Monday, October 7, 2013

Spicy Sardines Puff



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Ada yang "Monday Blues" ke? Jangan lah begitu, senyum senyumlah selalu dan setiap hari ialah hari yang penuh keceriaan. Kita yang menentukan samada hari kita ceria atau pun suram.

Mari kita cuci mata dengan Spicy Sardines Puff yang saya buat untuk minum petang hari sabtu lepas. Bosan sebab tiada apa yang boleh dibuat, selongkar almari dan peti ais cari apa yang boleh dimakan sambil menonton TV.




Kebetulan ada sekotak instant pastry jenama kawan dalam peti ais yang entah bila saya beli. Masih belum habis tarikh luputnya ye... Then jumpa satu tin sardin saiz kecil dalam almari dapur. 


Apalagi, meh kita ke dapur....

Bahan bahan
Kulit pastry

Bahan inti
1 tin kecil sardin
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu makan sos cili
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara cara
1. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat.
2. panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar, serbuk cili dan sos cili hingga naik bau.
3.Masukkan isi sardin bersama sama sosnya, sedikit air dan jus asam jawa.
4. Masak hingga kuah pekat sambil hancurkan isi ikan sardin. Matikan api.
5. Ambil satu pastry, kelarkan sebahagian dengan pisau atau lat yang sesuai dan letakkan inti ikan sardin di sebahagian lagi.
6. Lipat pastry dan tekan menggunakan garfu disekeliling pastry. Sapukan dengan kuning telur dibahagian atas pastry dan bakar hingga kekuningan.



Thursday, October 3, 2013

Cottage Pie



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Actually tiada menu baru yang sempat dicuba kebelakangan ini. Walaupun ada beberapa menu yang hendak dicuba tetapi masih belum berkesempatan untuk bereksperimen di dapur.




Hujung minggu lepas, kebetulan ikut kawan ke Klang untuk mengambil tempahan kuih untuk jamuan harijadi anak kawan masa sama sama kerja dulu.

Salah satu kuih yang ditempah ialah cottage pie atau Shepherd's Pie.


Apalagi balik kerja singgah cari barang yang perlu sebab sebahagian barang memang sudah ada di rumah.

Actually tidaklah susah mana pun nak menyediakannya cuma kalau nak buat banyak memang perlukan masa sikit. Tetapi kalau untuk makan sendiri lebih puas sebab kita boleh letak lebih bahan yang kita suka atau yang harganya agak mahal.


Saya dah pernah buat beberapa kali, so kalau perlukan resepi boleh semak di bahagian label. Kalau rajin nanti saya salin semula.

Bahan untuk filling

250gms minced beef / daging kisar
100 gms portabello mushroom / button mushroom
1 labu bawang besar yang berwarna kuning
100 gms mixed vege
2 sudu makan mushroom cream/soup ( dalam tin )
Air secukupnya

Bahan untuk Topping

Mashed Potato
3 biji Russet Potato - Kupas dan potong 6 bahagian, rebus hingga empuk. Toskan.
1 sudu makan butter
Susu segar / air secukupnya

Cara - Masukan butter dan kentang ke dalam bekas. Lenyek sambil dicampurkan dengan susu/air sedikit demi sedikit.

Mozzarella Cheese

Cara memasak filling
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar yang telah didadu hingga layu.
2. Masukkan cendawan portabello yang telah dipotong dadu dan biarkan seketika.
3. Kemudian masukkan daging kisar dan goreng hingga daging berubah warna dan sedikit kering.
4. Masukkan pula mushroom cream/soup dan sedikit air. Masak seketika.
5. Masukkan pula mixed vege, gaul rata dan perasakan jika perlu. Masak sehingga kering. Ketepikan.
6. Sediakan loyong/bekas kaca/bekas aluminium. Isikan filling dan top up dengan mashed potato. Taburkan dengan mozzarella cheese.
7.Bakar di dalam oven atau microwave untuk keringkan kentang dan cairkan cheese.
8. Selamat menjamu selera.




Monday, September 30, 2013

Pulut Kelapa dengan Ikan Masin



Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Ermmmm hari ini saya nak jamu mata dengan sarapan pagi ala kampung.

Pulut tanak di gaul dengan kelapa parut dan dimakan dengan ikan sepat masin.

Pernah makan ke?




Biasanya ia adalah sarapan orang orang di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Kalau tidak silap, menu ini disediakan di waktu pagi, dimakan sebelum pesawah turun ke bendang.

Tetapi tidaklah mereka bulat bulakan pulut tu seperti saya buat. Saya buat untuk cantikkan food presentation saja.

Selain itu, kopi merupakan minuman yang sinonim dengan menu ini.


Sesekali mengimbau kembali kenangan lama berdasarkan cerita lama dari arwah nenek saya. Walaupun saya tidak pernah ke sawah tetapi boleh bayangkan dari cerita cerita orang orang lama.

