Saya ni takdelah rajin sangat nak menanam atau pun berkebun, maklumlah duduk rumah teres yg tak berapa nak ada tanah. Tapi saya suka Orkid dan bunga ros. Cuma bunga ros ni kalau cuaca panas, dia mudah layu berbanding orkid. Jadi lebih mudah membela orkid memandangkan tuan rumah ni sibuk memanjang. Selain tu saya ada cuba tanam beberapa pokok untuk masakan seperti kesum,pudina,serai,kunyit,kari dan thai basil (selasih).Orkid yang merah tu wangi baunya. Pagi pagi lepas en. suami keluar, sempat membelek pokok pokok yg tak berapa nak ada tu. Kadang kadang leka sekejap sampai terlewat nak gi kerja.
No comments :
Post a Comment