Wednesday, January 30, 2013

Pumpkin Cream Brulee




Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Tak ada cerita nak berceloteh hari ini. Rasa macam kurang bermaya saja... 

So just go to my today's entry,

Pumpkin Cream Brulee.

Sebenarnya tak ada idea nak masak apa, so semalam hanya buat sambal tumis sotong kering, malas pula nak ambil gambar.


Lepas tu ada labu manis sikit dalam peti ais. Apa nak buat ye, nak buat apam labu atau talam labu? Tapi rasa macam tak cukup bahan saja.

Akhirnya terfikir nak buat puding labu ala ala cream brulee tapi still tak cukup bahan dan alatan. Apalagi, kita ubahsuai ikut apa yang ada di dapur. 

Maklumlah, tukang masak ni kadang kala kena jadi Mc Gyver...


 PUMPKIN CREAM BRULEE

Bahan bahan
300 ml cream - saya gantikan dengan santan
50 gms gula pasir
150 gms labu manis yang telah dikukus terlebih dahulu
3 biji kuning telur
Secubit garam
Sedikit perasa vanila
Sedikit gula pasir/perang untuk ditabur di atas permukaan puding dan dibakar

Cara cara
1.Masukkan santan,kuning telur,labu manis, garam,perasa vanila dan gula ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
2. Tapiskan adunan ke dalam bekas ramekin dan kukus hingga masak. Anggaran 25-30 minit bergantung kepada saiz ramekin.
3. Taburkan gula pasir/gula perang ke atas puding, bakar menggunakan cream brulee torch atau masukkan ke dalam oven, pasangkan function "GRILL" dan panaskan hingga gula bertukar menjadi caramel dan sedikit keras.


Saya kurang gemar yang letak pelbagai rempah seperti kulit kayu manis dan all spices.


Sunday, January 27, 2013

Menu Hari Minggu



Assalammualaikum dan Selamat Berhujung minggu...

Kepada yang bercuti selamat bercuti dan kepada yang kena bekerja esok hari, selamat bekerja.

Since saya dan suami tidak kemana mana, jadi hujung minggu kenalah menyingsing lengan baju memasak di dapur. Apa agaknya menu hari ni ye...

Hari ini saya ter rajin sikit so saya sediakan beberapa dish untuk makan tengahari kami berdua di hari minggu yang sunyi sepi. Agaknya ramai jiran yang bercuti atau keluar shopping.


Kuzi Daging bersama kentang


Pajeri Terung


Air Qaseh



Friday, January 25, 2013

Poli Ubi Kayu @ Steamed Cassava Cake



Assalammualaikum dan Selamat Pagi.


Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul yang disambut hari semalam. Nampaknya orang Selangor ramai yang ambil cuti panjang memandangkan hari Isnin depan pun cuti ganti bagi Thaipusam. Hari ini nampak sunyi saja, datang kerja tadi pun masih boleh berlenggang kangkung kata orang.

Semalam saya hanya menghabiskan cuti di rumah, kebetulan hujan dari awal pagi hingga ke tengahari. Apa yang best kalau hari cuti dan cuaca lembab?

Tarik selimut sambil layan TV la kan. Tambahan saya seorang saja di rumah sebab my husband dah keluar awal untuk selesaikan kerjanya.



Minggu lepas saya beli ubi kayu 3 ketul, macam biasa, plan nak buat macam macam. Ada sekali tu my husband cakap teringin nak makan Bengkang Ubi Kayu. Orang Utara panggil Bengkang kan, dan ada orang panggil Bingka. Tapi kuihnya benda yang sama rasanya.

Tapi bila tanya lagi, dia cakap lain kali sajalah, hari ini tak terasa macam nak makan pula. Aduhaiiii, akak dah tengah ada mood nak main masak masak ni.....



Takpe, tak nak makan bengkang, kita buat kuih lain yang lebih senang dan gerenti jadi punya. Rasanya pun lebih kurang cuma bengkang kena bakar dan berkerak, sementara poli ubi kayu kita kukus dan makan bersama kelapa parut dan manisan gula melaka.

Resepi yang agak lama juga saya simpan, lepas print saya selit kat merata rata sampai kadang kala cari pun tak jumpa. Kalau tidak silap saya ambil resepi dari RASA MALAYSIA.


