Sunday, April 5, 2009

Nasi ayam Cendawan Claypot


Sejak tengahari tadi lagi cuaca tak berapa bagus, mendung dan guruh sekali sekala. Bila dah dengar guruh memang la saya tak on streamyx, risau takut kena sambar lagi. Jadi sekarang baru berkesempatan nak update blog. Bila cuaca suram je, mood pun suram juga la. Tambahan my husband takde kat rumah, tinggal sorang sorang malas pulak nak masak. So saya masak simple sekadar nak isi perut. Saja nak cuba resepi nasi ayam claypot ni. Not bad gak rasanya especially untuk org yang tengah MALAS cam saya ni. Resepi dari Majalah SAJI tapi tak ingat bulan berapa.

Bahan bahan

1 cawan beras
1 1/2 air rebusan ayam
500gm ayam - dipotong kecil kecil
1 sudu besar lada hitam- tumbuk kasar
1 sudu besar kicap pekat
5 atau lebih kuntum cendawan hitam - saya guna shitake mushroom
2 sudu besar sos tira
1 sudu besar kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air )
2cm halia & 2 ulas garlic (tumbuk)
Sedikit hirisan daun sup & daun bawang, bawang goreng dan sedikit minyak bijan

Cara cara
  1. Perap ayam dengan bawang putih, halia, kicap pekat & manis, sos tiram, lada hitam dan cendawan.
  2. Panaskan minyak dan tumis ayam yg diperap hingga masak dan tuang air bancuhan tepung jagung.
  3. Setelah pekat, perisakan dengan garam, ketepikan.
  4. Panaskan claypot , masukkan beras dan air rebusan ayam, biarkan nasi masak.Pastikan api tidak terlalu kuat supaya nasi tidak cepat hangit.
  5. Tuangkan ayam tadi kat atas nasi dan taburkan smua daun, bawang goreng dan percikkan minyak bijan..

Apam Karamel Kukus


Sepatutunya apam ni mekar kembang setaman, tapi biasalah kalau saya buat apam memang tak mekar punya. Anyway ia memang lembut dan gebu. Buat untuk minum petang tadi. Resepi ambil dari majalah sedap. Anyway saya buat sebahagian saja dari resepi asal.

Bahan bahan ) dapat lebih kurang 20 ketul yg agak besar

2 biji telur
150 gms gula
1/4 sudu garam
2 sudu teh ovalet
300 gms tepung gandum
200 ml soda tawar
1/4 sudu teh pes coklat
100 gms gula + 100 ml air - untuk karamel

Cara cara
  • Untuk karamel - goreng gula tanpa minyak hingga keperangan dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga larut. Ketepikan dan sukat 100 ml.
  • Pukul telur,gula pasir,garam dan ovalet sehingga benar benar kembang. Masukkan karamel dan pukul lagi.
  • Masukkan tepung bersilih ganti dengan soda tawar sambil dipukul perlahan.
  • Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan pes coklat.
  • Tuangkan ke dalam acuan apam kukus dan sudukan sedikit adunan coklat ke atasnya.
  • Kukus selama 10 minit di dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dulu.

Saturday, April 4, 2009

Stir Fry Black Pepper Beef & Bak Choy


Sebabkan malas yang masih bersisa, saya masak 1 dish yang ada lauk dan sayur. Jadi lunch makan ni je dengan nasi putih. Dah beberapa kali buat cuma kali ni saya tambah sayur bak choy. Resepi boleh check kat sini.

Peach Ice Cream

Panas panas layan makan ice cream syiokkkk ooo.........

Coconut Jelly


Minggu ni minggu puding buah buahan, bermula ngan labu,betik kemudian kelapa pulak. Tak kisahlah.......layan jer.

