Thursday, May 29, 2014

Oats & Cranberries Cookies



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar hari ini?
Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, maka ramai yang plan nak bercuti ke tempat tempat menarik hujung minggu ini. Yang penting jaga keselamatan dan berhati hati memandu di jalanraya. Bagi yang bekerja, memang agak lega sikit sebab bila cuti sekolah, automatic jalan akan sedikit lenggang dari biasa.
 

Okay berbalik pada entry hari ini saya sediakan Oats and Cranberries Cookies. Kebetulan stock oats agak banyak di rumah, boleh juga dibuat kudapan sambil menonton TV di rumah atau bekal ke tempat kerja.

Kalau dilihat dari gambar nampak cookies ni seakan akan keras tetapi sebenarnya ia lembut tetapi tidak berderai. Pertama kali buat berdasarkan resepi dibelakang bekas dried cranberries yang saya beli. Ia agak manis pada tekak saya, so next time kena kurangkan penggunaan gula.
 
 Oats & Cranberries Cookies

Bahan bahan
2/3 cawan unsalted butter
2/3 cawan brown sugar
2 biji telur bersaiz besar
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan oats
1 cawan dried cranberries
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan white chocholate chip - saya gantikan dengan chocholate chipp biasa

Cara cara
1. Putar butter dengan gula hingga gebu, masukkan telur dan kacau sebati.
2. Ayak tepung gandum dengan baking powder. Masukkan ke dalam adunan telur tadi. Masukkan juga oats,dried cranberries dan choc chips. Gaul sebati.
3. Panaskan oven pada suhu 160C, lapik dulang pembakar dengan kertas baking.
4. Gunakan sudu atau ice cream scoop, sudukan di atas dulang. Bakar selama 12-15 minit atau sehingga keperangan.
5. Sejukkan sebelum masukkan ke dalam bekas kedap udara.




Wednesday, May 28, 2014

Teh O Ais Laici


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Ermmmmm kalau cuaca panas membahang memang nyaman tekak kalau dapat hirup minuman sejuk begini kan. Hari ini entry bergambar tanpa resepi. Jangan la suruh saya bagi resepi Teh O Ais Laici ni ye....

Malu akak tau......

 

Sebenarnya saya jarang berpeluang untuk mengambil gambar menggunakan natural light atau cahaya semulajadi. Maklumlah keluar bekerja di awal  pagi dan sampai rumah sudah lewat petang. Bila sudah siap masak, matahari sudah lama menghilang. Jadi kebanyakan gambar saya di ambil di dalam rumah menggunakan lampu.

Kebetulan semalam saya sampai rumah lebih kurang pukul 6.15 ptg, terfikir untuk mengambil gambar menggunakan natural light. Jadi menu yang paling cepat disediakan tentunya minuman. Jadi saya cepat cepat sediakan Teh O Ais Laici untuk menjadi model saya. Kebiasaannya saya gunakan CANON DSLR untuk mengambil gambar makanan, tapi kali ini saya gunakan kamera SAMSUNG NX2000.


Ohhhh I really love natural light.....

 








Tuesday, May 27, 2014

Lepat Pisang



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tuan rumah kurang sihat sehari dua ini....
Asyik bersin, mungkin dilanda selsema agaknya. Cuaca pula, kadang kala pagi sampai tengahari panas terik dan hujan lebat lewat petang.

Tiba tiba tekak terasa nak makan lepat pisang.....

 


Actually nak beli pisang emas, sebab saya suka pisang emas berbanding pisang yang lain. Tapi tiada stok, cuma ada sejenis pisang yang saya kurang pasti namanya. Rasanya sedikit masam. Memang kurang enak kalau dimakan saja.
 

 LEPAT PISANG

Bahan bahan
10 biji pisang - besar sedikit dari pisang emas
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/3 cawan gula manisan tebu / gula melaka
Sedikit kelapa parut muda yang digaul dengan sedikit garam
Daun pisang yang dilayur dan dipotong kepada saiz yang sesuai

Cara cara
1. Masukkan pisang, tepung gandum, manisan gula dan baking powder ke dalam blender. Kisar hingga sebati.
2. Ambil sehelai daun pisang, Letakkan lebih kurang 2 sudu besar adunan, isikan kelapa parut dan bungkus kemas. Buat hingga selesai.
3. Panaskan kukusan, kukus lepat pisang lebih kurang 8-10 minit. 




