Wednesday, September 30, 2009
Display Cabinet
Botol Mayo
Tuesday, September 29, 2009
Gift
Roti Jala
Puding Tauhu
Kari Ayam Berkerisek
Cencaru Rebus & air Asam

Bahan bahan
2 ekor cencaru yang bersaiz kecil
1 biji tomato
2 biji cili merah
2 biji cili padi
1 biji bawang besar
Garam
Air asam jawa
Belacan
Air secukupnya
Cara cara
- Rebus atau kukus ikan hingga masak.
- Dadukan bawang besar, tomato, cili merah dan cili padi. Masukkan ke dalam mangkuk.
- Gaulkan dengan garam, belacan dan air asam jawa. Tambahkan air jika perlu.
- Letakkan ikan di dalam serving plate, tuangkan air asam tomato tadi keatasnya.
- Siap untuk dinikmati dengan sepinggan nasi panas.

Sunday, September 27, 2009
Menu Dinner Malam ni......

My new Gadget
Alhamdulillah, hari ni dapat gadget baru. Ingatkan lambat lagi nak dapat atau kena tunggu bulan Disember masa Anniversary. Nampaknya dapat hadiah Anni awal, so bulan Disember nanti kena duduk diam diam je la. Petang tadi my husband ajak keluar, ingatkan saja je nak makan kat luar. Tengok tengok dia ajak ke kedai yg jual kamera. Dari jauh lagi saya dah tersengih sebab 90% harapan nak dapat kamera dah ada. So akhirnya Canon EOS 500D kepunyaan saya.


Avocado Smoothie

2 hari lepas saya ke Giant Shah Alam, sebabnya masa dok belek belek flyers tu nampak promosi buah avocado. So sempatlah beli 3 biji, hari ni baru teringat nak buat smoothie.
Bahan bahan
2 biji buah avocado yg masak
2 sudu besar susu pekat manis
500 ml susu segar (lebih kurang)
Sos coklat Hersyes
Cara-cara
- Ambil isi buah avocado, masukkan dalam blender bersama sama dengan susu pekat dan susu cair. Blend hingga halus.
- Tuangkan ke dalam cawan dan tuang sos coklat ke atasnya.
- sedap dihidang dingin.
Saturday, September 26, 2009
Menu Lunch hari ni
Friday, September 25, 2009
Acara pujuk memujuk.....
Sebelum raya hari tu, my husband cakap nak balik beraya kat Perlis walaupun raya kali ni turn kat rumah my parents. Maksudnya, lepas raya kat rumah my parents, masa raya ke4 tu nak terus balik Perlis pulak. Tapi last minute terpaksa cancel sebab my husband kena balik jengok site. Alahai, bukan main lagi saya plan nak merayap masa balik Perlis nanti, boleh lajak ke Langkawi ke.... Tapi sebab tak jadi, petang tadi my husband ajak keluar pegi tengok pinggan mangkuk. Terus excited dan apalagi, rembat je la apa yg patut....



Set Nasi Dagang
Hari ni tiba tiba terajin pulak nak buat nasi dagang. Tapi buat cara yang simple je lah. Rasanya tak sesedap yang jiran sebelah rumah saya buat masa hari raya tempohari. Tiap tiap tahun jiran saya ni mesti buat nasi dagang masa hari raya pertama dan saya dengan tak malunya akan makan sampai 2 pinggan. My husband siap kuis kuis saya supaya berhenti.... Tapi saya tak pernah makan nasi dagang sesedap yg makcik ni masak. Lagi satu, bubur lambuk yang dia selalu buat masa bulan puasa. Memang sedap betul. Nanti bila bila senang, saya nak bergurulah dengan makcik ni.
Thursday, September 24, 2009
Tapai Pulut


Wednesday, September 23, 2009
Thursday, September 17, 2009
Kad Raya....
Terima kasih yang tak terhingga buat yang sudi menitipkan kad ucapan buat saya. Semoga Hari Raya yang bakal menjelma, memberikan seribu kemanisan dan kemeriahan.
Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua teman teman alam maya juga semua pengunjung yang sudi bertandang ke mari walau kadang kala di jamu dengan makanan yang dah 2,3 hari. Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari sudut hati saya yang paling dalam, andai kata ada tulisan saya yang mengguris hati. Maklumlah, kadang kala niat kita lain, tapi mungkin lain maksudnya pada org yang membacanya. Walau bagaimanapun janganlah serik berkunjung lagi. Pada yang pulang ke kampung, pandulah berhati hati. Pada yang berhari raya di rantauan, anggaplah ia satu pengalaman kerana bukan semua orang berpeluang merasai kelaianan.
Wednesday, September 16, 2009
Tuesday, September 15, 2009
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)