Assalammualaikum dan Selamat Pagi...
Sedar tak sedar sudah sampai hari Jumaat, cepat betul masa berlalu. Tambahan kalau sibuk dengan segala macam urusan yang tidak pernah habis.
Sudah beberapa hari saya teringin nak makan masak lemak siput sedut. Puas juga mencari dipasaraya berdekatan tetapi tiada bekalan siput sedut, barangkali disebabkan cuti Tahun Baru Cina yang agak panjang. Sebenarnya perancangan asal my husband cuma nak makan mee goreng saja untuk makan malam. Tetapi bila saya ke pasaraya untuk membeli bahan untuk memasak mee, ternampak pula siput sedut. Jadi terus tukar menu...
Siput sedut yang sedikit kecil saiznya, tetapi sebab dah teringin nak makan, saya beli juga. Kebetulan pokok kaduk yang my husband tanam tu agak menjadi, daunnya agak lebar dan hijau pekat. So saya masukkan beberapa helai daun kaduk ke dalam masak lemak ini.
Sedap makan siput sedut ni tapi leceh bila bab nak membersihkannya dan menyedut......
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK
Bahan bahan
1/2 kilo siput sedut - potong bahagian belakang dan rendam seketika ( saya beli siput yg siap dibersihkan dari lumpur)
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
3 helai daun kaduk - dihiris nipis
1 labu bawang besar *
2 biji cili merah besar *
5 biji cili padi *
2 cm kunyit *
2 batang serai - ketuk
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Cara cara
1. Kisar bahan bertanda * hingga hancur. Masukkan ke dalam periuk bersama sama santan cair.
2. Kemudian masukkan siput sedut dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan serai, daun kunyit dan asam gelugor. Biarkan ia mereneh seketika dengan api perlahan.
4. Masukkan garam dan santan pekat, masak sebentar dan kacau sekali sekala supaya santan tidak pecah minyak.
5. Bila sudah mendidih, bolehlah matikan api.
Cara cara membersihkan Siput Sedut
1. Masukkan siput sedut ke dalam bekas dan masukkan hampas kelapa.
2. Gaulkan siput dengan hampas kelapa dan biarkan 1-2 jam. Kemudian cuci bersih.
3. Ambil siput dan potong bahagian hujungnya dan rendam siput di dalam air sebelum digunakan untuk memasak.
12 comments :
perghhh...
tak dapat siput, dapat kuah pun jadi la... boleh cicah roti
sedap sedap sedappp.. kita pun suka mkn siput sedut. serupa dgn resepi my MIL.. kalau dia msk siput sedut pun akan masukkan daun kadok. gulai jd wangi je kan.. tp kalau kat kg MIL biasa guna siput sungai... siputnya hitam tapi rasanya sama sedap. nak msk siput yg leceh bab nak potong siput tu kan.. sy tak pernah msk sendiri lagi ni... blm ada keberanian.. (nak potong siput) hihi..
Assalamualaikum...saya pernah makan sekali je siput sedut ni..itu pun masa bujang dulu...nak masak sendiri tak pandai nak bersihkan..Akak, klu potong hujung then rendam macam tu saja yaaaa...lepas dibersihkan dan tos boleh terus masak yaaaaa....
nak sedut siput pun ada teknik..kalau tak, tak keluar isinya...
baru ni ada masak...jenuh ajar2 anak cara sedut...sedapnya
sedap tapi saya lama tak makan siput ni sebab serik...dulu sebab terlalu kuat sedut terus masuk tekak dan tersedak sampai tak boleh tahan sakitnya...sejak tu tak makan:(
bestnya, tp dah lama akk tak jumpa daun kaduk, susah nk dapat kt sini...
Hazila.... kita boleh habiskan 1/2 periuk siput sedut masak lemak tau... tolak nasi ke tepi! Tak sabar nak balik kampung, nak beli siput sedut di pasar Sungai Buluh, nak petik pucuk kaduk di perdu pokok pisang tepi eumah bonda.... adeeehhhhhh!
saya ada stock batang keladi dr kampung,ada angan2 nak cari siput ni kalau ada,nak buat amsak lemak.....tapi susah nk jumpa..
assalam
teringat dulu2 selalu cari siput kat sawah he he pastu mak masak kakak2 je makan
family sy semua makan, asben pun suker sgt tp cuma sy tak makan he he
assalam..rindunye ngan masak lomak siput sedut ni...huhu...boring2..jom jenguk blog saya yer...tq...http://hanyasekadarhobi.blogspot.jp/
Wah... sedapnya
dah lama I tak makan siput sedut ni... Adoi teringin pula rasanya :(
adoiiii..ne yg x tahann neee...makkk, buat makkkk!! (main oder je anak dia neee...) hehehe
Post a Comment