Sejak hari Isnin, lepas balik raya, kebanyakan kedai melayu yg jual nasi masih belum memulakan operasi. Susah juga nak lunch, habis tu asyik makan nasi mamak jer. Balik rumah kena masak kari pulak, rasa tekak ni dah tak boleh nak terima. Pagi tadi dengan semangat yg berkobar kobar, goreng nasi buat bekal.Wednesday, October 8, 2008
Nasi Goreng Ikan Masin
Sejak hari Isnin, lepas balik raya, kebanyakan kedai melayu yg jual nasi masih belum memulakan operasi. Susah juga nak lunch, habis tu asyik makan nasi mamak jer. Balik rumah kena masak kari pulak, rasa tekak ni dah tak boleh nak terima. Pagi tadi dengan semangat yg berkobar kobar, goreng nasi buat bekal.Teh O Ais Laici

Mula mula saya dengar kawan saya order minuman ni, terfikir gak, macam mana ler rasanya. So cam biasala, mesti nak cuba. Masa balik raya hari tu, MIL buat air ni, rupa rupanya ada yg dalam packet brand "BOH" kalau tak silap. Not bad gak rasanya. Bila balik saya buat dengan cara campurkan teh o dengan laici yg di dalam tin.
Keledek Bakar
Tuesday, October 7, 2008
Kerabu Tomato Berkerisek
Masa hari raya, saya masak Nasi Daging dengan Kerabu Tomato berkerisek, tapi tak sempat nak ambil gambar. Jadi semalam buat lagi sebab saya suka ratah jer.Bahan bahan
4 tangkai lada merah
6 tangkai lada api
1 labu bawang besar – mayang
2 biji tomato –hiris nipis
1 sudu besar serbuk belacan
1 sudu kecil gula kabung
1 sudu besar kerisik
Sedikit air asam jawa
Sedikit air masak
Garam secukup rasa
Cara cara
- Tumbuk lada merah dan lada api di dalam lesung batu hingga sederhana lumat. Masukkan belacan, gula kabung dan garam.Tumbuk hingga sebati.
- Di dalam mangkuk, satukan air asam jawa, dengan bahan yg ditumbuk, gaul sebati. Masukkan kerisik,bawang,tomato dan air. Kacau rata.
Ketam bercili Songkran
Kenapa nama resepi ni ada "Songkran"?, saya sendiri pun tak tau. Tengok dalam resepi tu memang namanya begitu.Bahan bahan
2 ekor ketam - dicuci dan di kukus
2 cm halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar cili kisar
1 tangkai daun kari
Sedikit jus limau kasturi
Sedikit garam dan gula
Cara cara
- Halia, bawang merah dan bawang putih di tumbuk halus.
- Pijarkan minyak didalam kuali, tumiskan bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak.
- Masukkan serbuk kari, daun kari,garam,gula dan jus limau kasturi. Gaul rata dan masukkan ketam yg telah dikukus terlebih dahulu.
- Gaul hingga sekata. Setelah masak, bolehlah diangkat.
Monday, October 6, 2008
Pulut Kukus/Pulut Pagi
Mentang mentang le baru balik dari Perlis Indera Kayangan, teringin pulak nak makan pulut kukus dengan ikan masin. Kalau hari biasa, memang ada orang jual pulut ni macam org jual nasi lemak. Tapi disebabkan hari raya, takdelah sebab org sibuk dengan persiapan hari raya. So pagi tadi, terus buat sebab dah rendam pulut sebelum tidur malam tadi.Gulai Tulang
Sweet & Sour Squid
Chocholate Cookies

Punyalah lama bercuti dari berblogging ni, sebabnya sebelum raya dah sibuk dengan kerja. Bila dah balik rumah mertua, tak kan asyik nak membelek laptop pulak. Mau kena jeling serelung lah dek mak mertuaku itu. Sempat buat 2 jenis kuih jer, my husband suruh beli 2/3 jenis untuk bawa balik kat mak dia.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)



