Monday, October 18, 2010

Siakap Kukus Limau


Menu malam tadi, saya buat siakap stim. My husband pulak selepas kenduri terus singgah office dulu jadi sebelum balik rumah petang tu dia belikan sup ekor dan somtum. So semalam semua menu rebus je lah.
My husband kata nasi kenduri sedap tapi segan la pulak nak tambah. Ada ke camtu, lepas tu mulalah lapar balik. So semalam makan malam awal la dari biasa.


Siakap ni saya stim ikut style saya je, malas nak cari resepi.

Bahan bahan
1 ekor siakap - dibersihkan
Daun bawang
Cili hijau/merah
Buah tomato
Halia
Bawang putih
Serbuk lada putih
Garam
Lemon
Daun ketumbar
Cendawan shiitake
Wolf berries / kee chi
Sedikit minyak bijan

Cara cara
1. Lumurkan ikan siakap dengan garam dan lada sulah. Biarkan seketika, kemudian letakkan di atas pinggan tahan panas.
2. Mayang halia dan bawang putih, taburkan ke atas ikan.
3. Hiris lemon,cendawan, daun bawang, cili jijau/merah dan potong buah tomato kepada saiz yg sesuai dan susun di atas ikan serta disekeliling pinggan.
4. Taburkan wolf berris dan tuangkan sedikit minyak minyak di atas ikan.
5. Kukus ikan di dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 20 minit atau sehingga ikan masak, bergantung pada saiz ikan.
wolf berries


credit to owner of this pix.

7 comments :

lina said...

sedap apa....

Mimiey.. (^-^) said...

sedapnye nmpk kak zila...simple tp nmpk btl2 yummy...mkn dgn nasi panas sedap ni..

hazila said...

lina,
kalau suka masakan kukus mesti suka.

hazila said...

mimey,
Akak sekarang kena control makan yang berlemak. So byk kan yg berkukus.

zarin said...

sedapnya siakap kukus...feveret nih...kena buat dgn kadar segera ni hehe

Mrs. Nurulazmi said...

Weehoo...!!!sedap nya...saya memang suka giler dgn siakap..=)

Juju said...

style saya tu camne zila? ju nak jugak cara..bole bagi tak..huhuhu~