STEAMED CASSAVA CAKE

Bahan bahan
400 gms ubi kayu yang telah diparut
125 gms santan pekat
50 ml air
100 gms gula pasir
1 sudu makan tepung ubi
Secubit garam

Bahan sampingan
Kelapa parut
Secubit gara

**** Kukus sebentar kelapa parut dan garam supaya lambat basi.

Cara cara
1. Masukkan parutan ubi kayu, santan,air,gula,garam dan tepung ubi ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
2. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak masak.
3. Kukus adunan selama lebih kurang 35-40 minit atau sehingga masak. (Ambil lidi, cucuk di bahagian tengah kuih, kalau tidak melekat, kuih sudah masak)
4. Keluarkan dari kukusan dan biarkan ia sejuk sebelum dipotong.
5. Selepas di potong, gaulkan dengan kelapa parut dan jika suka boleh dimakan bersama sama manisan gula melaka.


Tuesday, January 22, 2013

Bamboo Lala Goreng Pedas


Assalammualaikum dan Selamat Pagi

Actually tiada menu baru pun nak update dalam blog. Walaupun bila sampai hujung minggu ada pelbagai rancangan nak mencuba resepi yang agak lama pending. Even though dah siap beli semua bahan, yang tinggal cuma kerahkan tenaga dan buat. Itu pun masih tak terbuat buat juga.

Masa tengah "meroyan" nak buat crepe, segala jenis tepung dah beli tapi tak buat juga. Then teringin nak buat Apam Perlis, beria ia mencari Eno, dah beli tapi terperap dalam handbag. Kalau saya suruh my husband cari barang dalam my handbag mesti dia mengeluh, katanya nak cari mesti tak jumpa sebab segala benda ada. Agaknya, kalau gajah boleh muat, tentu saya simpan seekor dalam handbag..........

Berbalik pada menu tayangan amal hari ini,

Bamboo Lala Goreng Pedas.

Sebenarnya tidak lah pedas sangat, asal letak cili mesti ada rasa pedas kan. Tak tau nak letak nama apa, so suka hati sendiri je la bagi nama.


Agak lama juga saya tidak beli Bamboo lala ni, sebab kali terakhir saya beli memang tak lalu nak makan kerana isinya agak liat. Harganya boleh dikatakan agak mahal berbanding siput yang lain, so bila dah beli satu packet dan tak boleh dimakan, kena buang jadi rasa membazir pula. Alhamdulillah, kali ini saya dapat yang tidak liat dan sedap dimakan. Puas hati. So saya masak resepi yang simple untuk dinner malam tadi.

Bamboo Lala Goreng Pedas

Bahan Bahan
300 gms Bamboo Lala - Anggaran, cuci dan toskan
2 cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang meraha - dimayang
1 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa
1 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan udang geragau kering - rendam dan tumbuk hancur
Sedikit sos tiram
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis halia,bawang putih,bawang merah,cili kering kisar,udang geragau dan serai hingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sos tiram. Gaul sebati dan biarkan sebentar.
3. Masukkan bamboo lala, kacau agar sebati dengan kuah tadi. Biarkan ia mereneh seketika dan perasakan dengan garam.
4. Jangan masak terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan bamboo lala menjadi lebih liat.


Saturday, January 19, 2013

Buah Tampoi


Assalammualaikum dan Selamat Petang.


Apa agaknya menu untuk minum petang hari ini ye... Maklumlah cuaca di Shah Alam sekarang ini agak mendung dan baru saja hujan renyai renyai. Hari ini saya tiada menu untuk di kongsi dengan pengunjung My Small Kitchen. Tapi saya ingin kongsikan gambar buah Tampoi.

Pernah makan buah Tampoi? Rasanya buah ini bermusim kerana bukannya boleh didapati sepanjang masa. Mungkin sekarang sedang bermusim kerana ini baru pertama kali saya nampak sejak beberapa bulan lepas.Saya bukanlah peminat tegar buah ini tetapi bila ada dijual di pasar, terringin juga untuk merasanya.

Buah Tampoi mempunyai kulit yang agak tebal dan isinya berwarna putih dan rasanya masam masam manis. Buah Tampoi tidak sepopular seperti buah buahan bermusim yang lain, tetapi ia antara buah buahan tempatan yang mungkin ada generasi muda sekarang tidak pernah melihat atau menikmatinya.


Wednesday, January 16, 2013

Cendawan Goreng Tepung


Assalammualaikum dan Selamat Pagi

Tiba tiba tekak terasa nak makan cendawan goreng tepung pulak. Ini gara gara hari ahad lepas masa ke pasar tani, saya nampak peniaga tu tengah menggoreng cendawan tiram ni. Aduhai rasa macam nak beli tapi asyik teragak agak je...

