Wednesday, October 19, 2011

Kepah Goreng Taucu



Sila jangan pening ya bila nampak menu kepah lagi.......


Sebab nak habiskan stok clams/kepah yang saya beli tempohari, malam ni saya masak kepah goreng taucu bersama dengan shrimp chillies.

Sekali lagi menu yang simple dengan apa bahan yang ada di dapur saya saja. Saya ni masuk dalam kategori orang yang masak campak campak saja. Lepas tu bila nak ambil gambar, ikut apa yang sempat juga. Dah la tak berapa nak cukup masa, lepas tu tak kreatif pulak.Admire betul pada mereka yang buat food presentation yang cantik dan bagus. Tambahan saya hanya boleh masak untuk makan malam sebab waktu siang bekerja, jadi tak banyak resepi yang ambil masa yang agak lama boleh saya cuba. Kadang kala weekend pulak asyik ke sana ke mari dan makan di luar, pun tak sempat nak cuba resepi yang berderet deret dalam waiting list tu.....


Bahan bahan
Kepah - dicuci bersih dan ditoskan
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inci halia
1 biji cili merah - dipotong menyerong
Sedikit daun bawang - dipotong anggaran 1 inci
1 sudu makan shrimp chillies -ready made in a jar
Sedikit minyak bijan
1 sudu kecil taucu / fermented beans
1/4 cawan air

Cara cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah,putih, halia, taucu dan shrimp chillis hingga wangi. Masukkan kepah dan air, gaul sekata, biarkan kepah hingga terbuka.
2. Masukkan minyak bijan. Tabur daun bawang dan cili merah. Balik balikkan agar semua sekata. Perasakan dengan garam jika perlu kerana taucu agak masin.
3. Sedia untik dinikmati.


Kepah Goreng Taucu

16 comments :

Liza said...

Salam Zila..Liza suka makanan 2 berkerang cmni, tp kepah ssh jugak nak dapat..

hazila said...

WS Liza,
Kat sini kena tunggu pasar tani baru ada kepah macam ni, kalau pasaraya biasanya cuma ada lala.

nonierahman said...

salam,
wah kepah..xpenah makan..kulit tebal ei..selalu makan lala xpon mentarang :)

hazila said...

Nonie,
kepah ni memang kulitnya agak tebal berbanding lala. Saya lebih suka kepah ni dari lala.

cik cek said...

Sedapnya....:)

kasihredha said...

akak pula admire hazila punya gambar :)

Chah said...

Uishhh....bg 2 pingganpun x cukup ni...

hazila said...

cik cek,
ratah camtu je pun dah ok. Nak pelawa pun dah habis...

hazila said...

kasih redha,
thanks kak. masih banyak perlu dipelajari dengan cara observe other people's works.

hazila said...

chah,
hehehehe...betul tu, ralit dok meratah je.

Anna Qawina said...

aduyaii..sedapnya kepah...

hazila said...

Anna,
alahai....nak pelawa pun dah habis. Meh la datang rumah, nanti saya masakkan. hehehe..

Sue @ Nenie said...

Salam kak...samalah kita kan..peluang bereksperimen hanya sebelah malam sahaja..

Kepah ni nampak sedap....

Deliah's Deli said...

simple dan sedap :) boleh juga try ni. :)

Chik Mimi said...

kita mai dah ni ,kadang2 geram la zila dengan orang pikiq depa la baguih tu ,tak macam jaman2 kita dulu

blogresipi.com said...

Salam Kak,
Agree dengan Kak Kasihredha. Saya pun admire gambar2 akak yang cantik2. :)

Kepah ni sedap. Masa kecik2 saya tak suka. bila dah besar baru pandai appreciate rasa dia yg best tu :)