Tuesday, April 1, 2008

Thai Green Curry


First time cuba buat this dish. Tak pasti apa rasanya. Anyway not bad, terung pipit tu rasanya lemak lemak pahit sikit. Kalau nak tukar dengan daging pun boleh. Maybe next time nak guna daging pulak. Resepi ni saya ambil dari Cik Mat dan saya cuma buat 1/3 daripada adunan ni.. So just copy and paste je....

Bahan-bahan ( 5 orang )
1 ekor ayam, potong ikut suka, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan
300 ml pati santan
1- 2 cawan terung pipit
15 biji cili padi thai, belah dua
4 - 5 tangkai daun selasih (Thai basil)
BAHAN2 DIKISAR HALUS (REMPAH):-
10 biji cili hijau
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah kecil
2 inci halia
3 pokok ketumbar, dicuci bersih dgn akar sekali
2 batang serai
2 helai daun limau purut
1 inci belacan
2 ulas bawang putih
2 camca besar ketumbar biji
2 camca besar jintan kasar biji
1 camca teh lada putih biji
1 camca teh serbuk kunyit
BAHAN2 LAIN:-
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
3 biji limau kasturi, diambil jusnya
Cara-cara

Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 1/2 cawan). Tumis bahan2 rempah hingga wangi dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
Masukkan ayam dan gaul rata bersama rempah tadi, biar ayam kecut sedikit dan masukkan air (kurang lebih 700ml).Renihkan hingga ayam 3/4 empuk, masukkan terung pipit. Masukkan pati santan dan perasakan dgn garam dan sedikit gula.
Akhir sekali masukkan cili padi, daun selasih dan jus limau kasturi tadi. Kacau perlahan2 hingga hingga kuah agak pekat dan boleh dihidangkan

No comments :