Monday, December 23, 2013

Kuih Bakar Daging



Hari ini saya agak terlebih rajin dan ada sedikit masa terluang. So sementara masa mengizinkan, saya masukkan dulu entry kedua untuk hari ini. Kuih Bakar Daging yang saya sediakan sebagai juadah minum petang semalam. Maklumlah semalam cuaca di Shah Alam agak mendung dan lembab, apalagi asyik fikir pasal makanan sajalah....

Bayangkanlah lunch pukul 1.30 ptg, kemudian minum petang pukul 5 ptg lepas tu dalam pukul 6.30 ptg my husband ajak keluar makan Satay Hj Samuri di R&R di Lebuhraya Guthrie. Sendat perut dibuatnya... Habis macam mana nak kurus.



Resepi asal dari blog www.fauziahsamad.com. Cuma saya buat 1/3 dari adunan asal memandangkan ahli dalam rumah cuma ada 2 saja. Instead of gunakan acuan kuih bakar/baulu kemboja, saya gunakan silicone moulds.

Untuk resepi asal boleh terjah blog tuan punya resepi dan kalau rajin saya akan salin semula resepinya nanti.


Enak dimakan bersama sama sos cili.

Kuih Bakar Daging

Bahan bahan

Bahan untuk Intinya
250 gms daging ( saya guna daging kisar)
1½ sudu rempah daging
1 labu bawang besar
Garam/aji secukup rasa

Bahan untuk adunan tepung (batter)
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin 
Hirisan cili merah dan daun sup

CARA MEMBUATNYA:

1- Tumis bawang yang telah dicincang hingga kekuningan, masukkan rempah kari dan masak hingga wangi. Kemudian masukkan daging dan masak hingga kering. Ketepikan.

2- Pukul telor hingga kembang, kemudian masukkan semua cecair (susu/santan dan air).Kacau hingga sebati.
3- Masukkan tepung, kacau hingga sebati dan kalau perlu boleh masukkan ke dalam blender dan kisar seketika supaya adunan sebati dan halus.
4- Masukkan sedikit pewarna kuning dan sedikit garam.
5- Panaskan oven pana suhu 160 darjah celcius, ambil acuan kuih bakar dan letakkan atas dapur. Letakkan ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan.
6- Bila sudah panas, perlahankan api dan tuang adunan ¾ penuh ke dalam acuan. Biar lebih kurang satu minit, sudukan daging yang digoreng tadi ke dalam acuan yang telah berisi tepung. Bila nampak garing di bahagian tepi kuih, masukkan ke dalam oven dan bakar menggunakan api atas sahaja selama lebih kurang 15-20 minit.
7- Guna pisau dan keluarkan kuih semasa panas. 


Cara saya ( sebab tak jumpa acuan baulu kemboja )
1- Panaskan oven, api atas dan bawah pada suhu 160 darjah celcius.
2- Susun silicone mould di atas dulang pembakar, tuang aduan hingga 3/4 penuh acuan.
3- Sudukan daging yang telah digoreng tadi dan tabur diatasnya dengan hirisan cili merah dan daun sup.
4- Bakar selama lebih kurang 20 minit atas sehingga kuih sudah kekuningan dan nampak kuih sudah renggang dari acuannya.



7 comments :

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum kak..he he he tak kisahlah kan pakai acuan apa sekali pun janji kuihnya menjadi dan sedap....kadang2 time masak pun kena kreatif juga kan....

hazila said...

WS Sue,
Betul tu. Jangan jadikan alasan barang tak ada utk tidak membuatnya. Yang penting kena kreatif.

Chik Mimi said...

macam nak ngap je screen ni heheehe

Unknown said...

nampak berselera sungguh petang2 macam ni tgk kueh..xkisah apa pun acuan, asalkan sedap :)

Unknown said...

Assalamualaikum, sedapnyer.... hi saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer....

zila norazila said...

Nmpk sedap..dh lama zila x mkn..biasa beli jew kak..klu buat lg brbaloi..

Anonymous said...

Assalamualaikum hazila..aduh sedapnya..