Sunday, January 22, 2012

Puding Roti Kukus



Selamat Berhujung Minggu....


Mesti ramai yang sudah berada di kampung halaman atau barangkali sedang bersantai bersama sama keluarga tersayang. Pada yang tidak kemana mana cuti Tahun Baru Cina ni, nampaknya kena lah bersantai di depan TV. Yang penting menghabiskan masa bersama yang tersayang.

Saya masih ada di Shah Alam lagi, mungkin petang sikit baru nak bergerak pulang ke kampung. So sementara tunggu my husband balik, sempatlah juga posing apa yang patut.

Saya dah pernah buat beberapa kali Puding Kukus Strawberry bersama laici, tapi kali ini saya gunakan jelly perisa raspberry dan gantikan laici dengan buah peach. Dulu saya buat dalam satu loyang dan potong bila hendak dihidangkan, tapi kali ini saya buat dalam glass ramekin. Lebih practical untuk dihidangkan.

Thursday, January 19, 2012

Milk Tea Pudding with Bubble Tea


Kembali bersiaran...

Semalam masa selongkar almari, baru perasan yang saya masih ada lagi balance bubble tea/ black pearl yang belum digunakan. Dah lama juga saya beli tapi sampai terlupa sebab jarang sangat buka almari tu agaknya.

Kali ini saya cuba resepi Milk Tea Pudding with Bubble Tea.




Tuesday, January 17, 2012

Pantai......


Beberapa hari ni takde entry masak memasak sebab tuan rumah sedikit sibuk.

Kebetulan ibu bapa saya datang dari kampung, jadi dari hari sabtu hingga hari ahad asyik makan sampai sendat perut. Diorang datang hari sabtu tengahari, lepas lunch baru balik rumah. Petang tu keluar cari makan lagi, hari ahad dari pagi sampai ke malam pun asyik makan dan makan saja.

So 2,3 hari ni saya kena kurangkan apa yang patut...



So hari ahad malam kami ke pantai untuk makan ikan bakar. Sajalah bawa ibu bapa saya jalan jalan sambil menikmati ikan bakar.


Saya dan suami memang sukakan pantai terutama suasana semasa remang senja.... cantik dan mempersonakan mata memandang.


Jadi buat hari ini, cuci mata dengan gambar pemandangan pantai dulu ye....



Friday, January 13, 2012

Grilled Peach with Greek Yogurt


Salam di hari Jumaat...


Dah hampir beberapa hari takde entry. Bukannlah tak masak, cuma yang biasa biasa dan kebanyakkannya yang ulangan dan simple. Maklumlah bila "patah kaki", leceh sikit sebabnya pagi pagi dah kena ikut my husband keluar pergi kerja pukul 6.30 pagi. Balik pun dah jadi malas nak fikir menu yang lain dari yang lain untuk di masak. Jadi makan sajalah apa yang terfikir dan ada dalam peti ais.

Alhamdulillah, kereta dah okay walaupun ribu riban juga yang melayang, nak buat macam mana kan, ini kira dugaan juga. Walau perit dan pahit kena telan juga, bak kata orang dulu dulu.... Yang pahit tu selalunya ubat. Adalah rahmat disebaliknya tu. ( Kena fikir positive di tahun baru.....wink)

Agak lama juga saya tak makan Greek Yogurt, bukan apa, agak susah nak jumpa di pasaraya. Yang biasa tu ada banyak. Biasanya kalau jumpa saya mesti beli 2 bekas.

Berbalik pada menu kat atas, Grilled Peach with Greek Yogurt,
kebiasaannya di makan dengan ice cream vanilla ke tapi sebab yang ada cuma yogurt, so hantam sajalah...

Saya cuma taburkan gula pasir dan parutan kulit lemon di atas buah peach yang telah dibelah dua, grill di dalam oven hingga gula bertukar  menjadi karamel dan buah peach keperangan. Lebih enak dinikmati dengan ice cream.

Tuesday, January 10, 2012

Lempeng!!!!! Apa Kelassss kau Maria.....