Sunday, May 25, 2014

Mango Lassi



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

2,3 hari ini tidak berkesempatan untuk bereksperimen di dapur walaupun ada beberapa resepi yang dah plan untuk dicuba. Biasalah kadang kala semua barang sudah sedia ada tapi ada saja yang menghalang. Yang paling utama tahap kerajinan. Kalau tinggi, laju je ke dapur. Tapi kalau tahap kerajinan 1 bar saja, alamatnya memang apa pun tak menjadi.




Since tiada gambar yang menarik untuk dikongsikan, saya cuma letak gambar Mango Lassi yang saya sediakan sebentar tadi. Memandangkan sekarang musim mangga. memang banyak buah mangga di pasaran. Sekarang tengah kemaruk makan Indian Mango. Dalam minggu ini sudah beberapa kali saya beli, then terfikir nak buat lassi mangga. Tapi tak terbuat pula sebab asyik makan begitu saja.

Tengahari tadi masa keluar lunch dengan my husband, singgah pasaraya nak cari Indian Mango tapi macam tak berapa masak saja, saya tukar beli mangga lain. Sebab pernah beli sebelum ini, so boleh agak rasanya yang memang manis.

Mango Lassi

Bahan bahan
1 biji isi buah mangga
2 sudu besar Greek Yogurt
2 sudu besar Organic Cane Sugar
1 1/2 cawan susu segar
1 cawan ais kiub

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender, kisar hingga halus.
2. Hidangkan di dalam gelas.

 




Wednesday, May 21, 2014

Samosa Daging


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Apa agaknya menu sarapan pagi hari ini ye? Selalunya saya hanya ambil sarapan yang ringkas sebab malas nak buat sarapan yang berat. So cornflakes atau oat menjadi pilihan di pagi hari. Bila sampai tempat kerja, baru cari sarapan yang berat sikit. Sebab kadang kala saya selalu skip lunch, tak tau nak makan apa sebab menu yang sama saja setiap hari.

Semalam saya diberi "kelepasan" untuk tidak memasak untuk makan malam. So fikir apa yang boleh saya buat sementara tunggu my husband sampai rumah. Lama sangat tak buat samosa di rumah, mungkin bertahun lamanya. Nampak sangat pemalas akak ni kan...

Bagus juga buat samosa, boleh buat sarapan esok hari dan bawa bekal ke tempat kerja. Baki boleh simpan dalam tempat sejukbeku, bila rasa nak makan boleh keluarkan dan goreng.



Masa mula mula nak membalut samosa ni memang agak terkial kial juga. Habis berterabur inti samosa..... Nampak sangat tangan kurang berseni, keras kejung kata orang. Tetapi bila sudah beberapa kali mencuba, akhirnya boleh diterima walau tidak sempurna seperti orang yang selalu buat. Itulah kan, kalau tidak mencuba bagaimana kita nak tahu boleh atau tidak. Kalau gagal sekali, cuba lagi....

Bersungguh sungguh akak membalut samosa malam tadi, sambil teman encik suami menonton TV. Lepas bye bye encik suami pergi kerja selepas subuh, barulah saya goreng samosa. Bergegas ambil gambar, so apa yang sempat dicapai sajalah yang menjadi props hari ini.
 

Bahan bahan
(Untuk inti)
2 biji kentang Russet - kupas kulit, potong dadu kecil, cuci dan toskan
200 gms daging lembu kisar
2 sudu besar udang kering
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
3 sudu besar serbuk kari daging
3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak
Kulit popia secukupnya
1 biji putih telur

Cara cara
1. Bawang besar, bawang putih dan udang kering di tumbuk kasar. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk bersama sama daun kari hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari dan sedikit air dan masak hingga rempah pecah minyak.
3. Masukkan daging kisar dan kentang. Masukkan juga 3 cawan air dan masak sehingga kentang empuk.
4. Perasakan dengan garam dan gula dan masak dengan api perlahan sehingga agak pekat. Matikan api dan biarkan ia sejuk.
5. Ambil sekeping kulit popia, bahagikan kepada 3 bahagian yang sama besar. Sambungkan 2 bahagian dengan putih telur.
6. Bentukkan seperti kon, masukkan inti secukupnya dan lipat supaya menjadi segitiga dan sapukan putih telur di hujung kulit popia dan lekatkan. Buat sehingga selesai.
7. Panaskan minyak, goreng samosa sehingga keperangan, angkat dan toskan.

