Friday, July 4, 2008

Coconut Jelly

Resepi saya ambil dari Majalah Rasa, cuma ubahsuai sikit mengikut apa yg ada kat dapur.
Senang dan simple dan yg paling penting bahannya tak byk dan murah.

Bahan bahan

1 biji kelapa muda - ambil isi dan airnya
200 gm gula
750 ml air
10 gm serbuk agar agar
Daun pandan

Cara cara
  1. Didihkan air, serbuk agar agar dan gula, Masukkan daun pandan sekali.
  2. Setelah mendidih masukkan isi kelapa muda dan airnya sekali. Jangan masak terlalu lama kerana air kelapa mudah hangit baunya.
  3. Tuang ke dalam bekas yg sesuai. Sejukkan dan boleh dihidangkan.

No comments :