Jadi semalam saya singgah beli cendawan tiram kat pasaraya sebelum balik rumah. Mesti sedap kan makan masa masih panas. Sebelum ini saya tak pernah cuba lagi, itu yang membara nak buat juga semalam.


Resepi saya ambil dari internet tapi dah lupa linknya. Tapi kebanyakannya menggunakan bahan yang lebih kurang sama.

Bahan bahan
250 gms cendawan tiram
50 gms tepung gandum
50 gms tepung beras
40 gms tepung jagung
Sedikit garam
1 biji telur
1 sudu makan serbuk cili - ini saya letak
Air secukupnya

Cara cara
1. Cuci cendawan tiram, toskan dan perahkan sedikit supaya air basuhan yang tinggal menjadi minima.
2. Bancuh semua bahan kecuali cendawan menjadi seperti kita hendak menggoreng pisang atau keledek.
3. Panaskan minyak, celup cendawan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keemasan. Buat hingga habis.
4. Ada orang suka makan dengan sambal kicap, tapi saya makan dengan sos cili je.

Monday, January 14, 2013

Agar Agar Santan Perisa Pandan


Assalammualaikum dan Selamat Petang....

Tiba tiba saya "terajin" pulak kan, sampai 2 entry dalam satu hari. Semalam merupakan hari minggu saya productive. Sempat masak pelbagai masakan dalam satu hari. Tetapi kalau dah malas, seminggu sekali sajalah blog ini di update.

Sebenarnya saya buat Agar Agar Santan Berperisa Pandan ini tengahari semalam. Kebetulan saya beli santan yang agak banyak untuk masak kari ketam. Saya fikir kalau simpan pun tentu tak tahu bila nak guna dan rasanya tentu dah kurang sedap, jadi saya fikir lebih baik saya buat agar agar santan.

Walaupun kita rasa memasak agar agar macam senang, bak kata orang "pejam mata pun boleh buat". Tetapi kadang kala kalau tersilap sukatan air atau resepi gunakan serbuk agar agar tapi kita guna agar agar yang bertali, mungkin boleh hasilkan result yang tidak sama.


AGAR AGAR SANTAN BERPERISA PANDAN

Bahan bahan
10 gms serbuk agar agar
1/2 cawan air pandan
1 cawan santan
2 cawan air
Sedikit pewarna hijau
1 biji telur

Cara cara
1. Masukkan serbuk agar agar, gula, air pandan dan air ke dalam periuk. Masak hingga serbuk agar agar dan gula larut.
2. Titiskan sedikit pewarna hijau jika suka. Pukul ringan telur di dalam mangkuk yang lain dan tuangkan ke dalam bekas berisi santan.
3. Kemudian masukkan campuran telur dan santan ke dalam periuk berisi larutan agar agar. Kacau perlahan agar sekata.
4. Biarkan ia mendidih seketika, jangan sampai meruap nanti santan mungkin akan "pecah minyak". Tutup api.
5. Tapiskan ke dalam bekas yang sesuai ataupun ke dalam acuan kecil dan biarkan sehingga sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan ataupun dipotong.


Mushroom Soup & Garlic Bread


Assalammualaikum dan Selamat Pagi....

Bagaimana hari ini ye kawan kawan? Jangan ada yang Monday Blues sudah la ye... Kalau kita suka dengan apa yang kita buat tentu tiada istilah Monday Blues atau yang seumpama dengannya. Maklumlah kerja itu satu ibadah dan satu tanggungjawab yang berat untuk dipikul. Tetapi sebagai manusia, kita mesti tidak boleh lari dari merasakan kadang kala kerja juga boleh "menyesakkan" kepala dan otak kan... Itu biasalah.

Okay berbalik pada entry kali ini saya sajikan Mushroom Soup dan Garlic Bread.


Dulu dulu...

Atau suatu masa dulu saya kalau teringin nak makan mushroom soup selalunya saya beli yang instant, yang dijual di dalam packet. Cuma tambahkan air panas saja. Tetapi masalahnya, ia agak terlalu masin pada saya. Kalau tambah air lebih, nanti tercair pulak. Yang dalam tin, saya rasa pernah sekali dua saja saya cuba. Kalau nak pergi makan di restaurant, harganya boleh tahan mahalnya.

Tetapi semenjak dah "boleh" masak walaupun lepas tekak sendiri, saya rasa lebih sedap Homemade Mushroom Soup dari store bought one. We may adjust the taste according to our preference.


