Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
Kerepek Ngaku kembali lagi.
Ermmmm memang addicted betul kalau sudah mula mengunyah kerepek ni. Sedar sedar dah habis dalam balang. Tambahan kalau mengunyah sambil menonton cerita kesukaan di TV lagilah tak perasan balang dah tinggal serdak je.
Actually saya beli buah ngaku ni minggu lepas hari sabtu. Tetapi memandangkan banyak kerja menyebabkan operasi nak buat kerepek terlupa begitu saja. Tiba tiba teringat bila saya ke Tesco semalam, banyak betul buah ini di sana. So balik je terus buka peti ais, nampak buah ngaku dah hampir kecut. Jadi dari dibuang lebih baik rajinkan diri buat masa itu juga.
Process penyediaannya senang saja, cuma perlu kupas, cuci, hiris nipis/slicing dan goreng.
Apa yang saya lakukan ialah mula mula saya sediakan satu bekas yang sesuai. Masukkan air dan 1 sudu makan garam kasar. Kemudian saya kupas buah ngaku dan parutkan ke dalam bekas yang mengandungi air garam tadi. Bila semua sudah diparut, saya biarkan seketika kemudian saya basuh dengan air paip.
Kemudian saya panaskan minyak, masukkan secubit garam kasar ke dalam minyak dan biarkan hingga minyak panas. Masukkan hirisan buah ngaku ke dalam minyak kemudian kacau perlahan lahan supaya hirisan buah ngaku tidak melekat. Balikkan beberapa kali sehingga warna kerepek keperangan.
Semasa anda memasukkan kepingan buah ngaku ke dalam minyak panas, minyak akan mengeluarkan gelembung gelembung kecil. Bila anda dapati gelembung sudah hilang, cepat cepat angkat kerepek kerana kalau tidak ia akan terlampau garing dan agak pahit.
Alhamdulillah kerepek saya mempunyai warna yang sedang elok, tidak masin dan tentunya sedap sekali.
2 comments :
aerohead chips mmg sedap...smlm sy ada pegang2 gak kat aeon...tapi dek kerana malas x beli...
last week pun nampak banyak jugak buah ni. nak memborong jugak lah.. cantik sama warne krepek nya
Post a Comment