Friday, January 15, 2010

Pannacotta with Strawberry Jelly


Sorry la ye, hari ni entry berderet sikit sebab akak nak cover yg dah berapa hari kurang entry.

Resepinya nanti nantilah ye, saya sibuk sikit. Maklumlah nak kena siapkan kerja kalau tak nanti tak boleh pergi jalan jalan.

Updated.

Bahan bahan
1 cawan fresh cream
2 cawan susu segar
1/4 cawan gula ( ikut kemanisan yg disukai )
10 gms serbuk agar agar ( kalau suka lembut, kurangkan sikit )
Strawberry jelly jenama Nona
Buah strawberry untuk hiasan

Cara cara
1. Panaskan susu segar bersama fresh cream dan gula dengan api yg sederhana kuat supaya susu tidak mendidih dengan cepat.
2. Masukkan serbuk agar agar, kacau hingga sebati. Biarkan seketika.
3. Angkat dan tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
4. Sementara menunggu pannacotta tadi sejuk, masak strawberry jelly mengikut arahan di paket. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik. Bukan beku ye.
5. Tuang jelly ke dalam bekas pannacotta perlahan lahan supaya tidak bercampur. Letakkan buah strawberry sebagai hiasan.
6. Sejukkan di dalam esbok sebelm dinikmati.

P/s - Ada org guna gelatine, tapi bagi saya yg tak cukup masa dan malas nak tunggu lama, saya lebih suka guna serbuk agar agar.

17 comments :

Ernie said...

merahnya mak ngah....

umiyumi said...

isk ni yg geram tgk pannacotta yg mengancam ni.. takpe le kawe buat dadih la.. (kalu rajin) hehehehe

Sue @ Nenie said...

Mgancamnya tengok stoberi tu...Kalau dapat kat Sara tu, mesti buah merah ni yang dia korekkk duluuu.

NJ said...

salam zila
mesti nyaman jer masuk tekak tu kan..ermmm...telan ayaq liuq ja kak ni...aduhhhh...

hazila said...

Ernie,
Makngah memang suka merah.

hazila said...

Umi,
Dadih pun sedap.

hazila said...

Sue,
Stoberi ni manis. Dari korea kot. 1 packet tu RM 8.90. Makan cam tu je pun sedap sebab manis.

hazila said...

Kak NJ,
Kalau akak sesat kat Shah Alam, bolehlah saya jamu.

Hezrin Ahmad said...

kak... saya pun nak gak... nanti singgah b4 pegi kelas ...hehe

E-na Zarina said...

Salam...apsal dtg umah td x bawa skali dessert yg mengancam kt atas tu!!! E-na suke sgt ichigo...rasa nk ngapp skrin ni!

geraugebang said...

boleh tak gigit strawberry tu terus dari dalam bekas tu...

hazila said...

Hezrin,
Kalau singgah nanti hanya ada gelas kosong je lah. Akak jamu air kosong...

hazila said...

E-na,
alamak, terlupa sudah.

hazila said...

Kak gerau,
Amboi kak, ganasnya. Marah abang Badang nanti....

Anonymous said...

Sedap betulla dessert tu.Colournyer je dah buat Akak tergoda.

NJ said...

salam zila..mai ni nak tanya
kak nak belajaq..camane buat ada label kiss tu kat tiap pic n3 tu..saya budak baru belajar..hehe

mummyseri said...

mabeles..tak terkata..