Mushroom Soup

Bahan bahan
6 kuntum cendawan butang - 3 brown,3 white - dicincang halus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 labu bawang besar - dicincang halus
2 sudu makan butter
200 ml cooking cream
3 cawan chicken stock
1 sudu teh fresh thyme
2 sudu makan tepung gandum
Garam
Lada hitam

Cara cara
1. Panaskan periuk, masukkan butter dan biarkan hingga cair. Kemudian masukkan bawang besar. Goreng hingga bawang menjadi hampir translucent.
2. Kemudian masukkan cendawan,thyme dan bawang putih. Goreng hingga air yang dikeluarkan oleh cendawan kering.
3. Masukkan pula tepung gandum. Kacau rata hingga tepung tidak lagi kelihatan.
4. Masukkan chicken stock dan cooking cream. Kacau rata dan biarkan hingga hampir mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Sentiasa kacau supaya ia tidak meruap dan tumpah.
6. Hiaskan dengan daun parsley jika suka. 




Garlic Bread

Bahan bahan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 cawan butter - dilembutkan ( suhu bilik )
Sendikit daun parsley - dicincang halus
1 loaf roti baguette/French Loaf - dipotong menyerong

Cara cara
1. Campurkan semua bahan di dalam bekas. Sapukan ke atas permukaan french loaf.
2. Panaskan frying pan, bakar sebentar french loaf tadi di kedua dua bahagian.
3. Sedia dinikmati bersama sama dengan mushroom soup.



Sunday, January 13, 2013

Menu Lunch Hari Minggu......





Assalammualaikum dan Selamat Tengahari...

Sudah makan tengahari? Lauk apa agaknya hari ini ye... Mesti ada menu yang istimewa permintaan dari ahli keluarga. Maklumlah, bila hari cuti barulah ibu yang berkerja boleh memenuhi permintaan ahli keluarga untuk  menu makan tengahari atau malam.

Since hari ini saya hampir beransur sihat walaupun masih ada sesekali batuk menyerang,jadi saya juga perlu memenuhi permintaan my husband untuk menu tengahari ini. Kesian pula maklumlah bila saya tidak sihat, kami hanya makan yang simple atau pun beli dari luar.


 So hari ini seawal pagi saya dan suami keluar ke Pasar Tani Shah Alam untuk mencari bahan basah. Biasanya kami akan keluar seawal 7 pagi kerana my husband malas nak bersesak mencari tempat meletak kereta. Ramai peniaga yang masih belum datang especially bahagian pakaian. So beli barang basah dan terus balik rumah selepas sarapan.

Jadi menu pilihan hari ini ialah Ikan Terubuk Bakar dan Kari Ketam.


Hari ini tiada resepi kerana saya sudah beberapa kali menyediakan Terubuk Bakar dan Kari Ketam. Just masukkan dalam blog atas permintaan rakan yang nak tengok apa menu saya hari ini.

So Kak Lin, inilah menu kami hari ini. Nak ajak pun dah habis semua.



Saturday, January 12, 2013

Roasted Potatoes


Assalammualaikum dan Selamat Petang,

Kebelakangan ini selalu tunjukkan menu yang simple saja kan. Bila badan kurang sihat, hanya boleh sediakan menu yang senang dan tidak ambil masa yang agak lama untuk disediakan.

Saya buat roasted potatoes ni 2 hari yang lepas. Kebelakangan suka pulak makan macam ni.




ROASTED POTATOES

Beberapa biji kentang - dicuci bersih dan jangan kupas kulitnya. Belah 2.
Sedikit herba thyme segar
Sedikit herba rosemary segar
3 ulas bawang putih
Minyak zaitun
Garam
Serbuk lada hitam

Cara cara
1.Masukkan semua bahan ke dalam bekas, gaul sekata.
2. Masukkan semua ke dalam dulang pembakar, tuang sedikit air anggaran 1/4 cawan ke dalam dulang pembakar.
3. Bakar di dalam oven pada suhu 200 darjah celcius lebih kurang 30 minit.

Dipping sauce
2 sudu makan Greek Yogurt
1 sudu makan sos cili

Campurkan kedua dua bahan dan gaul hingga sebati.

Thursday, January 10, 2013

Oats with Fresh Fruits



Assalammualaikum dan Selamat Tengahari....


