Wednesday, July 6, 2011

Puding Jagung Bersos Laici

Puding Jagung Bersos Laici

Kali ini saya buat puding jagung yang lembut dan perlu menggunakan sudu untuk makan. Biasanya puding jagung yang dimakan dengan sos kastad sedikit keras.

Bahan bahan ( anggaran 2 orang, dapat 4 bekas seperti di atas )

600 ml susu segar
2 1/2 sudu makan tepung kastad
4 sudu makan gula
4 sudu makan jagung dalam tin

Cara cara
1. Campurkan semua bahan di atas di dalam periuk, kacau agar tepung kastad larut dalam susu.
2. Panaskan dan sentiasa kacau hingga adunan semakin kental dan kelihatan letusan kecil dan adunan semakin berkilat.
3. Tutup api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan.

Untuk Vanilla Sauce
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla extract
2 sudu makan butter
1/2 sudu makan tepung jagung
Sedikit garam
Buah laici segar / tin
 
Cara cara
1. Masukkan semua bahan untuk vanilla sauce ke dalam periuk. Dengan menggunakan api sederhana, kacau perlahan lahan hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.
2. Tuang sos vailla ke atas puding jagung, taburkan dengan isi buah laici.
 

Bihun Sup Utara


Salam di hari rabu.....

Sarapan pagi makan bihun sup okay tak?
Sebenarnya saya masak bihun sup utara ni untuk dinner malam tadi. Petang semalam masa sampai rumah lebih kurang pukul 6.15 ptg. Masuk rumah terus tekan suis kat tepi pintu, rasa pelik pulak kenapa kipas dan lampu tak berfungsi. Masa masuk tadi saya boleh je buka gate dengan remote, so saya agak mungkin main suis ada problem. Bila check ok je, lepas tu terfikir mungkin saya terlupa bayar bill electric agaknya.

Then call my husband, cerita dengan dia yang rumah tak ada elektrik. First thing yang keluar dari mulut dia ialah " you tak bayar bill ke?". Ada ka... Then saya keluar, kebetulan nampak maid jiran kat luar. Lepas tanya dia baru tahu yang black out sejak pukul 1 tengah hari lagi.

So saya agak sekejap lagi ok la sebab jarang black out, pernah sekali dua rasanya tapi tak adalah lama sangat. So sementara tu saya rendam bihun, masak sup guna dapur sebab Pressure Cooker tak boleh guna. Pukul 7.30 mlm my husband call tanya dah ok ke tak, saya cakap belum lagi so dia cakap takpelah dia belikan satay dan donut. Saya pesan belikan lilin sebab kat rumah memang tak ada lilin. 

Saya terpaksa tunggu kat luar rumah sebab kat dalam rumah terlalu gelap dan panas. Sampai pukul 8.30 mlm, my husband tak sampai rumah lagi sedangkan dari tempat dia call ke rumah hanya lebih kurang 15 minit saja. Rupa rupanya dia ke hulu kehilir cari lilin, semua kedai kat situ kehabisan lilin, akhirnya dia beli torch light yang agak besar. 

Dan malam tadi kami dinner kat laman rumah dengan bertemankan torch light. Hanya makan satay dengan donut. Electric ada semula lebih kurang pukul 9 malam, so saya sambung masak, tapi my husband dah tak mahu makan. Jadi pagi tadi kena sarapan dengan bihun sup la jawabnya.


Bahan bahan
1/2 packet bihun ( Saya guna EKA, packet hijau )
1 sudu makan serbuk kunyit
Air Secukupnya

Rendam bihun bersama sama serbuk kunyit hingga kembang, anggaran 30 -45 minit ( mengikut bihun yg saya gunakan ). Tuang airnya, masukkan air mendidih dan rendam hingga bihun menjadi lembut. Toskan.

Bahan untuk sup
500 gms tulang lembu
200 gms perut lembu
1 packet rempah sup tulang
1 1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Garam dan lada sulah
1 keping asam gelugor anggaran besar 1/2 ibu jari.
Air secukupnya

Cara cara
1. Cuci tulang dan perut lembu, potong saiz sesuai. Masukkan ke dalam periuk bersama sama air secukupnya. Masukkan sebatang sudu stainless steel - Petua untuk lembutkan daging.
2. Rebus hingga empuk, kalau perlu boleh tambahkan air. Keluarkan sudu stainless steel tadi.
3. Di dalam kuali, tumis halia, bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk halus hingga naik bau.
4. Masukkan bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk berisi rebusan tulang dan perut lembu. Tidak perlu masukkan minyak tumisan. kemudian masukkan rempah sup tulang dan asam keping.
5. Panaskan kembali, perasakan dengan garam dan lada sulah. Bila sudah cukup rasa bolehlah dimatikan api.
6. Masukkan bihun ke dalam mangkuk, tuang kuah dan tambah dengan bahan bahan lain seperti isi daging,perut lembu, jeruk aisin, daun bawang, bawang goreng dan cili.

Tuesday, July 5, 2011

Pasta Goreng

 Pasta Goreng Pedas

Ini menu breakfast pagi tadi. Tapi terlebih cili so agak pedas sikit walaupun bagi orang melayu cam akak ni. "Terbako" juga la lidah. Mula mula ingat nak buat Pasta berempah Cajun resepi kak nor tu tapi malas la pulak nak check resepi pagi pagi. So buat ikut apa yang sempat sajalah...

