Thursday, April 24, 2014

Pumpkin Creme Brulee



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah sejak 2,3 hari kebelakangan ini Shah Alam sentiasa dibasahi hujan. Cuaca mendung dan sejuk saja. Sebelum kemarau dulu, kalau hujan saja, ada penduduk Shah Alam yang risau kerana kemungkinan banjir tiba tiba melanda. 

Harap kalau hujan setiap hari, cepatlah catuan air akan berakhir.



Konon kononnya nak buat cream brulee walaupun tak ada blow torch yang digunakan untuk membakar lapisan gula di atas permukaan puding ni. Ada yang gunakan cara membakar sebentar di dalam oven atau memanaskan belakang senduk dan letakkan di atas lapisan gula.

Agaknya saya silap teknik, gula yang dibakar tidak mengeras tetapi bertukar menjadi caramel. Walau bagaimanapun tetap sedap sebab saya penggemar labu.

Kebiasaannya ada pumpkin pie spices yang dicampurkan di dalamnya tetapi saya kurang gemarkannya, saya tidak masukkan dalam pumpkin cream brulee saya.



PUMPKIN CREAM BRULEE

Bahan bahan
350 ml susu segar ( kalau suka boleh gunakan half and half)
3 biji telur
2/3 cawan gula perang - agak manis, boleh kurangkan sedikit.
1 sudu teh vanilla
1 cawan pumpkin puree
1/4 cawan gula - untuk tabur di atas pudding

Cara cara
1. Masukkan gula dan telur ke dalam bekas, pukul ringgan.
2. Panaskan susu jangan sampai mendidih, tuangkan perlahan lahan ke dalam mangkuk yang berisi telur dan gula.
3. Kacau perlahan lahan, masukkan pumpkin puree dan vanila. Gaul sekata.
4. Tapiskan adunan dan tuangkankan ke dalam bekas ramekin atau bekas kaca tahan panas.
5. Masukkan ramekin ke dalam dulang pembakar, tuangkan air panas ke dalam dulang pembakar.
6. Bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga pudding sedikit keras.
7. Kelaurkan pudding, tabur sedikit gula  dab bakar di dalam oven sebentar sehingga gula cair dan bewarna keperangan. Kalau ada blow torch, bakar terus tidak perlu masukkan semula ke dalam oven.



8 comments :

IeRA said...

Alhamdulillah.. kat sini pun setiap petang hujan...


hazila said...

Hari ini hujan dari awal pagi lagi, infact it is raining right know at 11.42 am.

Azian Nd said...

assalamualaikum..buat minum petang dgn secawan teh, sedap ni...lebih lebih lg cuaca sejuk..

hazila said...

Betul tu Azian Nd. Tambahan kalau mengadap TV kan...

fazianbatrisyia said...

sedapnya...suka la pumpkin2 ni

hazila said...

fazianbatrisya,

kita boleh geng la.... geng LABU

Suhaina said...

so tempting..wish i can grab a bowl

Suhaina said...

so tempting..wish i can grab a bowl