Monday, November 10, 2014

Beef Empanadas with Black Seed



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya jamu Beef Empanadas with Black Seed. Empanadas ini ala ala karipap cuma ia dibakar bukannya digoreng. Mungkin satu alternative untuk mengurangkan penggunaan minyak dalam cara penyediaan makanan kita.

Black Seed atau Habbatus Sauda merupakan antara makanan sunnah. Cuma penggunaannya agak terbatas di kalangan orang melayu. Ia lebih meluas digunakan di Timur Tengah.
  

Inti atau filling boleh dipelbagaikan mengikut selera masing masing. Seperti karipap kita boleh gantikkan dengan sambal sardin atau rendang ayam/daging. Pelbagaikan untuk menarik minat keluarga untuk mencubanya.
 

Kali ini saya sediakan intinya seperti inti karipap daging. Cuma semasa menumis, saya masukkan 1 sudu teh Habbatus Sauda.

Sejujurnya ada rasa sedikit kelainan bila menggigit biji biji Habbatus Sauda ini.

Sebagaimana kita tahu, Habbatus Sauda ini mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan baik untuk wanita ataupun lelaki. Jadi apa salahnya kita mengamalkan dalam pemakanan seharian.

 

4 comments :

Rosdi Eunos said...

Teringat raya lepas bila salah sorang tenaga pengajar dekat kolej yang saya kerja dulu perkenalkan cookies dengan jintan hitam ni .. walaupun sikit, rasanya intense juga ..
And your recipe nampak best utk makan petang time time hujan ni..

mamabeauty said...

tak penah makan pulak empanadas ni..
karipap pun failed buat hehe..

anw thanks for sharing the resipi ni nampak menarik..

zila norazila said...

mcm karipap jgk kn kak..tp bkar..bgus x yh goreng.

kakrose said...

menarik untuk di cuba resepi ni..