Sudah makan tengahari? Saya masih memikirkan apa yang patut saya makan untuk hari ini. Selalu menjadi masalah bila memikirkan apa yang nak di makan. Penduduk di negara yang kebuluran pening memikirkan apa yang nak di makan, tapi kita masih pening memikirkan apa yang perlu di makan....


Meh nak tayang apa yang saya makan untuk sarapan pagi tadi....

Instant Oats dengan buah buahan. Lebih banyak buah dari oatsnya. Sarapan yang menyihatkan dan senang untuk disediakan terutama kepada yang sibuk atau malas nak sepahkan dapur di pagi hari. Maklumlah lepas tu dah nak keluar ke tempat kerja pula. Lainlah kalau ada pembantu rumah....



Panaskan 200 ml susu segar, jangan sampai mendidih. Masukkan instant oats lebih kurang 4 @ 5 sudu makan ke dalam susu tadi. Biarkan hingga oats kembang. Jika suka cair, kurangkan jumlah oats. Sedia dinikmati dengan buah buahan segar dan maple syrup. Kalau suka boleh gantikan buah buahan segar dengan buah buahan kering.


Wednesday, January 9, 2013

Tidak Sihat.......



Assalammualaikum dan Selamat Pagi.....

Sudah 5 hari tuan rumah di serang demam selsema dan batuk. Even now still in recovering mode. Dah berkotak kotak tissue paper habis, ubat batuk, vitamin C dan segala macam supplements dah ku telan tapi masih belum sembuh lagi. Ermmmm suara dah sengau semacam je.

Tekak tak selesa langsung, so memang tak berapa lalu nak makan. Kalau boleh hari hari nak makan bubur nasi saja. Tapi kalau tak demam pun saya memang "hantu" bubur nasi.

Harap boleh cepat sembuh.


Thursday, January 3, 2013

Kung Pao Chicken with Szechuan Peppercorns


Assalammualaikum dan Selamat Pagi...


Kebelakangan ini lebih banyak entry kuih muih berbanding lauk pauk. So hari ini saya letak salah satu menu Chinese dish yang menjadi kesukaan saya.

Kung Pao Chicken...

Kebetulan masa cuti tahun baru yang lepas, saya dan suami sempat jalan jalan cuci mata so biasalah tempat yang saya suka pergi ialah pasaraya. Nama pun jalan jalan cuci mata kan, sambil jalan tengok jugalah apa yang berkenan. Tiba tiba ternampak Szechuan Peppercorns di bahagian rempah ratus. Biasanya kalau menonton rancangan masakan yang di host kan oleh Chinese Chefs, selalu ada menggunakan Szechuan Peppercorns dalam masakan mereka. So, just ambil satu packet untuk dicuba dalam masakan saya.

Apalagi..... surf internet, cari apa resepi yang sesuai dicuba yang menggunakan bahan ini.


Sichuan pepper

From Wikipedia, the free encyclopedia


Sichuan pepperSzechwan pepper or Szechuan pepper, a common spice used in Asian cuisine, is derived from at least two species of the global genus Zanthoxylum, including Z. simulans and Z. bungeanum. The botanical name of the genus is composed of two Greek words that together mean "yellow wood" (referring to the brightly coloured sapwood possessed by several of the species). The genus belongs in the rue or citrus family, and, despite its name, is not closely related to either black pepper or chili pepper.
The husk or hull (pericarp) around the seeds may be used whole, especially in Szechuan cuisine, and the finely ground powder is one of the blended ingredients for the five-spice powder. It is also used in traditional Chinese medicine. The pericarp (hull or husk) is the part that is most often used, but the leaves of various species are used as well in some regions of China.[1]
Another cousin native to China is Zanthoxylum schinifolium, called xiang-jiao-zi (香椒子, lit. "aromatic peppercorn") or qing-hua-jiao(青花椒, lit. "greenish-black flower pepper"), used as spice in Hebei.[1] Yet another Zanthoxylum species provides the African spiceuzazi. Because all 250 or so species of the genus seem to possess at least some of the aromatic and complex chemicals that enliven food, it is likely that most Zanthoxylum species have been used at some time as a spice.
While the exact flavour and composition of different species from the Zanthoxylum genus varies, the same essential characteristics are present to some degree in most of them. Thus, while the terms "Sichuan pepper" and "sanshō" may refer specifically to Z. simulans and Z. piperitum, respectively, the most commonly used varieties of the pepper (such as these two) are interchangeable in most cases.[2] Outside of scientific literature, it is common to see the names used interchangeably or as blanket terms for whichever particular species of pepper is available.