Spaghetti Carbonara


Penyakit Malas belum hilang lagi, nak beria ia masak pun tersangatlah malasnya. Tapi macam mana pun nak kena makan juga. Lastly masak spaghetti carbonara with clams. Hari tu dah buat kuah merah jadi hari ni tukar kuah putih pulak. Senang keje makcik cam ni tak payah 2,3 jenis lauk nak kena fikir.

Friday, April 3, 2009

Puding betik


Resepi dari MyR, tapi puddingya terlembut sedikit. Patutnya kena korek isi betik bagi dalam sikit supaya byk puding boleh tuang ke dalam tu. Takpe next time cuba lagi.

Thursday, April 2, 2009

Tori Nabe

Entahlah...rasa malas sangat nak masak. Agaknya virus M datang melanda sampai dah tak tau nak masak apa. Dah beberapa hari Shah Alam dilanda hujan, mood pun lembab cam cuaca gak.
So, saya saje saje browse internet cari cari apa yang nak dicuba, terjumpa satu resepi japanese food - Tori Nabe aka Japanese Chicken and Vegetable Hot Pot. Tengok senang jer walau ada sesetengah bahan tu takde. Tapi kita boleh omitted dan subsituted kalau perlu. Tapi saya buat dengan apa yang ada kat dapur saya jer. Resepi saya ambil dari blog Just Hungry.

Bahan bahan

1 pc of dried konbu seaweed or 1 tbsp dashi stock granules or 1 tbsp chicken stock granules.
400 gms daging ayam - dipotong kiub
1 block firm tofu - cut into chunk
Sedikik kobis cina - dipotong saiz yg sesuai
Sedikit sayur bayam
1 pack enoki mushroom
4 ketul shitake mushroom - dipotong saiz yang sesuai
1/2 batang leek - di hiris
Garam secukup rasa

Cara cara
  • Didihkan air di dalam nabe (pot), masukkan chicken stock granules, kemudian masukkan daging ayam yang telah dipotong kiub.
  • Kemudian masukkan sayur leek dan biarkan ia mendidih sebentar.
  • Perlahankan api, masukkan semua sayur bermula dengan sayur yang keras dahulu. Biarkan ia mereneh (simmer), perasakan dengan garam.
  • Kemudian masukkan tofu, biarkan sebentar dan bolehlah dihidangkan.

Wednesday, April 1, 2009

Puding Laici Dangdut


Nampak resepi ni dalam blog Kak Ummi. Tang dangdut tu kena tanya kak ummilah mana mai dangdutnya tu. Resepi yang simple,sedap dan cepat untuk disediakan. Semestinya cepat nak habiskannya.

Roasted Lamb


Semalam dah tak tau nak masak apa untuk dinner. Pening kepala memikiokan apa le nak dimasak. Bila tanya my husband nak makan apa, senang je jawabnya. Apa apa pun ok. Itu yang payahnya, sebab kalau lebih specifik senang nak start dari mana. Lastly saya cuma buat roasted lamb dengan carot dan kentang. Masak nasi 1 pot pun tak habis.

Bahan bahan

800 gms lamb shank
2 ulas bawang putih - peeled and crushed
2 sudu makan fresh rosemary - roughly ground
1 helai dau oregano - roughly ground
Garam
Freshly ground black pepper
1 sudu makan olive oil
3 biji kentang - kupas dan rebus separa masak
1 biji karot

Cara-cara
  • Cuci lamb shank dengan lemon dan toskan. Lumur lamb shank dengan olive oil,garam,bawang putih, rosemary,oregano dan black pepper. Marinated lebih kurang 2 jam.
  • Panaskan oven, masukkan marinated lamb,kentang dan karot ke dalam roasting pan.
  • Tuang sedikit air ke dalam roasting pan untuk mengelakkan ia dari hangit.
  • Roast lamb shank selama lebih kurang 1 jam 30 minit atau sehingga masak. Semasa proses roasting, balik balikkan lamb shank supaya kedua dua belak masak rata.
  • Boleh dinikmati dengan black pepper sauce atau chili sauce atau sebarang sos kesukaan.