Wednesday, June 11, 2008

Air Laici

Masa pergi Padang Besar hari tu ada beli buah laici segar. Mak oiii.... memang sedap walaupun sesekali terasa yg sedikit masam. Masa tu beli sikit jer, tapi memandangkan kat rumah mother in law ramai orang jadi kena makan sorang sikit ler. Anyway masa on the way balik, berhenti kat Hentian Bukit Gantang, saya beli lagi. Kali ni memang makan puas punya. Siap boleh buat Air laici sekali.

Paprik Ayam

Dah lama tak masak Paprik. Mula mula ingat nak buat paprik daging, tapi tengok dalam esbok tekde daging la pulak. Jadi kita tukar jadi paprik Ayam. Resepi ambil dari Makyong@MyR.

Bahan-bahan

½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara

Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Tuesday, June 10, 2008

Bendi Goreng

Masa belek belek MyR, nampak resepi ni by kak yatiezaini. Kebetulan ada bendi dalam esbok jadi saya cuba. Not bad, ratah pun sedap.

Bahan-bahan

15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
2 biji telor - dipukul
Bahan kisar
2 - 3 cili merah dibuang biji
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
* sedikit garam & perasa
minyak utk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkn bendi & dikacau .. Masukkn garam dan perasa . Agak2 bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur keatasnya.
Biarkan telur 1/2 masak barulah di dikacau..biarkan sekejap & boleh lah ditutup api..
Siap utk dihidang

Ikan Pekasam

Saya kalau balik ke Perlis, macam macam nak makan. Nasib baiklah my husband pun sama kepala, takdelah conflict of interest. Salah satunya pekasam ikan. Saya prefer ikan puyu walaupun ia byk tulang. Tapi memandangkan saya balik sekejap dan semua org sibuk degn majlis kenduri jadi tak sempat nak cari, beli apa yg ada saje. Kebetulan masa pegi makan laksa kat Kuala Perlis, ada org jual pekasam ikan lampam, tak byk cakap, rembat jer.

Jalan jalan kat Padang Besar

Kalau nak ke Padang Besar dan melalui Chuping, pasti kita akan melihat ladang tebu yg saujana mata memandang. Seperti hamparan permaidani hijau kalau dilihat dari atas.
Gambar gambar kat bawah pulak antara pemandangan biasa kat Arked Niaga Padang Besar. Boleh Juling biji mata nengok semua barang tu. Fuhh....boleh lupa diri dibuatnya.

Monday, June 9, 2008

Jalan jalan di tepi pantai...

Suasana aman sekali masa pegi jalan jalan tepi pantai, yelah kalau kat sini asyik sibuk ngan jem jer, sesekali ambil angin bagus juga.
Masa jalan jalan kat tepi pantai tu, nampak orang jual sejenis siput yg dikenali sebagai Siput Mentarang. Setiap kali balik Perlis dan ada org jual ni saya mesti beli.
Siput Mentarang yg belum dicuci, penuh dengan lumpur.

Siput mentarang yg telah siap dicuci dan sedia utk dimasak.

Kerenah anak sedara....




Anak sedara my husband ni pantang nampak kamera, asyik suruh ambil gambar dia sahaja. Mak dia sibuk suruh tutup mulut coz gigi kat depan dah rongak. Tapi becok betul, ada saja yg nak ditanya....

Balik Kampung.....

Hari Khamis lepas, habis kerja jer, me and my husband terus balik kampung kat Perlis. Sebenarnya ada majlis kenduri kahwin sepupu my husband. Wifenya orang Pasir Mas Kelantan. Takdelah buat besar besaran, cuma majlis menyambut menantu.


Sebahagian daripada lauk pauk masa kenduri tu yg sempat di ambil gambar.



Thursday, June 5, 2008

Ikan Tenggiri masak kicap

Masa beli ikan tenggiri ni, dalam kepala terfikir nak masak asam pedas ataupun masak lemak dengan belimbing buluh. Tapi cari cari kat pasar tani pun tak ada belimbing ni. Kebetulan masa pergi Melaka hari tu, saya beli perencah asam pedas Melaka. Konon kononnya nak cuba la, tapi disebabkan tak ada bendi atau apa pa yg sesuai utk di"sanding"kan dengan ikan tu, cancel lah. Oh ya ... disebabkan "KENAIKAN HARGA MINYAK" mulai hari ni, masa balik kerja semalam semua org naik minyak. Jalan jem disebabkan semua org beratur utk isi minyak. Mak oiii...... tension betul.

Sambal Udang (2)

Sebenarnya ptg nanti nak balik kampung husband kat Perlis sebab ada majlis kenduri kahwin. So tuan rumah akan bercuti dari hari Jumaat hingga hari Ahad. Kalau ikutkan memang le penat sangat, last weekend dah berjalan jalan kat Melaka dan this weekend balik Perlis pulak. Perjalanan pergi dan balik pun dah ambil masa 2 hari. Tapi kena balik le juga sebab bapa saudara husband yg buat kerja kenduri tu. Jadi kena clearkan esbok sebelum bercuti. Jadi semalam masak sambal udang dengan masak kicap ikan tenggiri. Semuanya main campak campak je.