Thursday, December 30, 2010

Cream Caramel


Tahniah buat Pasukan Harimau Malaysia berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki. Saya dan suami bukanlah peminat tegar bolasepak. Takdelah sanggup bersengkang mata sampai subuh semata mata nak tengok football game. Masa World Cup pun hanya tengok fav. team dan kalau ditayangkan masa waktu perdana je. Walaupun duduk sepelaung je dari Stadium Shah Alam tapi tak pernah pergi tengok bola kat stadium pun. Tak kuasa nak bersesak sesak........ Tapi bila Malaysia masuk final ni kami tengok la juga. Bagi semangat kenegaraan sikit, nasib baik mereka main dengan baik, so takdelah sakit hati sangat. Kalau tidak, asyik kalah je.... boring sungguh. By the way....semalam kuat jugalah suara saya bersorak. Dan yang seorang lagi tu siap bangun berdiri rasanya macam nak masuk dalam TV tu kot......

Oh ya, semalam kami makan roti dengan sambal sardin je untuk dinner. Akak suka dik, sebab tak perlu bertungkus lumus kat dapur. Tapi tangan ni gatal juga nak buat something, teringin nak makan cream caramel so sempatlah buat masa balik kerja semalam. Tapi tak cantik, siap berlubang lubang lagi tu. Tapi rasanya ok, takdelah manis sangat.

Tuesday, December 28, 2010

Menu Dinner Malam Ni......

 Roasted Drumstick


Semalam saya tak masak sebab ada date dengan kawan lama yang datang dari Kuantan. So lepas kerja saya picked her up at her relative's house where she staying with her family.
So lepas jemput dia, kami pergi makan kat satu restoren di Bukit Jelutong then bawa dia ke rumah saya. Lama betul kami tak bertemu, lebih kurang 12 tahun lebih. So bila dah bertemu, tak terkata sebab banyak benda yg nak diceritakan sampai tak tau nak mula dari mana. Hopefully lepas ni kami boleh bertemu lagi, mungkin di Kuantan pula.

Ok berbalik pada menu malam ni, kami hanya makan roasted chicken drumstick dengan mee goreng basah saja. My husband kurang sihat dan dia tak berselera nak makan nasi. Saya ok je sebab malas nak masak lauk pauk sejak dua menjak ni. Kalau nak makan simple and easy every night lagiiiiiiiiiii akak suka tau.


Mee Goreng

Sunday, December 26, 2010

Cotton Soft Japanese Cheese Cake


Semalam ialah Ulang Tahun Perkahwinan saya & my husband yang ke 15. Alhamdulillah, masih mampu bertahan sampai sekarang. Yelah kan bukan perkara mudah untuk bertahan dari membina, tambahan dengan pelbagai dugaan. Moga Allah s.w.t merahmati hidup kami hingga ke akhirnya. Amin. Semalam tak masak pun, dari lunch sampai dinner kami makan kat luar. Just jalan jalan cuci mata kat Shah Alam saja sebab my husband kurang sihat.

Kami tak plan nak ke mana mana pun untuk bercuti sebab my husband memang tak suka bercuti especially kalau musim cuti sekolah. Sebabnya terlalu ramai orang bercuti dan tentu harga hotel dan barangan akan lebih mahal dari biasa. So, insyallah cuti akan di tunda awal tahun depan bila sekolah dah buka semula.

Hari ni pun tak masak juga untuk lunch, jadi sempatlah tadi saya buat Cotton Soft Japanese Cheese Cake ni untuk makan sendiri. Dah ramai mencuba resepi dari myresipi ni cuma sebelum ni saya tak berani nak mencuba sebab tak berapa yakin menjadi. Bila dah berjaya buat Slice Cheese Cake tempohari, barulah yakin boleh buat. Memang berbaloi membuatnya, lembut dan gebu sangat. Saya makan dengan blueberry sauce lagilah sedap.

 Kek yang belum dipotong, berkedut la muka dia sebab tak suntik BOTOX kot....Resepi dari alma@myresipi.

Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.