Monday, May 19, 2014

Biskut Cornflakes


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Dah nak raya ke? 
Tiba tiba makcik rajin pula buat cookies raya. Saja buat cookis ini untuk kudapan. Apa salahnya kan... Nanti bila dah dekat nak sambut raya, tak adalah nak pening kepala nak cari resepi kuih raya. Itupun kalau rajin.... biasanya dalam bulan puasa, saya ni jarang sangat buat kuih raya. Ini kira macam process memanaskan badan..... boleh?



Sebenarnya last Friday, saya dan beberapa kawan kawan rapat ada small gathering untuk sambut birthday salah seorang dari kami. Kebetulan pula saya memang agak sibuk even masa cuti Wesak pun saya kena bekerja untuk siapkan apa yang perlu. Jadi memang tak sempat nak mencari hadiah. Jadi masa lunch hari jumaat tu saya sempat ke bakery yang berdekatan, beli alatan memasak/baking sebagai hadiah. Walaupun dia lelaki, tetapi dia suka memasak dan buat kuih muih.

Ternampak pula buku biskut raya oleh Florence Tan, gatal tangan menyambar masa nak membayar. So bila dah beli buku, kena la membuatnya kan....
 
 Biskut Conflackes
By Florence Tan

Bahan bahan
A (Diayak)
150gm tepung gandum
210 gm tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk penaik

B
180gms gula kastor - saya gantikan dengan organic cane sugar
250gm mentega
2 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanila
180 gms cornflakes - dikisar kasar

Cara cara
1. Putar gula kastor dan mentega sehingga ringan dan gebu. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Terus pukul selama 1 minit.
2. Masukkan cornflakes dan bahan A. Gaulkan sebati sehingga menjadi doh.
3. Bulatkan ia menjadi bebola kecil dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah diglis.
4. Saya tambahkan hirisan raisin di atas doh yang dibulatkan tadi. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau sehingga menjadi warna kekuningan.
5. Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.


Sunday, May 18, 2014

Banana, Mango & Yogurt Smoothies



 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera......

Selamat berhari minggu. Alhamdulillah baru selesai menikmati makan tengahari. Sambil menikmati cuti hari minggu sambil bersantai sempat juga update blog. 

Mari kita menjamu selera dengan Banana, Mango and Yogurt Smoothies. Sesuai disajikan untuk sarapan pagi.
  
Bahan bahan
1 biji pisang - sejukbeku (frozen)
1 biji mangga - ambil isinya dan sejukbekukan
2 sudu besar Greek Yogurt
2 sudu besar Raw Honey
1-1 1/2 cawan susu segar - bergantung pada kepekatan yamg anda suka

Cara cara
1. Masukkan semua ke dalam blender, kisar hingga halus.
2. Tuang ke dalam gelas dan nikmatinya.


 

Wednesday, May 14, 2014

Tepung Bungkus



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Beberapa hari tanpa update blog. Agak sibuk dengan urusan urusan lain + malas nak masak dan ambil gambar.
Bila cuti panjang, mood nak memasak dan ambil gambar pun jatuh merudum.

Lama memendam perasaan nak buat kuih tepung bungkus. Dalam 2 minggu ini, 2 kali saya buat di rumah,itupun dalam kuantiti yang sedikit. Kali pertama, saya terleka dan terlupa masa mengukus kuih ini di dapur. Lupa nak setkan masa, leka berbual dengan my husband sambil tengok TV. Tiba tiba tersedar yang saya sedang mengukus kuih. Bila tengok, kuih semua dah kembang setaman, hampir pecah daun pisang, pembalut kuih tu.



Resepi saya ambil dari blog Bila Chah ke Dapur. Kalau sempat saya salin semula resepi.



