Tuesday, November 29, 2011

Close-Up Photography


Masih dalam proses pembelajaran.... Still a lot to learn, observe and practise.

Bug yang kat atas ni cam sporting je sebab dia tak banyak bergerak tapi disebabkan suasana agak berangin so, bunga tu akan bergoyang menyebabkan jurugambar amatur ni pun bergoyang juga.



Masa ambil gambar labah labah ni, saya asyik bergerak sebab geli dan takut dia merayap kat saya pulak. Sebenarnya saiznya kecil saja.



Tapi yang paling kesian sekali ialah pepatung ni. Bila saya nak shoot je, dia asyik terbang sana sini, jadi sepupu sepupu my husband buat perangkap untuk menangkap pepatung ni. Mula mula dapat seekor, entah macam mana dia terlepas hingga terputus kakinya.

Selepas beberapa percubaan, baru dapat dan selepas berpeluh peluh nak ambil shot barulah kami lepaskan pepatung ni dengan selamatnya.


Ramai juga yang terseksa selain pepatung tu......



Yang mana satu model? Pepatung atau Jari......



Laut


Salam Maal Hijrah buat semua...


Beberapa hari tak update blog jadi pagi ni ini saya jamu mata dengan pemandangan laut di waktu senja. Gambar ada banyak "noise" sebab saya gunakan ISO 3200. Terlupa nak bawa flash, dan saya tak gunakan built in flash pada camera.


Selalunya pemandangan laut di waktu senja lebih kepada warna oren atau kemerahan, tapi kali ni banyak warna biru.... 

Indahnya ciptaan Yang Maha Esa....

Friday, November 25, 2011

Baked Pasta


Maaflah sehari dua ni asyik tayang menu ulangan saja. Malas betul nak fikir nak masak apa. Barang basah pun tak ada dalam esbok, malas nak top up sebab esok dah cuti sampai hari Isnin. Bila cuti saja, kebarangkalian nak masak kat rumah tu hanya tinggal 20%. Lagipun my husband ada bagi hints nak jalan jalan masa cuti nanti, lagi la saya tak simpan stock barang basah.

Balik kerja semalam, saya plan nak buat simple dish, Baked Pasta. Kebanyakkan bahn yang digunakan adalah "segera". Pasta (macaroni), sos spaghetti, daging burger, cheese, cendawan dan bawang. Saya cuma beli daging burger dan cendawan saja sebab yang lain semua ada dalam simpanan di rumah.


Bahan bahan

Pasta - rebus hingga lembut dan toskan
1 tin sos spaghetti (original)
2 keping daging burger - cincang
5 kuntum shiitake mushroom - hiris nipis
Sedikit garam dan lada hitam
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dicincang
1/2 cawan mixed vege
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan daging burger yang telah dicincang. Kacau hingga daging bertukar warna.
2. Masukkan cendawan dan mixed vege, kacau hingga cendawan layu. Masukkan air, biarkan ia seketika.
3. Masukkan sos spaghetti, kacau sekata dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Biarkan ia mendidih seketika. Tutup api.
4. Masukkan pasta yang telah ditoskan tadi ke dalam sos. Kacau sekata, tuangkan ke dalam bekas tahan panas.
5. Taburkan dengan mozzarella cheese di atas permukaan dan bakar di dalam oven hingga cheese cair dan sedikit keperangan.
6. Sedia untuk dinikmati.


Thursday, November 24, 2011

Egg Benedict - Menu Ulangan


Hari ini tayang menu ulangan yang agak lama juga tak buat.

Dua tiga hari ni orang dalam rumah rasa kurang sihat, badan panas, hidung berair dan asyik bersin saja. Selera makan pun tak berapa nak ada. Jadi untuk makan malam memang saya hanya masak yang simple sebab kadang kala my husband hanya makan 2,3 kali suap saja. Perit tekak katanya. 

