamu mata sajalah sambil membayangkan menyuapkan mee kari ke dalam mulut. 

Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti buat semua.




Friday, May 17, 2013

Cast Iron Skillet Brownies



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Wah minggu ni akak terlebih vitamin rajin la pulak kan... kalau tidak seminggu ada satu entry je tapi minggu ni lebih dari satu. Semua bergantung pada tahap kerajinan dan juga masa.

Kebetulan semalam my husband membelek bil elektrik, dia tanya kenapa bil elektrik sikit je? Saya jawab, itu tandanya isteri abang malas la....

Malas nak buat kuih muih, malas nak bakar kek dan malas nak masak. Bila mixer, oven, blender,steamer atau Bread Maker tak berfungsi, maka tak banyak le penggunaan elektrik kat rumah. Maklumlah, tuan rumah hanya ada di rumah waktu malam saja...


Jadi malam tadi saya buat simple brownies sebagai permulaan nak menaikkan bil elektrik, boleh gitu?

Cara ni senang, cepat dan tidak banyak perkakas yang perlu dibasuh. ( akak memang suka buat benda benda yang mudah ni...)

Skillet Brownies

1/2 cup chopped dark chocolate
1/2 cup butter
2 eggs
1/2 cup granulated sugar
1/2 cup all purpose flour
2 tbsp cocoa powder
1/2 cup chopped almonds

Method
1. Whisk together the sugar and the eggs.
2. Melt the butter and chocolate in a cast iron skillet on low heat.
3. Stir in the chocolate mixture into egg mixture.
4. Add in the flour and cocoa powder. Fold in the chopped almonds. Pour back all the mixture into cast iron skillet pan.
5. Bake at 180 C for about 25 minutes or until the brownies are set and the top is shiny.




Gambar ala ala retro gitu.....




Thursday, May 16, 2013

Sago Gula Melaka



Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Just a quick update on my last night dessert

Sago Gula Melaka.

Tiba tiba semalam rasa teringin nak makan Sago Gula Melaka, masa tu masih kat tempat kerja lagi. Masa rehat, sempat pergi beli barang dan saya rendam biji sago sebelum balik kerja. Jadi bila sampai rumah dah boleh terus rebus.

Fuhhh teruk betul perangai!!!

Sebenarnya bukan susah mana pun nak sediakan Sago Gula Melaka ni, cuma perlukan 3 bahan saja. Sago, Air Gula Melaka dan Santan kelapa. Lagi senang dan cepat sebab saya gunakan air gula melaka yang siap di dalam botol.


Ada orang suka masak santan kelapa dan ditambahkan dengan sedikit garam dan daun pandan. Saya pula suka perah kelapa parut dengan air masak suam.

Inilah kerja orang yang tak berapa nak rajin, semua benda nak buat short cut je..


Tuesday, May 14, 2013

Pulut Mangga


Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Wah awalnya akak update blog hari ini. Sementara ada masa ni update dulu nanti bila dah mula sibuk apa pun tak sempat nak buat.

Kiranya bulan May ni bulan yang paling banyak makan pulut agaknya. Mula mula buat pulut kuning makan dengan gulai ayam kampung, lepas tu hari sabtu lepas suami ada jemputan kenduri di rumah kawannya, bila balik dia bawa buah tangan dari tuan rumah, pulut kuning dengan rendang ayam.

Then semalam saya masak pulut untuk dimakan bersama sama mempelam Harumanis dari Perlis. Kalau sebut Perlis, salah satu kebanggaan rakyatnya tentulah buah Mempelam Harumanis. Rasanya sekarang musim buah ni tapi agak sukar untuk mendapatkannya di luar negeri Perlis.


Kebetulan minggu lepas sepupu suami datang atas urusan ambil jubah untuk konvokesyen di UiTM, dia bawakan beberapa biji dan hari Sabtu lepas dia datang lagi bersama sama keluarganya dan antara buah tangan yang di bawa tentulah Mempelam Harumanis ni.

Pulut Mangga, antara menu dari negara Thailand yang memang terkenal terutamanya di kalangan penduduk di negeri yang bersempadan dengannya. Rasanya orang di sana suka menikmati masakan berasaskan pulut kerana anda akan dapati menu seperti Pulut Durian, Pulut Ikan Masin atau Ikan Pekasam dan Pulut Ayam.


Monday, May 13, 2013

Air Jagung Special


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiada menu baru atau menarik untuk dikongsikan bersama. Walaupun ada planning nak mencuba 1,2 resepi yang sudah lama dalam wishlist tapi disebabkan ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan maka terpaksalah ditunda untuk sekian kalinya. 

Tapi hari ini saya just letak gambar minuman yang saya cuba berdasarkan resepi yang seorang kawan saya cadangkan.

AIR JAGUNG


Sebenarnya tiada sukatan yang tepat cuma ikut sesuai rasa. Apa yang anda perlukan adalah air gula,susu cair, perasa jagung, krim jagung dan ais sagat. Tapi bila Ice Shaver dah lama tidak digunakan, bila diperlukan tak boleh functioning pula. So saya gantikan dengan ice cube. So bancuh ikut kesesuaian rasa and enjoy....


Friday, May 10, 2013

Bingka Ubi Kayu & Pulut Kuning


Assalammualaikum dan Selamat berhujung minggu.

Kebelakangan ni memang kurang idea nak main masak masak di dapur. Tambahan badan rasa kurang sihat jadi lagilah malas nak perah otak memikirkan apa yang hendak dimasak.

Tetapi dalam malas malas tu sempat juga buat bingka ubi kayu dan pulut kuning bersama dengan gulai ayam kampung. Itupun sebab dah lama ada orang bagi hints nak makan....


So, jamu mata sajalah ye.....


Sunday, May 5, 2013

Kuih Abok Abok


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....

Apa khabar hari ini? Harap semuanya terkawal. Cuaca yang baik dan sesuai untuk keluar mengundi. Semua orang ada hak dan pendapat masing masing, jadi hormatilah agar Malaysia sentiasa aman damai. Saya dan suami mengundi di sini, berdekatan dengan kawasan perumahan.

Apakata kita jamu mata dengan hidangan kuih Abok Abok. First time buat sendiri dan first time juga merasanya.


Actually saya buat petang semalam, ingatkan untuk minum petang. Tapi my husband ajak keluar, terus makan diluar jadi kuih ini jadi kudapan lewat malam. Habis macam mana nak kurus kan...
Plan awal nak buat pengat pisang tapi bila check pisang dah bertukar kehitaman. Biji sagu pun ada sikit saja, so dapatlah 5 biji kuih abok abok ni.



Bahan bahan
160 gms biji sagu berwarna putih - rendam seketika sehingga kembang
100 gms kelapa parut - ambil yang putih saja
Gula merah secukupnya
Sedikit garam
Daun pisang yang telah dilayur

Cara cara
1. Cuci biji sagu, campurkan dengan kelapa parut dan garam. Gaul sekata.
2. Potong daun pisang kepada saiz yang sesuai, buat bentuk seperti kon, sudukan campuran biji sagu lebihkurang 3/4 bahagian. Masukkan gula merah dan masukkan campuran biji sagu. Tutup daun pisang. Buat hingga habis.
3. Panaskan kukusan dan kukus lebih kurang 15-20 minit bergantung kepada saiz kon anda.
4. Sedia dinikmati bersama secawan kopi panas.