Anak Saudara Terengganu
Tahun ni saya berhari raya di dua tempat. Raya pertama di rumah keluarga saya dan hari raya kedua saya dan suami pulang berhari raya di Perlis pula.
Tak banyak gambar yang sempat saya ambil sebab tak berapa nak ada mood nak angkat senapang dan agak sibuk menyediakan segala juadah seperti rendang ayam, gulai daging dan persiapan membuat bihun sup untuk juadah hari raya pertama.
Walaupun masa agak terhad, alhamdulillah sebab sempat bertemu rakan rakan semasa bersekolah dari Tingkatan 1 hingga 3.
Anak saudara Perlis
Kuala Perlis
Makanan akan lebih sedap jika berkongsi.....
Pantang nampak kamera, tak perlu disuruh terus beraksi.....
Cucoq Ketam - Kalau ke Kuala Perlis tak menjamah ini bagai tak lengkap...
HP my husband dan Tab saya asyik jadi mangsa anak saudara, tak kira anak saudara Terengganu atau Perlis.
Laksa Kuala Perlis - Satu lagi juadah yang sinonim dengan Kuala Perlis
Cucoq Udang
12 comments :
rasa ayu pow selalu terjah mkn kt warung yg akak mkn kt kuala perlis tu...ni yg tepi laut tepi jeti ka??? laksa mmg sodap sgt khen...perasan kt corak pinggan tue
cucoq udang dan ketam tu..memang nampak sedap :))
Akak tak pernah ke Perlis...satu2nya negeri yg belum pernah akak sampai di Malaysia ni...bilalah agaknya ye :)
selamat kembali bekerja
nak tanya sikit
camner leh boh gambar saiz besar nie ...
guna template apa???
ayu,
betul la tu. Mesti nak singgah kalau balik Perlis. Siap kena tunggu turn sebab meja semua penuh.
kasihredha,
cucoq ketam & udang sinonim dengan Kuala Perlis. Perjalanan agak jauh tapi memang seronok.
pB,
Selamat Hari Raya. Pasal gambar tu, saya direct upload dari komputer, takde masuk Picasa atau yg seumpamanya. Bila dah upload, klik pada gambar, nanti keluar link yang boleh kita select, ada small, medium, large, xtra large, original size. Cubalah, kalau tak dapat bagitau balik..
bestnya dapat jumpa kawan lama... mesti banyak ceritanya tu..., sedap2 nampak hidangan di atas tu!
salam hazila...nice pictures....selamat hariraya...minal aidzin wal faidzin...:)
tu anak sedara perlis yg "may i go thailand" kan..dah besar,mkn comey. :)
ayu selalu gak terjah sana if nak mkn laksa etc....tepi ofis kastam kot kalo x salah kan...from alor star 45 min
sedapnya cucoq udang tuh...mesti rangup tuh...
Cucoq ketam tu alahai.... terliurnye! laksa pon. hehehe.
Pandai yg ank saudara perlis tu bergaya. cam model kanak2 gitu. hehe
Post a Comment