By the way, ini bukanlah sarapan saya pagi tadi. Tak tahan mata kalau makan pulut awal awal pagi, nanti layu pula mata waktu bekerja.



Thursday, September 12, 2013

Soy Panna Cotta with Passion Fruits


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....


Betul kata orang....

Bila dah lama tak update blog, memang ambil masa nak kembali aktif seperti dulu. Bukannya tak masak tapi rasa berat je tangan nak sediakan props dan nak ambil gambar.

Walhal dah plan pelbagai benda nak cuba especially bila tiba weekends. Even dah siap beli semua bahan, tapi bila sampai weekends, automatically jadi malas.

Tambahan kalau hari mendung dan hujan, lagilah malas dan lembab macam cuaca kat luar rumah.
( saje je nak salahkan cuaca la pulak kan.....)




Bila dah agak lama tak pegang kamera, gambar makin teruk la pula. Rasa macam goyang dan blur.

Memandangkan sudah agak lama tak buat dessert, semalam saya cuma buat simple dessert, Soy Panna Cotta. Kebetulan 2,3 hari lepas semasa merayap di Jaya Grocer terjumpa buah markissa atau passion fruit ni. Ingatkan nak buat jus saja, tapi ok juga makan dengan panna cotta cuma ia agak masam sedikit. Tetapi boleh tambahkan sedikit gula icing ke dalam isi buah markissa ini.


Wednesday, August 28, 2013

Tuna & Kimchi Onigiri



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Kita masih di dalam bulan Syawal, so masih boleh ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf buat tetamu yang datang kerana sudah agak lama blog ini tidak updated. Sejak 2 minggu Ramadhan hingga ke hari ini kesihatan tuan rumah tidak begitu memberangsangkan. Diserang selsema dan batuk yang seakan akan tidak mahu kebah. Hari raya pun tidak bermaya untuk kemana mana, even terpaksa menolak untuk menghadiri rumah terbuka mengenangkan selsema dan batuk yang agak "mengganggu". Kurang selesa nak berbual kalau asyik bersin dan batuk tak berhenti.




Boleh dikatakan sepanjang bulan puasa saya gantung periuk tambahan bila kesihatan tidak mengizinkan menambahkan kemalasan yang amat ketara untuk ke dapur atau mengangkat kamera.

Bila usia makin "muda", maka macam macam penyakit yang datang menyinggah dan susah untuk hilang.

Memandangkan agak lama tak update blog, saya letak entry pemanas badan. 

Tuna & Kimchi Onigiri.


Sila panas panaskan mata dulu ye, sambil akak memanggil semangat yang hilang....


So sesiapa yang ambil semangat akak tu,

Sila pulangkan semula ye.....



Monday, July 22, 2013

Puding Kastad Berkuah


Assalammualaikum dah Selamat Sejahtera...

Maaf sebab sekarang ni selalu pulak tenggelam timbul.... Lama tenggelam, baru timbul ambil udara sekejap.

Bulan puasa ni boleh dikatakan "jarang jarang" sangat saya pegang periuk belanga. Cik abang cakap dia bagi cuti sebulan, tak perlu memasak. Tetapi kadang kala tu teringin juga nak makan masakan sendiri.


Semalam sempat buat puding kastad berkuah, itupun cik abang dah tanya nak buat apa tu!!!!!

Puding kastad lebih sedap kalau disejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.



Kuah kastad ini sesuai juga dimakan bersama sama dengan puding roti.

Wednesday, July 17, 2013

Asam Rebus Tempoyak Ikan Kembung



Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah lebih seminggu kita berpuasa. Meriah saya tengok rumah kawan kawan dengan pelbagai menu atau juadah untuk berbuka, tidak kurang juga untuk bersahur.

Saya sejak berkahwin dengan suami saya hampir 18 tahun, boleh dikatakan tidak pernah makan nasi waktu sahur. Kami hanya makan roti atau kuih muih dan minuman panas sahaja. Memandangkan suami saya tak makan nasi, so lama kelamaan saya pun terikut juga.


Semalam tekak terasa macam nak makan asam rebus tempoyak. Memandangkan saya tak makan ikan patin, saya gantikan dengan ikan kembung. Tidak perlu lauk yang lain pun tak apa, sedap menghirup kuahnya yang sedikit masam dan pedas.

Since last minute decision, tak berapa cukup bahan. Saya cuma masukkan daun kesum dan belimbing buluh saja. Saya ada baca mengenai resepi asam rebus tempoyak negeri Pahang yang hanya menggunakan tempoyak,cili padi,garam,daun kesum,kunyit dan air sahaja. Tetapi bila sudah dipelbagaikan ada yang mencampurkan dengan terung telunjuk, bendi,belimbing buluh dan sebagainya. Tapi tak bolehlah mengisytiharkannya sebagai masakan asli negeri Pahang.



