Wednesday, April 30, 2008

Udang 5 Spices

Resepi ni pun ambil dari Che'iza. En. suami kata sedap dan cukup rasa. Okay le tu....

Bahan-bahan ( 3-4 org )

300 gm udang
* 3 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 hiris halia
3 sb lada boh
1 sb sos tiram
2 sb sos tomato
1 sk kicap pekat
1 sk rempah '5 spices'
garam and gula secukup rasa
Tomato belah 6
1 labu bwg besar belah 6
daun bawang potong dlm 1 inci

Cara-cara

Kisar bahan bertanda *. Tumis bahan kisar higga naik bau.
Masukkan lada boh dan tumis hingga garing. Bila lada sudah garing masukkan udang.
Bila udang setengah masak masukkan sos tiram, tomato, kicap pekat dan rempah 5 spices.
Masukkan garam dan gula utk melengkapkan rasa.
Masukkan tomato, bawang besar n daun bawang bila udang hampir masak. Masak hingga udang masak dan sedia utk dihidang.
Kat bawah gambar Chinese 5 Spice

Taugeh Celur

Resepi ambil dari Che'iza@MyR. Thanks for the simple and easy recipe yet delicious.

Bahan-bahan ( 2-3 org )

150 gm taugeh
* 2 sb air panas
* 1/2 sk serbuk pati ayam
1/2 sk kicap pekat
1 sb kicap manis
1 1/2 sb sos tiram
1 sk minyak bijan / minyak bawang putih
sedikit lada sulah
secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)

Cara-cara

Celur taugeh, jgn lama takat 1 min jer. Toskan airnya dan ketepikan
Satukan bahan bertanda *. Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup. Ambil 2sb sebagai ganti.
Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. Tuang sos keatas taugeh celur tadi.
Sebelum dihidang taburlah dgn hirisan daun bawang, lada merah dan bawang goreng.

Tuesday, April 29, 2008

Rendang Ayam

Dari semalam dah plan nak masak rendang ayam dan pulut kuning. Sebenarnya tak ada sebab apa apapun. Pagi pagi kita dah masak rendang ayam tapi terlupa nak rendam pulut, jadi tak boleh kukus pulut. Cari cari kalau masih ada baki nasi impit nona dalam simpanan tapi tak adalah pulak. Jadi saya bawa bekal rendang ayam dan singgah kat kedai beli nasi impit yg dah siap masak. Habis cerita.....

Bahan-bahan

1 ekor ayam-dipotong sederhana besar

Bahan2 dikisar:-
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 biji cili api
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
1 batang serai
2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit dihiris halus
4 helai daun limau purut dihiris kasar
4 cawan santan pekat
4 sudu besar kerisik
Garam, gula kabung dan serbuk perasa
3 Sudu besar cili giling/kisar
Sekeping asam gelugor

Cara-cara

Tumiskan bahan yg telah dikisar dan cili kisar sehingga pecah minyak dan naik baunya.
Masukkan ayam dan biarkan seketika sehingga keluar airnya.Kemudian masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan asam keping,serai yg diketuk,daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam.Tambahkan gula kabung dan perisa.Masak ayam sehingga empuk dan kuahnya pekat atau kalau suka bolehlah buat ia sedikit berkuah.

Kerang Rebus

Dah beberapa hari ayik makan makanan yg berlemak dan berminyak jer. Badan pun dah macam tong drum. So malam tadi kita makan yg ringan dan simple... Kerang Rebus cicah thai sos.

Pulut Mangga

Pulut Mangga adalah dessert dari Thailand yg agak famous di sini. Nak buat pun tak adelah susah sangat. Kebetulan masa keluar dgn en. suami dia nak makan mangga, jadi kita beli. Tapi byk mana sangat le dia nak makan, dari dibiarkan menjanda dalam peti ais, saya buat dessert ni. Habis juga....

Bahan-bahannya

1 biji mangga masak
1 cawan santan ( masukkan sedikit garam & gula)
2 cawan beras pulut

Cara cara
  1. Beras pulut direndam sekurang kurangnya 6 jam /semalaman
  2. Kukus beras pulut sehingga masak. Ketepikan.
  3. Kalau guna kelapa parut, perah menggunakan air masak dan tambah sedikit garam.
  4. Mangga dikupas dan ambil isinya.
  5. Bolehlah dihidangkan.

Tanaman lagi.....

Pokok kunyit yg daunnya asyik dimakan ulat,pokok kari yg tak sempat nak membesar sebab tuan rumah asyik makan kari jer,pokok kantan masih kecil lagi dan belum ada tanda tanda nak berbunga dan beberapa lagi pokok orkid yg ada kat rumah. Pokok bunga yg berbunga ungu dan putih tu wangi baunya. Tengok dalam majalah Laman ia dikenali sebagai pokok bunga "Yesterday Today and Tomorrow". Tapi saya tak tau le kenapa.

Monday, April 28, 2008

Terubuk Bakar

Lauk utk lunch semalam, dah agak lama tak makan ikan terubuk ni sebab tulangnya sama byk dengan isi. Malas nak buang tulang masa makan,kadang kala tersangkut juga. Tapi semalam masa pergi pasar pagi ngan en. suami, terbeli lah pulak sebab nampak cam sedap jer.....

Bahan bahan

1 ekor ikan terubuk - belah belakang dan dibersihkan
2 ulas bawang merah
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
1 cm lengkuas
Segenggam kelapa parut

Cara cara
  1. Ikan dibersihkan dan dilumur garam kunyit.
  2. Bawang merah,kunyit,halia,lengkuas dan kelapa ditumbuk.
  3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam belakang ikan dan dibakar sehngga masak.

Pokok Mulberyku......

Beli pokok mulberi ni masa ada pameran pertanian kat belakang Giant Shah Alam dah agak lama juga. Kalau tak silap end of last year. Pokok ni naik lonjong jer... takde tanda tanda nak berbuah. Hari tu Masa jenguk blog Yani nampak pokok mulbery dia dah berbuah dan ada yg nak masak. Bila balik kita pon belek belek gak pokok kita, tara..... akhirnya dah nampak putik. Hopefully buahnya bertahan sampai masak.

Gambar telah dikemaskini pada 02/05/08

Tanamanku.......




Saya ni takdelah rajin sangat nak menanam atau pun berkebun, maklumlah duduk rumah teres yg tak berapa nak ada tanah. Tapi saya suka Orkid dan bunga ros. Cuma bunga ros ni kalau cuaca panas, dia mudah layu berbanding orkid. Jadi lebih mudah membela orkid memandangkan tuan rumah ni sibuk memanjang. Selain tu saya ada cuba tanam beberapa pokok untuk masakan seperti kesum,pudina,serai,kunyit,kari dan thai basil (selasih).Orkid yang merah tu wangi baunya. Pagi pagi lepas en. suami keluar, sempat membelek pokok pokok yg tak berapa nak ada tu. Kadang kadang leka sekejap sampai terlewat nak gi kerja.

Cendol

Petang semalam sambil tengok tv, en. suami tanya nak buat apa utk tea time. So belek belek dalam peti ais nampak cendol. Ermm...minum cendol pun bagus gak lagipun senang dan cepat. Lepas tu buat puding cendol, jadilah petang cendol sedunia. Lagipun malam nanti en. suami nak ajak makan kat luar so tak payah ler masak untuk dinner.