Salam di pagi Khamis.... pagi lagi ke ni dah nak masuk waktu lunch pun. Aduhaiiii kepala ni asyik ingat makanan je. Camne lah azam tahun baru nak mengurangkan berat badan yang dah rasa cam DUGONG ni...
Tapi walaupun berazam dan begitu tekad sekali nak menjayakan azam tu saya masih sempat membuat cheese cake ni. Dulu asyik buat non baked cheese cake sebab pernah buat yang bakar tapi asyik failed je. Selalunya cheese cake ku itu bantat. Tapi alhamdulillah kali berjaya walaupun permukaan dia merekah mungkin disebabkan oven terlalu panas. Yang penting jadi, gebus sekali. Ada tanda tanda riak di situ ye.....
Resepi saya ambil dari onigiri@myresipi aka Ros kat Japan. Mungkin sebab gunakan slice cheese ada sedikit rasa masin pada kek ini. Tak berapa manis sangat dan memang cair di dalam mulut la kata orang. Untuk memastikan kek ni menjadi, putih telur mesti betul betul soft peak kalau tidak kebarangkalian nak bantat itu agak tinggi. Bercakap dari pengalaman yang tak seberapa....
Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
- 4-5 keping slice cheese
- 200 ml susu segar
- 70 gram butter atau marjerin
- 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
- 70 gram gula
- 4 biji telur saiz M
- beberapa titik esen vanila
Cara-cara
- potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
- kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
- masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
- asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
- didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
- akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
- bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
- hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
1 comment :
Just one word...awesome! Am drooling here kak! :D
Post a Comment