Bahan bahan
100gm pasta - direbus hingga masak, toskan.
3 kuntum cendawan shiitake - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 batang lobak merah - dipotong dadu
2 sudu besar sos spaghetti
1 sudu besar cili kisar ( kena kurangkan )
Garam secukup rasa
Sedikit air
100 gms daging ayam - dipotong sais sesuai

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kisar hingga masak. Masukkan ayam dan biarkan sebentar.
2. Masukkan sos spaghetti, cendawan dan lobak merah. Masukkan sedikit air dan biarkan hingga kuah mendidih.
3. Perasakan dengan garam. Masukkan pasta, gaul rata dan biarkan sebentar. Tutup api dan sedia dihidang.


Tauhu Sumbat


Tauhu Sumbat versi orang malas.
Tekak terasa nak makan tauhu sumbat tapi malas juga nak buat. Nasib baik ada sos cili thai. Kalau nak kena buat sos sendiri rasanya lambat lagi la baru boleh makan.

Oh ya, saya pernah terbaca dalam satu majalah, dia ada bagi petua untuk jadikan tauhu lebih enak dan berperisa.

Petuanya: Rebus tauhu bersama sama 2 ulas bawang putih yang ditumbuk dan sedikit garam selama lebih kurang 5-10 minit. Lepas tu goreng tauhu seperti biasa.

Monday, July 4, 2011

Keledek Goreng


Breakfast pagi tadi saya buat keledek goreng.

Inipun saya jumpa sebiji je keledek kat dapur masa mengemas. Entah yang kurun masihi yang keberapa pun tak tau. Nasib baik belum tumbuh lagi...
Lama juga tak buat keledek goreng, kalau pekena dengan kopi panas lagi sedap kot. Oh cakap pasal kopi, teringat yang saya ada "Kopi Lombok" kat rumah. Memang kopi datang dari Lombok Indonesia.



Sunday, July 3, 2011

Home Made Gochujang Paste ( 고추장 )


 Home Made Gochujang Paste ( Korean Hot Pepper Paste )

Ingredients

270 ml water
250 gms sugar cane / brown sugar
300 gms miso paste
100 gms chilli powder
1 teaspoon salt
1 teaspoon rice vinegar

Method
1. Pur water into sauce pan, add sugar and heat until sugar dissolved.
2. Add in miso paste, keep stirring using wooden spoon until smooth.
3.Then add in chilli powder and mix well untill all combined. Switch off the fire and let it cool down for a few minutes.
4. Add in salt and vinegar, mix well and let it cool before put them in a bottle.

Lo Han Kuo Tea


Alhamdulillah, dah sejuk sikit sekarang ni, kalau terus marah marah pun bukannya boleh elok balik kereta tu. Makin sakit hati adalah, so buat buat tak nampak sajalah KECACATAN kat kereta tu. Nanti bila free my husband nak hantar untuk repair. Lagipun masih boleh berjalan kira ok lah juga daripada tersadai kat bengkel.
( Oh ya...ini ayat penyedap hati sendiri)

Hari tu nampak kat bolg Che Iza, dia ada buat Lo Han Kuo Tea, sejenis herbal tea yang kebiasaannya di minum oleh orang orang cina. Hari ni saya kena kerja so lepas lunch tadi ajak my husband jalan jalan cuci mata kat Tesco. Terlupa pulak sekarang ni awal bulan so agak ramai orang, kurang selesa nak membeli sebab kebanyakkan shopping dalam kuantiti yang banyak. Kita ni cuma nak beli 1,2 barang saja, tak tahan nak beratur lama lama. Kebetulan saya nampak buah Lo Han Kuo ni, terus angkut masuk bakul. nasib baik masa sampai kat cashier tunggu sekejap dah boleh bayar.


Bahan bahan
1/2 biji buah Lo Han Kuo
1 helai daun pandan
Sedikit gula batu
2 Liter air (anggaran)

Cara cara
1. Masukkan semua ke dalam periuk, rebus hingga mendidih. Tutup api dan tapiskan ke dalam cawan sebelum diminum.

Buah Lo Han Kuo

Friday, July 1, 2011

Bad Mood!!!!!!


Hangin betul hari ni.....

Dah 2,3 hari mood tak berapa okay. Hangin satu badan je.

Bulan lepas kereta kena sondol,
Hari ni ada mamat yang ada otak tapi tak nak guna, gesel kereta saya yang tengah parking!!!!!

Kalau pemandu perempuan dikatakan cuai dan selalu sebabkan kemalangan, ni apahal pemandu lelaki bawa LORI gesel kereta yang tengah PARKING ?

Arghhhhhhh!!!!!!

Tension betul bila tengok kereta CACAT ni........

Thursday, June 30, 2011

Masak Lemak Kurau Nenas



Masak Lemak Kurau & Nenas

Menu ulangan yang entah kali ke berapa, so layan jelah gambar....

Tuesday, June 28, 2011

Bangkok Taufu

 
Bangkok Tauhu....

Tak pasti kenapa dipanggil "Bangkok Taufu"

Bahan bahan
100 gms minced meat
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1/2 inci halia
1 roll egg tofu
1 sudu kecil cili kisar
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
2 kuntum shiitake mushroom
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang untuk hiasan

Cara cara
1. Potong egg tofu kepada saiz 1 1/2 inci. Gaulkan dengan teoung jagung. Goreng dan toskan.
2. Tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan halia. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan daging kisar (minced meat), kacau hingga warna daging bertukar. Masukkan sos cili,sos tomato, sos tiram dan kicap manis. gaul rata.
4. Masukkan cendawan shiitake dan sedikit air. Biarkan hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
5. Bancuhkan sedikit tepung jagung dengan air, tuang kedalam kuali untuk memekatkan kuah. Setelah masak, tuangkan kuah ke atas egg tofu yang telah digoreng tadi. Hias dengan daun bawang.