Assalammualaikum dan Selamat Pagi.
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul yang disambut hari semalam. Nampaknya orang Selangor ramai yang ambil cuti panjang memandangkan hari Isnin depan pun cuti ganti bagi Thaipusam. Hari ini nampak sunyi saja, datang kerja tadi pun masih boleh berlenggang kangkung kata orang.
Semalam saya hanya menghabiskan cuti di rumah, kebetulan hujan dari awal pagi hingga ke tengahari. Apa yang best kalau hari cuti dan cuaca lembab?
Tarik selimut sambil layan TV la kan. Tambahan saya seorang saja di rumah sebab my husband dah keluar awal untuk selesaikan kerjanya.
Minggu lepas saya beli ubi kayu 3 ketul, macam biasa, plan nak buat macam macam. Ada sekali tu my husband cakap teringin nak makan Bengkang Ubi Kayu. Orang Utara panggil Bengkang kan, dan ada orang panggil Bingka. Tapi kuihnya benda yang sama rasanya.
Tapi bila tanya lagi, dia cakap lain kali sajalah, hari ini tak terasa macam nak makan pula. Aduhaiiii, akak dah tengah ada mood nak main masak masak ni.....
Takpe, tak nak makan bengkang, kita buat kuih lain yang lebih senang dan gerenti jadi punya. Rasanya pun lebih kurang cuma bengkang kena bakar dan berkerak, sementara poli ubi kayu kita kukus dan makan bersama kelapa parut dan manisan gula melaka.
Resepi yang agak lama juga saya simpan, lepas print saya selit kat merata rata sampai kadang kala cari pun tak jumpa. Kalau tidak silap saya ambil resepi dari RASA MALAYSIA.
STEAMED CASSAVA CAKE
Bahan bahan
400 gms ubi kayu yang telah diparut
125 gms santan pekat
50 ml air
100 gms gula pasir
1 sudu makan tepung ubi
Secubit garam
Bahan sampingan
Kelapa parut
Secubit gara
**** Kukus sebentar kelapa parut dan garam supaya lambat basi.
Cara cara
1. Masukkan parutan ubi kayu, santan,air,gula,garam dan tepung ubi ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
2. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak masak.
3. Kukus adunan selama lebih kurang 35-40 minit atau sehingga masak. (Ambil lidi, cucuk di bahagian tengah kuih, kalau tidak melekat, kuih sudah masak)
4. Keluarkan dari kukusan dan biarkan ia sejuk sebelum dipotong.
5. Selepas di potong, gaulkan dengan kelapa parut dan jika suka boleh dimakan bersama sama manisan gula melaka.
10 comments :
marvelicious!!! =D
saya suka kueh poli ni... hari tu dapat cari kat restoran BERLAUK kat seksyen 7, bandar baru bangi...
ubi kayu...buat apa pun sedap kan..tambah2 time hujan gini..mmg mabeles lah.tapi 1st time dengar kuih poli ni...
pernah buat.. anak dara kecik kita suka.. tp kakak & abgnya tak suka plak.. hehe.. ni makanan org lama2 ni... bila siram air gula melaka tu dah jadi mcm lopes ubi kayu plak kann..
yg mcm ni tak pernah buat kak....kenyang klu buat sarapan ni...
Salam...Poli ubi..lama betul tak makan...
Lllalalalala, teringat kampung halaman. Makan ubi kayu depan rumah
assalam
pantang sy namapk menu ubi kayu he he memang suker sgt
tp tak penah makan yg ni, teruja ni mesti sedapkan sb salut kelapa tu
cpt2 copy resepi he he mesti buat ni
tq Hazila
nk cubalah...tq.
x pernah makan kak ..boleh dicuba jgk nnt nie..
Post a Comment