So pagi tadi saya hanya buat Egg Benedict yang simple dan ambil masa yang sedikit untuk disediakan. Saya pernah nampak di internet satu lagi version of Egg Bedenict. Tapi ia menggunakan English muffin dan poached eggs. Kalau weekened bolehlah cuba tapi kalau hari bekerja memang tak sempat kecuali kalau dah sedaiakan muffin tu awal.



Bahan bahan yang diperlukan pun tak banyak, roti putih, telur,sedikit garam, lada sulah/lada hitam, cheese jika suka. Apa yang buat ialah, saya potong bahagian tepi roti, sapu sedikit butter di dalam ramekin dan masukkan roti tadi ke dalam ramekin. Tolak sedikit di bahagian tengah roti supaya membentuk perigi. Pecahkan telur ke dalam "perigi" tadi. Taburkan sedikit garam, lada sulah dan jika suka taburkan dengan grated mozzarella cheese. Bakar di dalam oven sehingga putih telur bertukar keputih putihan. Jika terlalu lama, telur akan bertukar menjadi keras tetapi bergantung pada selera masing masing.


Wednesday, November 23, 2011

New Interest......


Sekarang saya ada minat terbaru....


Close-Up Photography.


Masih terkial kial lagi, masih terlalu jauh dan banyak yang perlu dipelajari.  Sekarang dalam proses try and error dulu. Masih mencari cari close-up accessories yang diperlukan. Maklumlah belajar sendiri jadi agak lambat sikit nak pick up. So kalau ada kawan kawan yang bagi tips dan kongsi ilmu dialu alukan.


Tuesday, November 22, 2011

Roti Jala Kuah Durian

Durian Musang King

Sebabkan malam tadi Malaysia menang pingat emas, apakata pagi ini kita makan Kuah durian dengan roti jala... Kuah durian saya buat malam tadi masa orang lain sedang sibuk menonton perlawanan bolasepak. Sementara roti jala tu saya menjala pagi pagi tadi. Pagi ni ramai orang bercakap pasal perlawanan bola malam tadi, kalau kat FB macam macam komen yang keluar...



Kuah Durian/Pengat Durian/Serawa Durian bergantung pada orang negeri mana, sedap juga kalau cicah dengan roti. Ada juga orang yang suka makan dengan pulut kukus.

Kuah Durian versi saya yang tak berapa nak rajin....

1 kotak santan ( anggaran 200 ml )
600 ml air
1/2 cawan gula pasir - bergantung pada kemanisan masing masing
Secubit garam
1 sudu makan sagu biji - rendam terlebih dahulu
1 helai daun pandan - disimpul
3 ulas isi durian

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, didihkan dengan api perlahan. Sentiasa kacau supaya kuah tidak meruap atau membentuk kepala santan.
2. Sedia untuk dihidangkan.




Saya sertakan  resepi Roti Jala dari kak Yatiezaini seperti dibawah. Tapi sebab ahli keluarga saya "ramai sangat", jadi saya cuma buat  kurang dari 1/4 dari resepi asal. Kali ini saya tak letak susu cair sebab tak ada stock di rumah.

Bahan-bahan ( anggaran 80kpg..klu buat kecil lagi ler byk dpt )

1kg tepung gandum
1 tin susu cair
4 tin air (guna tin susu)
4 biji telur
sedikit esen vanila, pewarna kuning dan garam
sedikit minyak masak utk melenser dan acuan roti jala

Cara-cara

Satukan bahan 1 - 5 dan kacau hingga tidak bergentel
Masukkn adunan tadi kedalam blender .. dan blend sekejap sehingga habis semua adunan dan kemudian di tapis
Panaskan kuali leper non stick & sapukan sedikit minyak masak. Masukkn adunan kedlam acuan roti jala & jalakan di atas kuali..
biarkan sekejap sehingga roti jala itu masak.. bolehlah diangkat & dilipat mengikut citarasa masing-masing.









Monday, November 21, 2011

Sambal Buah Kuini


Malam ni memang agak "PANAS"....
Maklumlah masing masing tengah tengah khusyuk menyaksikan perlawanan bolasepak antara Malaysia VS Indonesia. My husband, sekejap duduk atas kerusi, sekejap bangun berjalan kemudian duduk balik... Saya hanya jeling jeling je kat TV. Bila gol, saya tumpang jerit je.

