Tuesday, December 14, 2010

Char Koay Teow

Salam semua. dah agak lama juga saya tak update blog ni. Agak sibuk sikit sejak kebelakangan ni. Kebetulan pula emak dan family adik saya dari Trengganu datang weekend lepas. So sibuk bawa diaorang jalan jalan dan layan kerenah anak anak sedara. Diorang sibuk nak suruh maklong beli baju dan kasut sekolah dan ajak pergi mandi kolam lah... Aduh penat juga melayan diorang ni, tapi takpelah sekali sekala saja.

So semalam diorang balik, saya balik kerja terus terbontang kepenatan dan pening kepala terus bila tengok rumah yang dah macam di langgar garuda. Tunggu weekend lah baru nak buat operasi mengemas balik. buat sementara ni buat buat tak nampak je lah apa apa yang bersepah tu. Jangan ada sape sape yang nak buat surprise datang rumah tanpa beritahu dulu. Mau pitam saya dibuatnya.

Berbalik pada menu di atas nia actually saya masak sebelum diorang datang rumah saya lagi. Masa suami saya takde kat rumah hari tu. Baru berkesempatan nak letak gambar kat sini.

Recipe Updated: ( Saya agak agak je sebab sorang makan )

Segenggam Koay teow - rendam dalam air panas dan toskan.
Sedikit taugeh
Sedikit daun kucai
1 biji telur
2 ulas bawang putih - ditumbuk hancur
1/2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap koay teow
Sedikit air
Isi kerang
Udang 3 ekor ( kalau suka boleh letak banyak)
Garam dan gula secukup rasa

Cara cara
1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak sedikit dan tumis bawang putih dan cili kisar hingga wangi.
2. Masukkan udang dan biarkan ia masak sebentar, masukkan koay teow, kicap koay teow, kicap pekat dan sedikit air mengikut keperluan kuahnya. Gaul sekata.
3. Masukkan isi kerang, taugeh dan daun kucai. Gaul sekata dan perasakan dengan garam dan gula jika suka.
4. Biarkan ia mendidih sebentar, pecahkan telur dan kacau sekali atau dua pusingan sahaja dan terus padamkan api dan hidangkan. Jangan biarkan lama di atas api, nanti kuahnya akan kering.



Kicap char koay teow yang saya beli masa balik Perlis raya haji tempohari. Kat Shah Alam saya tak perasan kat mana.

12 comments :

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

yumiiieee... sedapnya char kuey tiaw.... susah nak cari yang sedap kat kedai.. huhuh.. nak buat tak pandai.. resepi ada sis?

Love2cook Malaysia said...

Uish, I can't describe how much my tummy grumbling now!!! :D~~~~

NenetPenne (NP) said...

nampak kesedapan disitu...

momma said...

nampak kerang yang terselindung tu. makan ngam cili jeruk best ni..

cplud miera said...

sedapnye kuew teaw tuh ;)

missalongwani said...

kakmaner nak dapat kicap koew teow tuh?

Unknown said...

assalam Hazila, wah tergoda nengok CKT tu...sedap tu...my fav...tapi tak boleh nk buat selalu dah dok jauh ni susah pula nk dapatkan kerang.

NADYA ANWAR said...

eeeii... sedapnyerrrrrr..
udang tu cam memanggil2 jerr..
nak siketttttttttt.....

Mas said...

perhh..sedappnya....

roslaini saad said...

aduhh...perut tengah lapar nampak pulak chow kuey teow....my favorite tu...

siti noriza saleh said...

kak..kasi tyg ckt kicap kew teau tu cmne...

siti noriza saleh said...

hu hu hu...mmg susah nak cari..ish ish ish