Baru berkesempatan masukkan entry.... 
Hari ni saya agak sibuk, banyak perkara nak kena selesaikan.


Pagi tadi hanya breakfast lempeng tepung dengan sambal sardines je.  Apa kelasssss kau Maria, makan lempeng je.... I tak kisah you...

Mula nak buat lempeng omputih sebab saya ada beli fresh blueberries. Tapi semalam masak sambal sardines sebab tak ada idea nak masak apa. Lagipun kepala berserabut memikirkan kereta saya yang rosak. Mula mula tak boleh start, check bateri kereta lemah, saya dah tukar bateri hari jumaat. Hari ahad saya bawa pergi kedai utk beli barang basah, sekali tak boleh start sebab sistem kereta dah locked. Since tak bawa telefon, saya kena berjalan kaki hampir 1 KM untuk balik ke rumah. Fuhhhhh mau tercabut kaki dibuatnya. Bayangkan masa tu dah hampir pukul 11 pagi. Selain kepenatan, kepanasan, tension juga bila org asyik pandang je kita berjalan kaki ditengah panas tu......

Hari ni dah suruh tow truck hantar kereta ke service station yang berdekatan, dan baru saja tadi dia call my husband cakap ada electronic box yang rosak dan perlu diganti kalau tidak kereta memang tak boleh start. Dan harganya bukan seratus dua tapi RM5000. Tension akak dik.... Sebab baru plan nak pergi jalan jalan masa CNY nanti dan juga . Dan yang paling tragis lagi...... nampaknya kelam la harapan akak nak dapat Panasonic Lumix GF3 as my coming birthday present.

Jadi kepada sesiapa yang pakai SUZUKI SWIFT.....


Apakata ambil necessary precaution. Sebab once your immobilizer system locked, your car will automatically shut down. Dan yang paling sakit hati, bila call after sales services untuk datang check,  mereka bagi 1001 alasan tak nak datang. Sebelum jual kereta, mulut salesman dia manis macam lori gula satu tan tumpah......

Sunday, January 8, 2012

Pulut Kuning & Gulai Puyuh


Selamat berhujung minggu buat pengunjung My Small Kitchen.....
Apa agaknya menu minum petang di hari minggu pertama pada tahun 2012 ni.... Saya sedang menyediakan bubur kacang dengan durian atas permintaan my better half. 

Tapi sekarang saya letak entry menu Pulut Kuning bersama sama dengan Gulai Burung Puyuh. Minggu lepas ada la my husband cakap yang dia lama tak makan pulut kuning. Saya cakap, nantilah bila senang senang nanti saya buatkan. Sebelum itu, ada tanya dia nak makan pulut kuning dengan rendang atau gulai? Saya lebih suka rendang tapi since my husband prefer gulai, maka buatlah gulai.

Rasanya kalau buat gulai ayam atau daging dah biasa sangatkan, so kali ni saya cuba gandingkan pulut kuning dengan gulai burung puyuh pula. Sesekali kena lah juga cuba lari dari kebiasaan........

Rasanya tak perlulah saya letak resepi sebab gulai burung puyuh sama saja cara memasaknya dengan gulai ayam yang biasa kita buat tu. Pulut kuning pun senang saja, tapi lebih sedap dan lembut kalau guna pulut susu. Semasa merendam pulut, masukkan sekeping asam keping. Petua untuk mendapatkan pulut kuning yang cantik.

Friday, January 6, 2012

Soursoup Iced Blended


Salam di hari Jumaat yang penuh berkat.....

Semalam bukan main lagi bertekad nak keluar rumah awal sebab tak nak sangkut dalam kesesakan, alih alih hari ni lagi lambat.....


Sebabnya, kereta tak boleh start.......


Aduh.... rosak mood di pagi hari bila nak pergi kerja, kereta pulak buat hal. Padahal semalam okay je, tak delah pulak tunjukkan tanda tanda bateri lemah ke apa. Signal apa pun tak keluar, alih alih tak boleh hidupkan enjin pulak. My husband dah keluar sejak pukul 6.45 pagi lagi, nak tak nak, kena juga call my husband minta tolong ambil saya di rumah. Nasib baik dia takde plan nak keluar ke mana mana pagi tadi. So pagi tadi sampai tempat kerja pukul 9.30 pagi.