Friday, July 12, 2013

Lopes Daun Buluh



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....


Alhamdulillah, hari ini kita sudah memasuki hari ketiga dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.

Bagi yang ada anak anak kecil, masa inilah kita boleh lihat pelbagai ragam mereka yang baru nak mula belajar berpuasa. Boleh stressed ibu bapa dibuatnya. Alah... kita mungkin lebih teruk dari itu masa kecil kecil dulu, ye tak?

Berbalik kepada menu berbuka, mesti ramai ibu ibu dan isteri yang teruja hendak menyediakan masakan kesukaan keluarga. Bagi ibu dan isteri yang berkerjaya, mungkin peluang untuk tunjuk skill hanya pada cuti hujung minggu. Maklumlah bila masuk bulan Ramadhan, automatically jalan sesak 2 kali ganda dari hari biasa.




Semalam ada kesempatan untuk menyediakan sejenis kuih yang agak mudah dan sinonim dengan bulan puasa, Kuih Lopes.

Semenjak diperkenalkan oleh cik puan mimi, saya memang dah selesa membuat kuih lopes menggunakan daun buluh. Lagi mudah bila gunakan pressure cooker untuk merebus kuih ini menjadikan lebih menjimatkan masa.

KUIH LOPES DAUN BULUH

Bahan bahan
300 gms pulut
2 sudu makan air abu ( bahan digunakan untuk melembutkan sotong kering)
Kelapa parut
Sedikit garam
Beberapa helai daun buluh - biasa digunakan oleh kaum cina untuk membungkus kuih chang.
Air gula melaka

Cara cara
1. Rendam beras pulut dengan air abu lebih kurang 1 jam. Cuci bersih dan toskan.
2. Rendam daun buluh sehingga daun menjadi lembut dan senang membentuk, cuci dan toskan.
3. Ambil sehelai daun buluh bentukkan seperti kon, masukkan lebih kurang 2 sudu makan beras pulut. Lipat sehingga menjadi 3 segi dan ikat menggunakan tali yang sedia ada. Buat sehingga habis.
*** Lebih elok dapatkan daun yang bersaiz kecil.
4. Masukkan semua pulut yang telah dibungkus ke dalam periuk tekanan dan ikut arahan. Setelah masak, angkat dan toskan.
5. Setelah sejuk, buang daun buluh dan salutkan kuih lopes dengan kepala parut yang telah dicampurkan dengan garam.
6. Hidangkan bersama sama dengan air gula melaka.




Tuesday, July 9, 2013

Kentang Rebus Kuah Kacang


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.....

Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan Ramadhan tahun ini. Selamat menyambut bulan mulia kepada semua pengunjung My Small Kitchen, semoga tahun ini segala amal ibadat kita akan diterima olehNya.

Bagi saya dan suami, Ramadhan kali ini tidak banyak perbezaan dengan tahun tahun yang lepas. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa tahun ini.

Kebetulan hujung minggu lepas keluarga saya berkunjung, jadi sempatlah berkumpul dan makan makan sempena menyambut bulan puasa. Riuh rendah dengan gelagat anak anak saudara, rumah yang selalunya sunyi bagaikan dilanda garuda.....





Memandangkan semua sibuk nak pergi berjalan ke sana kemari, memanglah tak sempat nak masak dan bergambar.

Jadi hari ini saya cuma letak satu menu ringkas, itu pun tiba tiba terfikir nak buat macam ini.

Biasanya kalau kita makan rojak ayam, selalu ada kentang rebus. Saya memang akan cari kentang rebus dulu kalau pesan rojak ayam atau rojak pasembor. Tapi selalunya sikit sangat.

Kebetulan my husband beli Satay Kajang, dan anak anak saudara hanya makan satay tanpa kuah. Maka banyaklah kuah satay yang berbaki. Terfikir nak rebus kentang dan makan dengan kuah kacang.

Sedap tau, cubalah.




Thursday, July 4, 2013

Raspberry Ice Pops


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Aduhaiiiiii panasnya sejak 2,3 hari ni. Panas membahang, kalau terpaksa memandu dalam cuaca ni mesti bila balik rasa kepala bagai nak pecah.

Apalagi mulalah nak meneguk air saja sampai dah tak ada selera nak makan.

Actually saya buat raspberry ice pops ni dah beberapa hari tapi agak sibuk sikit kebelakangan ni tak sempat nak upload dalam blog.

Bayangkan betapa panasnya cuaca, sampai nak cair ice cream saya sementara nak siap di photo shoot.





Memandangkan masih ada berbaki frozen raspberry yang saya beli tempohari, sekarang ialah proses nak menghabiskan sebelum bulan ramadhan.

Saya cuma gunakan 3 bahan saya untuk membuat ice pops ni.  Saya akan update resepinya kemudian.