Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 untuk negara tercinta, MALAYSIA.
Walaupun kebelakangan ini rakyat Malaysia di landa pelbagai musibah, tetapi buruk dan baik apa yang jua yang terjadi kita tetap rakyat Malaysia. Sama samalah kita bersatu hati berusaha mengharunginya bersama sama bukannya menunding jari mencari salah orang lain.
Nampaknya hujung minggu merupakan cuti panjang, ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga dan masih ada yang membuat rumah terbuka walau Syawal sudah berlalu. Untuk menjamu jiran tetangga dan rakan taulan tidak semestinya dalam bulan Syawal saja kan...
Kebelakangan ini saya kekeringan idea untuk menyediakan makan malam. Bosan dengan menu yang sering kali dimasak. Ada masanya penat memikirkan apa yang rasa selera di tekak. Bayangkan masak nasi secawan pun tak habis. Tapi masalahnya tidak juga kurus...
Semalam saya suka suka mencuba membuat ayam panggang dan dimakan bersama sama cous cous. Mula mula plan nak memasak Moroccan Chicken, tapi ada sesetengah bahan tiada dalam simpanan. So saja just grilled ayam dan masak cous cous ikut arahan di paket dan saya campurkan dengan daun ketumbar dan potongan lobak merah.
Ayam anda boleh panggang menggunakan resepi Rosemary Grilled Chicken atau hanya guna simple ingredients seperti garam, serbuk cili, minyak zaitun, sedikit butter dan sedikit jintan manis.
5 comments :
tak pernah makan cous cous. macamana la agaknya rasa dia??
macam mana nak describe ye Ida.... saya pun baru pertama kali mencuba. But not bad boleh terima dek tekak.
Assalamualaikum hazila selalu mkn nasik jer..sesekali try menu zila ni ok gak kan....yumyum....
coucous ni mcm tepung suji tu..sedap jugak.nekcik pun suka
cous cous dengan kas kas sama ke?
Post a Comment