Friday, May 9, 2014

Steamed Fish


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini sudah hari Jumaat, cepat saja masa berlalu.... Mesti ramai yang berharap hari ini berlalu dengan pantas memandangkan akan bercuti panjang hingga hari Selasa depan. Mungkin sudah planned untuk kemana mana bersama sama keluarga atau teman teman. Atau barangkali sudah memikirkan apa yang hendak di masak untuk keluarga tercinta.







Menu malam tadi, Steamed Fish with Soy Sauce. Saya suka menu yang kukus atau rebus lagi lagi kalau one pot dish. Masak satu lauk saja, semua sudah ada. Tetapi my husband confirm tak jeling pun kalau menu macam ini. Sebab itu lebih baik guna kepingan ikan atau ikan yang bersaiz kecil.



Kali ini saya gunakan kepingan ikan senangin. Masakan yang sangat ringkas, senang dan tidak mengambil masa yang lama.


Bahan bahan
1 kepingan ikan senangin - cuci dan toskan.
1 inci halia - dihiris nipis
2 biji cili padi
1 hirisan limau nipis
Beberapa tangkai cendawan
1 tangkai daun bawang - dihiris memanjang
1 sudu teh bawang putih yang telah digoreng
Garam dan lada sulah
Sedikit gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan kicap
1 sudu teh sos tiram
Tomato, daun bawang dan cili merah untuk hiasan.

Cara cara
1. Lumur ikan dengan sedikit garam dan lada sulah. Susun kepingan limau nipis, daun bawang dan halia di dalam pinggan untuk mengukus.
2. Letakkan ikan, taburkan hirisan cendawan dan cili padi.
3. Satukan minyak bijan, gula, kicap dan sos tiram. Gaul sekata dan tuangkan ke atas ikan tadi.
4. Kukus ikan lebih kurang 5-7 minit.
5. Keluarkan ikan dan taburkan dengan hirisan daun bawang, cili merah, buah tomato dan juga bawang putih goreng.
6. Sedia dinikmati bersama sama dengan nasi putih.




Selamat Bercuti....


Thursday, May 8, 2014

Avocado Juice


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Memandangkan beberapa hari ini tiada menu masakan atau kuih muih yang boleh saya upload, so mari kita menjamu mata dengan gambar Avocado Juice atau Jus Alpukat..

Walaupun Avocado boleh dikatakan tiada rasa jika di makan begitu saja tetapi amat enak jika dibuat jus bersama sama susu dan sedikit sos coklat. Rasanya yang lemak bila bergabung dengan sos coklat, memang tak terkata sedapnya.....

Dah rasa macam host Jalan Jalan Cari Makan la pulak kan...

Walau bagaimanapun buah Avocado memang agak mahal pada kebiasaannya, adakala boleh mencecah RM6 untuk sebiji. Tetapi ada pasaraya yang selalu buat harga promosi RM1.99 untuk sebiji, so masa ni memang angkut macam lupa diri pulak. Kebetulan belakang office saya ada Cafe, so ada 2 kali juga rasanya saya order Avocado juice yang mencecah RM8 segelas.....



Kebelakangan ni agak malas nak fikirkan props untuk ambil gambar, ikut mana yang sempat saja. Selalunya ada masa waktu malam sahaja, bila dah siap masak, penat belum hilang, jadi malas nak fikir konsep apa yang sesuai dengan menu. Itu yang kadang kala props yang digunakan entah apa apa.

Kebetulan sekarang musim pokok di tepi rumah saya berbunga, bunga yang ada dalam gambar di atas. Baunya memang harum sangat, walaupun bila tingkap ditutup. Apatah lagi waktu angin bertiup spoi sepoi bahasa, memang harum semerbak.

Waktu saya mula mula berpindah ke rumah ini, masa itu belum tahu lagi bunga ini yang mengeluarkan bau harum. Kebetulan rumah saya bersebelahan dengan padang dan ada bukit bukau yang mengelilingi... so bila terjaga di tengah malam, angin yang bertiup agak kuat dan mengeluarkan bunyi yang agak mnyeramkan. Seakan akan bunyi perempuan menghilai. Bayangkan kalau terjaga di tengah malam, terdengar bunyi angin yang meyeramkan dan bau yang sangat harum.....

Memang meremang bulu roma.......