Wednesday, December 22, 2010

Kek Alunan Kasih


Dah agak lama dok perhatikan dalam Kongsi Resepi, Ramai yang teruja memcuba Kek Alunan Kasih ni. Cantik cantik corak alunan kasih yg diorang buat. Saya pun teringin nak mencuba juga, tapi tak berapa nak menjadi alunannya tu. Susah juga nak control supaya serbuk koko tu tak "lari".

Bahan bahan
5 biji telur
2 1/2 cawan tepung
1/2 cawan susu cair
1 cawan butter
2 cawan gula pasir ( saya guna 1 1/2 cawan )
1 sudu teh baking powder
Esen Vanilla
Serbuk koko secukupnya
Pewarna

Cara cara
1. Pukul Butter bersama gula pasir hingga gebu, masukkan telur satu persatu bersama dengan esen vanilla.
2. Ayak tepung dengan baking powder dan masukkan ke dalam adunan tadi berselang seli dengan susu cair hingga habis.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, 1 bahagian diletak pewarna kuning dan 2 bahagian dengan pewarna merah.
4. Tuang 1 bahagian pewarna merah, tapis serbuk koko sehingga menutupi permukaan adunan merah tadi.
5. Tuang adunan kuning, tapis serbuk koko dan diakhiri dengan bahagian akhir adunan berwarna merah.
6. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan dahulu pada suhu 160 darjah celcius sehingga masak.

Yang ni gambar selepas dipotong untuk dijadikan model.

Ermmm.....Ada juga orang macam ni ye!!!!!!

Pagi pagi saya buka email, ada satu email baru dalam inbox saya. Dioarang ingat ada orang akan percaya ke dengan helah old school cam ni?

romfarah yasmin
to
dateTue, Dec 21, 2010 at 6:24 PM
subjectEmergency Request (Response Needed Please)
mailed-bygmail.com
signed-bygmail.com

hide details 6:24 PM (14 hours ago)

Hope you get this on time? Sorry I didn't inform you about my trip to Spain for a project, I am presently in Valencia here in Spain and am having some difficulties here because i misplaced my wallet on my way to the hotel where my money and other valuable things were. presently my passport and my things are been held down by the hotel management pending when i make payment.

I need you to help me with a loan of (€2,800 Euro = $3,600) to pay my hotel bills and to get myself back home. I will appreciate whatever you can afford to assist me with, I will refund the money back to you as soon as i return, let me know if you can be of help and I will email you the details you will need to send the money. I don't have a phone where i can be reached. I am so confused right now. please let me know immediately so I can email you the details you need to transfer the money.

Your help is much appreciated,

Thanks,
--
with Love,

Farah Yasmin

Tuesday, December 21, 2010

Asam Pedas Ikan Parang


Next menu untuk dinner semalam ialah Asam Pedas Ikan Parang. Hari tu saya pergi pasar, ternampak ikan parang yang dah siap di potong dan tinggal hanya ekornya sahaja. Terasa nak makan asam pedas la pulak kan.Tapi takde sayur lain nak masukkan sekali, yang ada cuma terung. Tak kisahlah, terung pun terung lah...janji asam pedas. Fuhhhh....meleleh peluh makan nasi semalam. DIET!!! Hancur....

Bahan bahan A
2 ulas bawang putih *
1 labu bawang besar *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
Belacan sebesar ibu jari *
4 biji cili padi *
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu teh  serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih

Bahan B
Ikan Parang ( anggaran 300 gms)
2 keping asam keping
1 tangkai daun kesum
1 tangkai bunga kantan
1 biji terung - dibelah 2
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara cara
1. Kisar bahan bertanda * hingga hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga pecah minyak.
2. Masukkan air dan asam keping dan biarkan ia mendidih.
3. Masukkan ikan, terung, daun kesum dan bunga kantan.
4. Perasakan dengan garam dan biarkan hingga ikan masak. Angkat dan sedia untuk dinikmati dengan nasi hangat.

