Saturday, January 3, 2009

Laksam

Hari ni memang tak masak langsung, itulah kalau dah rajin, macam macam ada. Kalau dah ditiup angin sepoi sepoi bahasa tu memang ler malas sangat. Ptg nanti husband ajak makan kat luar,lepas tu merayap gi pasar malam pulak. Dah lama tak makan laksam ni. Beli satu bungkus, nak rasa dulu. Kalau sedap next time boleh beli lagi. Alhamdulillah sedap gak.

Tag dari Kak Ina KL

Dah agak lama dapat tag dari Kak Ina, sorry ler sebab lambat sikit buat tag ni. Hahahaha..... bukan apa, saya ni kadang kala main campak jer dalam handbag. Bila nak cari apa apa baru terkial kial. My husband selalu bising sebab katanya kalau gajah boleh masuk dalam tu, dah lama dia kat dalam pun you tak perasan. Kadang kala segala macam resit pun ada kat dalam tu. Jadi nak enterprem kena la make up sikit kan....

Jenama purse GIOSSARDI ( ye ker ), regenya RM 79.90.

Saya memang sukakan barang yg warna hitam, so byk brg kepunyaan saya berwarna hitam.

Sebab nak enterprem, elok jer benda benda tu bersusun. Kalau tak berterabur dalam handbag.

Hehehe...yg byk kad utang jer kan. Pakai bila perlu/emergency saja. Kalau salah perkiraan, susah dikemudian hari. Alahai mana pulak IC saya ni.... tak pasal pasal jadi Pendatang Tanpa Izin pulak nanti.






Malasssssssssnya.....

Hari ni Shah Alam sedang hujan... Pagi tadi tengok kat luar rumah masih berkabus lagi sebab malam tadi hujan renyai hingga ke pagi. Alahai kalau ikutkan hati memang malas nak bergerak ke mana mana. Tapi memandangkan ada kerja yg perlu diselesaikan, kena lah juga keluar.
Saya sampai rumah lebih kurang pukul 2.30 pm, cuaca masih suram lagi. Ermmmm dah hampir ptg pun masih berkabus lagi, ramai penghuni yg masih bermalas malasan dalam rumah agaknya.


Siakap Sweet & Sour

Semalam angin malas dah melanda, jadi masak satu dish sahaja. Campurkan jer sayur yang ada dalam peti ais tu. Senangkan, ikan ada sayur pun ada.

Friday, January 2, 2009

Camera Baru

Hahaha..... my husband gi beli camera baru, sebabnya camera yg sedia ada tu saya dah conquer. Ala lagipun dia malas nak bawa camera saya sebab besar katanya. Lepas Solat Jumaat, dia bawa balik camera ni dan suruh saya guna dulu. Ishhhh dia malas nak baca manual, saya kena explore than explain to him.

Omiyage From Hana

Thanks to Hana. Alahai tak dapat gi Tokyo, tengok gambar pun jadilah kan........

Thursday, January 1, 2009

Marble Chocolate Cheesecake

Mentang mentang ler hari ni satu hari dok kat rumah, macam macam resepi nak cuba. Saya ada beli 2 buku cream cheese dah agak lama gak, terfikir nak buat something sebelum ia expired. Jadi sebab sukan choc and cheese, saya buat lagi merble choc cheese cake. Dulu saya buat guna resepi dari MyR tapi kali ni saya cuba resepi dari blog Mat Gebu pulak. Bahan bahan lebih kurang sama cuma kali ni campuran cheese tu saya letak kat tengah adunan dan tak buat marble.( Walaupun nama dia ada marble ).

Sos Lada Hitam & Potato Wedges

Walaupun hari hari cuti, saya tak ke mana mana. Jadi bila dah boring duduk kat rumah jer, ada saja yang nak dicuba. Untuk petang ni saya buat sos lada hitam untuk cicah ngan potato wedges.
Resepi sos lada hitam dari acik yarn @ MyR.

Bahan-bahan

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)

Cara-cara
  • Cairkan butter dengan api kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang .
  • Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  • Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  • Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  • Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau .Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa .
  • Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  • Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.

Ayam Goreng Madu Berempah

Resepi ni saya ambil dari Majalah RASA dan ubahsuai sikit mengikut kesesuaian.

Bahan bahan

2 ketul ayam
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan cili kering kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu makan kicap manis
2 sudu makan madu
2 sudu makan sos tomato
Garam secukupnya
100 ml air - ikut pekat yg disukai

Cara-cara
  • Tumbuk halus bawang merag,putih dan halia. Campurkan serbuk kunyit dan serbuk kari bersama sedikit garam.
  • Perapkan bahan diatas dengan ayam selama 30 minit.
  • Goreng ayam hingga masak dan ketepikan.
  • Ambil bahan perapan tadi dan tumis bersama sama dengan cili kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan sos tomato,kicap dan air. Gaulkan hingga mesra.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan perasan. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.

Kacang Panjang Goreng bersama Pedal Ayam

Menu hari ni berasaskan ayam. Untuk lunch hari ni saya masak kacang panjang goreng dengan pedal ayam. Simple jer.