Tapi lama kelamaan dah jadi lali. Tambahan kalau badan penat seharian bekerja, memang tidur mati. Tetapi kalau ada tetamu yang sesekali bermalam di rumah, confirm esok pagi mereka akan tanya... " bunyi apa malam tadi? Macam org menghilai je..."


Tuesday, May 6, 2014

Chinese 5 Spices Crab


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Beberapa hari tiada entry baru, agak sibuk dengan kerja. Kebetulan hujung minggu banyak pula undangan ke majlis kenduri. Rasanya untuk bulan May ini ada beberapa undangan yang perlu dipenuhi itupun kalau masa dan keaadaan mengizinkan. Belum lagi monthly gathering dengan kawan kawan rapat. Bila berjumpa mulalah makan saja....

Semalam saya cuma masak ketam. Selalunya my husband request masak kari atau masak lemak tapi kali ini saya tukar sikit, beri kelainan rasa. Asyik masak berlemak saja kan...

Actually resepi asal menggunakan udang, tapi kali ini saya cuma tukar kepada ketam. Tidak pedas, kalau suka sedikit pedas boleh tambahkan cili padi.


Bahan bahan
300 gms udang - bersihkan ( saya gantikan dengan 2 ekor ketam saiz besar)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 labu bawang besar - belah 6
1 biji tomato - belah 6
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan 5 spices
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun bawang - potong sepanjang 2 inci

Cara cara
1. Bawang putih, merah dan halia ditumbuk hingga lumat. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, serbuk 5 spices dan cili kisar hingga wangi.
2. Masukkan sos tomato dan sos tiram, kacau biar sebati. Biarkan sebentar, masukkan udang, bawang besar dan tomato. Gaul sekata.
3. Jika kuah agak pekat, masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam. Tabur daun bawang, gaul sekata dan bolehlah diangkat.

Friday, May 2, 2014

Tauhu Sumbat


 Asslammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Alhamdulillah kita sudah memasuki bulan Rejab dan rasanya ramai yang berpuasa sunat semalam. Kebetulan semalam juga cuti sempena Hari Pekerja. Kebetulan juga hari gaji, bukan main lagi ramai umat manusia berpusu pusu di pusat membeli belah. Nak cari parking pun susah, ramai yang parking kereta di tepi jalan menambahkan lagi kesesakan yang ada.

Sempena cuti Hari Pekerja, so saya pun dapat cuti dari memasak. Dari pagi hingga ke malam, makanan di taja sepenuhnya oleh encik suami. Tetapi bukan sempena hari pekerja saja, tak ada cuti pun apa apa pun, saya selalu dapat cuti memasak......



 Beberapa hari lepas ada kawan posted gambar Tauhu Sumbat dalam group Whatsapps. Aduh rasa macam terliur pula. Sebab saya pernah rasa tauhu sumbat yang dia buat, jadi boleh rasa kesedapannya hanya melihat gambar di skrin telefon bimbit.

Plan nak buat siang semalam memandangkan hari cuti sebab tiada plan nak keluar ke mana mana sebab saya dah tahu kalau cuti awal bulan memang sesak pasaraya atau pusat membeli belah. 

Elok saja saya keluarkan ikan dan ketam dari esbok untuk sediakan makanan tengahari, my husband cakap tak perlu masak, kita lunch kat luar saja. Apalagi, cepat cepat masukkan semula ikan dan ketam ke dalam esbok. Seronok betul tak perlu masak ye......





 Memandangkan semua bahan sudah ada, saya buat juga tauhu sumbat untuk dibawa ke tempat kerja hari ini.
Kali ini saya mencuba sambal resepi dari kak Anymz cuma saya tukar dari cili kering kepada cili merah.

Bahan bahan untuk Sambal
6 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
2 cawan air
3/4 cawan sos tomato - anggaran
Garam dan gula secukup rasa.

Cara caranya
1. Potong cili merah, buang bijinya. Kisar cili merah bersama sama dengan bawang kecil dan putih hingga hancur.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sama dengan air dan sos tomato.
3. Masak hingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula.
4. Hidangkan bersama sama dengan tahu yang telah digoreng, di belah 2 dan disumbat dengan taugeh yang dicelur serta timun.