Kobis Kacau Goreng

 
Dah agak lama tak masak sayur kat rumah ni. Maklumlah yg sorang lagi tu species karnivor dan saya ni species omnivour. Tapi ada sekali tu, rasanya last week teringin sangat nak makan nasi kandar/mamak. My husband ajak makan kat Glenmarie, ada satu kedai makan mamak nasi ganja diorang gelar. Sebabnya kalau dah makan memang ketagih je....itu kata kata geng geng mamak la. Selalunya my husband pergi makan dengan geng geng mamak dia lah, saya ada la sekali dua je ikut. Tapi saya memang suka sayur kobis yang selalu ada kat restoren mamak.

So semalam balik kerja singgah beli kobis dengan karot semata mata sebab teringin nak makan sayur ni. Dah tentu tentu saya sorang je la yang menghabiskannya...

Bahan bahan
Kobis bulat - dihiris
Karot - diparut memanjang
Bawang besar - dipotong bulat
Bawang putih - dimayang
Cili merah - dipotong menyerong
Garam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit biji sawi
Sedikit udang kering
Minyak untuk menumis

Cara cara
1.Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah, biji sawi dan udang kering hingga wangi.
2. Masukkan kunyit, kemudian masukkan kobis dan karot. Kacau biar sebati.Masukkan sedikit air agar ia tidak terlalu kering.
3. Perasakan dengan garam, biarkan seketika dan bolehlah di angkat. Saya suka kobis ni tidak terlalu lembik.

Sunday, December 19, 2010

Menu Lunch Hari ini

Memandangkan my husband tak nak pergi makan kenduri, kenalah masak untuk lunch hari ini. Memang semalam saya dah ke pasar membeli barang basah, manalah tau kalau tak kemana mana weekend, kenalah masak di rumah. Menu hari ni ialah.....


 Udang Masak Lemak Cili Padi

 Sotong Sambal


 Dessert - Ice cream + Tapai pulut

Tadi my husband dah cakap, petang nanti nak keluar jalan jalan cuci mata then malam nanti terus makan kat luar. Katanya nak cuba kat Restoren Pak Engku aka Kuzie Catering tu......


Egg Benedict


Selamat berhujung minggu, apa agaknya menu tengahari hari ni ye.....
Rasanya hari Ahad mesti ramai yang menerima undangan ke majlis perkahwinan, maklumlah bila masuk cuti sekolah hujung tahun je mesti berduyun duyun org buat kenduri. Saya pun ada undangan hari ni tapi tak pasti lagi nak pergi ke tidak......

Pagi tadi buat simple breakfast je, Egg Benedict + Slice Cheese. My husband nak keluar so saya pun malas nak masak menu yang berat. Lepas dia keluar, saya start kemas rumah sambil layan TV sambil laptop pun on juga. My husband selalu bising, mana satu yang nak tengok.

Oklah, nak sambung kerja yg tertunggak lagi tu, selamat menjamu selera dan beristirehat atau bercuti bersama keluarga tersayang.

Updated on 04/01/11

  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam

Cara-cara

  1. 1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
  2. 2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
  3. 3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  4. 4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.

Thursday, December 16, 2010

Slice Cheese Cake


Salam di pagi Khamis.... pagi lagi ke ni dah nak masuk waktu lunch pun. Aduhaiiii kepala ni asyik ingat makanan je. Camne lah azam tahun baru nak mengurangkan berat badan yang dah rasa cam DUGONG ni...
Tapi walaupun berazam dan begitu tekad sekali nak menjayakan azam tu saya masih sempat membuat cheese cake ni. Dulu asyik buat non baked cheese cake sebab pernah buat yang bakar tapi asyik failed je. Selalunya cheese cake ku itu bantat. Tapi alhamdulillah kali berjaya walaupun permukaan dia merekah mungkin disebabkan oven terlalu panas. Yang penting jadi, gebus sekali. Ada tanda tanda riak di situ ye.....

Resepi saya ambil dari onigiri@myresipi aka Ros kat Japan. Mungkin sebab gunakan slice cheese ada sedikit rasa masin pada kek ini. Tak berapa manis sangat dan memang cair di dalam mulut la kata orang. Untuk memastikan kek ni menjadi, putih telur mesti betul betul soft peak kalau tidak kebarangkalian nak bantat itu agak tinggi. Bercakap dari pengalaman yang tak seberapa....

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.