Sunday, March 15, 2009

Remis Rebus Serai


Remis Rebus Serai ni favourite my husband. Leceh nak makan sebab kecik sangat, kalau nak makan kena asingkan isinya byk byk dulu baru makan.

Saturday, March 14, 2009

Scallop Goreng Pedas

Ini bukanlah fresh scallop, tak pernah jumpa lagi. Masa saya pergi Giant, nampak yang frozen jadi saja beli untuk tau camne rasanya. Maklumlah selalu tengok dalam TV atau majalah saja. Tak tau nak masak apa,jadi saya buat goreng pedas. Maklumlah lidah melayu, kalau tak pedas tu lambatlah sikit.

Masak Lemak Kobis & Tempe

Lebihan buat kobis gulung tempohari, saya buat masak lemak campur tempe.

Keledek Goreng

Petang tadi buat goreng keledek untuk minum petang. Sebenarnya last week minta tolong my husband belikan keledek untuk buat bubur chacha. Saya hairan gak bila balik rumah, ada 2 jenis keledek, 1 japanese sweet potato dan keledek biasa. Tanya dia kenapa beli 2 sekali, katanya mula mula ambil japanese sweet potato, then dia risau silap pulak, masuk balik ambil keledek biasa. Jadi ada byk gak keledek yang berbaki. Tengah fikir camne nak habiskan keledek tu.

Friday, March 13, 2009

Udang Goreng Lada Hitam

Malam ni saya masak udang goreng lada hitam untuk dinner. Resepi ambil dari majalah RASA. Selalu masak guna ayam atau daging, kali ni kita tukar guna udang pulak.

Bahan bahan

1/2 kg udang - dibersihkan
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 biji bawang besar - dihiris bulat
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu lada hitam - ditumbuk
1 cm halia - dihiris nipis
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos cili
125 ml air

Cara-cara
  • Gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng udang hingga masak. Ketepikan dulu.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
  • Selepas itu masukkan lada hitam,kicap pekat, sos cili, bawang besar dan air.
  • Gaul rata hingga mendidih dan kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah digoreng tadi, kacau hingga sebati, perasakan dan bolehlah diangkat.
  • Kalau suka bolehlah di tambah capsicum merah dan hijau.

Tadi sebelum balik kerja, ajak my husband pergi GIANT. Saja saja nak jalan cuci mata. Lepas tu gi belek belek kat kedai CD, teringat nak cari CD David Archuleta. Ala mamat yg dapat second place American Idol tu. Sejak kat American Idol lagi saya suka kat suara dia, ingatkan dia boleh menang. Lagu yg tengah hangat sekarang ialah A LITTLE TOO NOT OVER YOU. Sedap dan selalu on air especially kat Hot FM.


Egg Benedict


Breakfast pagi ni cuma makan egg benedict, sekarang ni jarang ambil yang berat untuk makan pagi. Kadang kala tu teringin gak nak buat nasi goreng, tapi bila dah bangun tu rasa cam malas sangat. Lagipun my husband tak ambil makanan berat awal awal pagi. Rasanya dah beberapa lama tak makan nasi lemak. Tengok kat rumah org tu rasa cam sedap sangat. Tengoklah kalau angin rajin hujung minggu ni.

Thursday, March 12, 2009

Daging Bungkus Kobis



Dah lama nak cuba resepi ni tapi disebabkan rasa malas yang teramat sangat, asyik tertangguh jer. Tapi berjaya melawan rasa malas, saya buat malam ni untuk dinner. Resepi ambil dari majalah Aneka Olahan Daging. Tapi saya buat sebahagian sahaja dari resepi dibawah.


Bahan bahan
10 lembar daun kobis - dicelur hingga layu
1 biji cili merah - dipotong-potong
Inti
300 gms daging cincang
1 biji putih telur
2 sudu makan bawang besar yg telah dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
Cara-cara
  • Campur bahan inti menjadi satu, gaul hingga sebati.
  • Siapkan lembaran kobis yang sudah dicelur, isi dengan adunan inti dan tambahkan potongan cili besar ditengahnya.
  • Padatkan inti dan gulung hingga kemas. Ulang hingga selesai.
  • Kukus hingga masak. Boleh dihidangkan dengan sos yang sesuai.

Ketam Pedas Songkhla

Dari semalam my husband tanya ada beli ketam tak masa gi pasar. Tak senang duduk kalau seminggu tak makan ketam. Malam ni saya cuba resepi Ketam Pedas Songkhla, resepi ambil dari Majalah. Tapi cam biasalah saya ubahsuai bahan mengikut tekak kami.

Bahan bahan

2 ekor ketam - digoreng
1 sudu makan rempah kari ikan
5 biji cili padi *
2 bawang merah *
1 batang serai *
2 cm halia *
2 ulas bawang putih *
2 camca cili kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 biji telur
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
  • Kisar bahan yang bertanda *. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar dan cili kisar hingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari,sos cili dan sos tiram. Masukkan sedikit air, gaul dan biarkan ia masak sebentar.
  • Pukul telur sedikit dan masukkan ke dalam kuali tadi, gaul rata. Kemudian masukkan ketam yang telah digoreng tadi, gaul semua bahan hingga mesra.
  • Setelah masak bolehlah diangkat.

Kerapu Masak Kicap

Entahlah apa penyakit...sejak 2 menjak ni malas ya amat. Kadang kala sampai rumah termenung dulu, fikir apa nak masak untuk dinner. Kalau ikut hati memang malas nak masak tapi karang tengah malam lapar la pulak. Jadi semalam saya cuma masak sambal sotong dan kerapu masak kicap. Itupun main campak campak jer bahannya, bagi ada rasa cukuplah.

Wednesday, March 11, 2009

Awards from VG


Received these 2 gifts from VG, thank you so much.