Nasi Lemak Buah Bidara
Sayang Selasih Hamba Lurutkan
Buang Emak, Buang Saudara
Kerana Kasih Hamba turutkan.....
Yaaa!!!!! Jangan sebabkan nak makan nasi lemak, sampai nak buang emak dan saudara ye.... Jangan nak durhaka tau. Apalah akak melalut pepagi buta ni kan. Ini mesti pasal semalam terlebih makan durian dan nasi lemak kot. Petang semalam masa lalu kat depan Giant Sec 13 tu ada org jual durian. Cakap dengan my husband, nampak durian tu cam sedap je. Then dia cakap, tak payah makan, you tu bukannya boleh makan banyak pun. So, takdelah berhenti beli pun.
Semalam my husband reguest nak makan nasi lemak, ok juga tu sebab dah lama tak makan nasi lemak. Lagipun kerja senang sebab tak pening kepala fikir nak masak lauk apa. Pukul 9.30 mlm my husband sampai rumah, dia suruh saya ambil buah dalam kereta. Saya tanya buah apa? Rupa rupanya dia beli buah durian 1 biji dan 1 kilo buah duku langsat. Hehehehe...tadi tak bagi makan, lastly dia pulak yang beli. masih ada separuh lagi buah durian, so malam ni fikir nak buat apa....
1 comment :
kak liaaaaa.... mana buah bidara nya x nampak pon... nampak nasik lemak jer... ekekekeke... :P
Post a Comment