Ada rasa manis,masin,pedas dan rasa lemak dari gajus. Cukup sekadar menikmatinya dengan sepinggan nasi putih yang hangat. Tak terkata......

KUNG PAO CHICKEN WITH SZECHUAN PEPPERCORNS

Bahan bahan
300 gms isi ayam - potong saiz anggaran 1 inci
1/4 cawan kacang gajus
1/3 cawan cili kering, hiris menyerong
2 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
3/4 sudu makan szechuan peppercorns yang ditumbuk
Minyak untuk menggoreng ( Minyak kacang tanah lebih sesuai)

Bahan perapan
1/2 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan gula perang
1/2 sudu makan tepung jagung

Sos
1 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan cuka hitam
1 sudu teh minyak bujan
1 sudu teh gula perang
3 sudu makan air

Cara cara

1. Campurkan isi ayam dengan bahan perapan, gaul sekata dan perapkan di dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam.
2. Masukkan 1/2 sudu makan minyak ke dalam kuali, dan goreng kacang gajus hingga keperangan. Keluarkan dan letak ke tepi.
3. Masukkan 1/2 sudu makan minyak, goreng isi ayam hingga masak. Ketepikan.
4. Masukkan 1 sudu makan minyak, goreng cili kering hingga sedikit garing, ketepikan dan masukkan halia dan bawang putih. Goreng hingga naik bau.
5. Masukkan semua bahan sos, dan biarkan hingga mendidih.
6. Masukkan isi ayam tadi diikuti dengan kacang gajus dan cili kering. Kacau sekata. 
7. Matikan api, taburkan Szechuan peppercorns yang di sangai terlebih dahulu dan ditumbuk kasar.

Saya masukkan bahagian putih daun bawang untuk memberikan lebih rasa dan warna.




Wednesday, January 2, 2013

Kuih Kosui Hitam Manis @ Kosui Kicap


 Assalammualaikum dan Selamat Pagi 

Apa kahabar semua? Mungkin ada ibu yang bercuti hari ini kerana menghantar anak yang baru pertama kali melangkah ke alam persekolahan. Mesti pelbagai kerenah anak anak kecil boleh dilihat hari ini...

Berbalik pada entry pertama di bulan pertama di tahun baru, saya hidangkan Kuih Kosui atau Kasui buat sarapan pagi.


Selama aktif berblog ini, pelbagai jenis kuih kosui yang saya temui resepinya baik di internet atau di majalah majalah masakan. Ada beberapa kali saya terbaca mengenai resepi kuih kosui yang salah satu bahannya ialah kicap pekat.

Memang rasa agak hairan sebab terfikir bagaimana rasanya bila kicap dmasukkan ke dalam pembuatan kuih yang manis rasanya. Jadi memang agak teruja juga untuk mencubanya sendiri.


Sejujurnya memang tak bezanya dengan kuih kosui yang biasa saya nikmati sebelum ini. Tiada rasa kicapnya kalau itu yang menjadi persoalan. Mungkin ia menambahkan rasa lemak dan warna pada kuih kosui tapi memang agak sedap pada saya. Lembut, kenyal dan manisnya sedang elok sekali.


Saya akan update resepinya kemudian. Hari pertama bekerja di tahun baru banyak perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu.


KOSUI HITAM MANIS
Sumber: Buku Talam Klasik Malaysia oleh Pn. Hasma Noor Basir

Bahan bahan
Bahan A
150gms tepung beras
50 gms tepung kastad
50 gms tepung hunkwee
800 ml air
1/2 sudu teh kapur sirih

Bahan B
300 gms gula merah
100 gms gula pasir
400 ml air
Daun pandan
1 sudu makan kicap lemak manis
( masak Bahan B hingga gula larut, tapis dan biarkan sejuk)

Bahan lain
Kelapa parut - ambil bahagian putih saja
1 sudu teh garam halus

Cara cara
1. Sediakan loyang berukuran 12", lenserkan dengan minyak.
2. Satukan bahan A, gaul sebati kemudian masukkan Bahan B yang telah disejukkan tadi. Tapis.
3. Jerang adunan di atas api yang sederhana, kacau hingga hampir pekat.
4. Tuang adunan ke dalam loyang, kukus di atas api sederhana selama 45 minit atau sehingga masak.
5. Sejukkan, potong dan gaul dengan kelapa parut yang telah dimasukkan garam halus.

*** Saya buat 1/2 bahagian dari resepi di atas.