Semalam saya tak masak untuk dinner, beli outside food je.  Maka tiadalah gambar menu semalam, tapi layan jelah gambar Soursoup Iced Blended.

Sambil hirup, bayangkanlah anda sedang bersantai di pantai di Hawaiii........

Thursday, January 5, 2012

Sambal Bilis, Petai & Tempoyak


Hari ni jalan dah start jem... terlupa pulak yang orang dah mula berkerja, hantar anak ke sekolah. Maklumlah sebulan lebih jalan agak lengang dan boleh keluar rumah lewat sikit. So kena tune balik otak, kena keluar rumah lebih awal sikit mulai esok.

Since saya ada banyak lagi stok tempoyak, jadi kena cari menu bagaimana nak menghabiskan stok yang ada. kalau lama sangat pun nanti dah kurang enak. Tak kanlah asyik nak buat asam rebus tempoyak je kan.... Nanti boring pulak.

So semalam saya buat Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai dan campur dengan tempoyak. Perhhhhh....... sedap juga you. Tak perlu ada lauk lain pun dah boleh tambah nasi 2 pinggan.

Tuesday, January 3, 2012

Coconut Jelly - Ulangan Yang Entah Kali ke berapa....


Walaupun hari ini ialah hari pertama bekerja bagi tahun 2012, tapi suasana sunyi sangat. Macam bekerja hari sabtu. Mungkin ramai yang masih sambung cuti atau sibuk hantar anak anak kembali ke sekolah.

Actually semalam saya plan nak buat Cream Puff. Semua barang dah beli, tapia syik tertangguh saja. My husband pulak asyik cakap, kalau malas nak buat, tak payah lah buat. Aduhai..... bukannya nak bagi semangat, melunturkan semangat yang ada paras hidung je. Selepas 2,3 kali bangun, duduk, bangun akhirnya saya ke dapur untuk meneruskan misi. 

Tapi itulah kan, kalau tak dengar cakap suami, adalah yang tak kena. Mula mula fail buat kastad, sebab agak keras. Kemudian buat puff, nampak macam okay je, tapi bila dah bakar, tak kembang seperti sepatutnya.  Memang totally failed. Moral of the story..... Jangan ingkar cakap suami. wink!!!!

Since ada yang dah merungut lama tak makan Jelly Kelapa, jadi dengan mithalinya saya buat semalam. Saya gunakan 2 biji kelapa pandan. Tak banyaka dapat, sebab kelapa pandan agak kecil dan tak banyak airnya. Tapi sedap sebab ia wangi dan isinya manis dan sedap.

Nasib baik tak failed buat Coconut Jelly......


Sunday, January 1, 2012

Jalan Jalan Cari Makan

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

Rasanya belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru buat semua pengunjung My Small Kitchen.

Maaf kerana beberapa hari tak ada entry kerana tuan rumah kurang sihat, baru sehari dua ni saja keadaan agak okay. Mungkin salah makan atau barang kali cuaca yang tidak menentu menyebabkan saya dan suami agak kurang sihat.

Since takde planning nak kemana mana cuti tahun baru ni, kebetulan keluarga saya pergi melawat saudara di Rompin, jadi saya dan suami ambil keputusan berehat di rumah saja. Bosan duduk di rumah, my husband ajak saya jalan jalan cari makan. Dah beberapa kali saya dengar kawan kawan saya bercerita pasal Medan Ikan Bakar Pantai Jeram di Kuala Selangor. Memandangkan kami belum pernah sampai dan tak pasti lokasi yang tetap, jadi kami keluar agak awal dari rumah untuk mencari...

Alhamdulillah walaupun tanpa bantuan GPS, kami berjaya sampai. Kebanyakan tempat sudah ditempah, since kami datang awal, bolehlah dapat meja dan cepat dapat makanan.



Sotong Bakar



Ikan Senangin Sweet & Sour



Kailan Ikan Masin



Udang Masak Sambal