Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Tuan rumah asyik bersin saja. Ermmm tanda tanda selsema akan datang bertandang. Cuaca yang panas terik dan tiba tiba hujan mungkin mempengaruhi kesihatan.
Okay pagi ini apa kata kita hirup secawan Chai Masala atau Spiced Tea...
Mula mula ingatkan mesti rempah ratus tu akan memberi rasa rempah yang kuat pada rasa air teh. Tapi ternyata meleset, rupa rupanya memang sedap. Rasa rempah ratusnya sedang sedang saja. Nampaknya lepas ini boleh jadi salah satu fav drinks.
Rempah yang digunakan.
CHAI MASALA
Bahan bahan
2 cawan air
2 cawan susu segar
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
1 inci halia
5 biji lada hitam
1 uncang teh
Gula perang secukup rasa
Cara cara
1. Masukkan air kedalam periuk, kemudian masukkan buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis, halia dan lada hitam. Biarkan hingga air mendidih.
2. Matikan api, masukkan uncang teh dan biarkan anggaran 5 minit. Kemudian tapiskan.
3. Kemudian masukkan susu segar dan tambah gula secukup rasa.
Jom minum!!!!
2 comments :
Pernah try minum kt kedai halal Nepal kt sini not bad...tp rasa yg Ai minum Tu byk boh cinnamon ngan buah pelaga sbb hat Tu paling smells 🙂.
Agaknya dia letak byk sangat atau mereka gunakan serbuk. So terasa sangat rempahnya. Kalau buat sendiri kita boleh kurangkan mengikut taste buds kita.
Post a Comment