Hujung minggu lepas, saya balik kampung sebab ada kenduri. Lagipun masa raya Haji tempohari kami tidak balik. Kebetulan sekarang musin buah kuini di kampung. Dulu kami ada 3 pokok buah kuini, so bila musim memang tak larat nak makan. Jiran jiran memang boleh tumpang makan sekali. Bila malam, especially kalau angin agak kuat sikit makan kedengaran bunyi buah kuini yang jatuh atas bumbung rumah. maklumlah rumah atap zink, jadi memang agak kuat juga bunyinya. So pagi esoknya pakat kami adik beradik kuitp buah kuini yang jatuh bertaburan....
Tapi sekarang hanya tinggal satu pokok saja, yang lain tu dah ditebang sebab abah saya nak besarkan rumah. Walaupun satu pokok, tapi buahnya memang banyak... So masa nak balik tu sempatlah saya kutip bawa balik, takdelah banyak sangat sebab saya tak boleh makan banyak sangat sebab asma. Suami saya pulak, sebiji pun tak habis.... Lepas tu masa nak balik, sempat singgah kat lebuhraya Karak dan my husband beli durian MUSANG KING SEBIJI. Boleh gitew..... saya tanya berapa ringgit? Dia cakap RM80. Hah saya kata biar betul? Saya cakap membazir je.... Bukannya nak makan sangat.

MEMANG BETUL....... dia cuma makan 3 ulas lepas tu dah berhenti. Dan macam biasa, saya sumbat durian tu masuk peti ais untuk agenda seterusnya. Sekarang rumah saya penuh dengan bau durian dan buah kuini bercampur aduk. Memang pening kepala dibuatnya.......



Buah kuini dari kampung.

Menu pertama gunakan buah kuini ialah sambal belacan buah kuini. Lepas tu goreng ikan kering buat cicah, perhhhhhh........ memang boleh lupa diri sekejap. Rasanya semua orang tahu macam mana nak buat sambal belacan kan....

Sibuk.......


Salam di hari Isnin....


Sudah beberapa hari saya tak update. Kesibukan melanda diri, adakalanya masih di tempat kerja walaupun jam dah menunjukkan pukul 8.30 malam. Sesekali sempat masak tapi yang paling simple mungkin. Hujung minggu yang baru ni saya balik kampung, sebab ada kenduri sikit. Letih badan masih tak hilang lagi. Nasib baik hari ni tak berapa sibuk sangat so bolehlahlah regangkan badan sikit.

Since takde gambar masakan, saya letak gambar cili kat rumah saya. Kalau mood bagus dan tak sibuk bolehlah masak malam nanti. Selamat bercuti buat yang sudah merancang untuk pergi bercuti, maklumlah sekarang dah mula cuti persekolahan. Anak anak mulalah asyik bertanya pada mak bapak bila nak pergi jalan jalan....

Wednesday, November 16, 2011

Asam Rebus Tempoyak Ikan & Terung Bulat


Beberapa hari ni rasa badan kurang sihat, kepala asyik berdenyut denyut dan hidung asyik dan bersin saja. Kalau ikutkan hati nak berbaring saja tapi siapa nak buat kerja kan....

Seminggu dua ni saya dan suami asyik melayan cerita siam kat TV. Ada sekali tu cerita hantu, waktu tayangannya hampir pukul 11 malam. My husband cakap, kita tengok sampai habis nak tak? Saya ok je. Tapi sepanjang cerita, rasanya lebih banyak muka saya menyorok balik Majalah sebab saya ni kategori penakut. Nak tengok cerita hantu tapi takut, boleh gitew.... Sekejap sekejap saya tanya my husband, hantu tu dah hilang ke? Tadi apa jadi dengan orang tu ye? Nasib baik tak kena pelangkung....

Dah melalut pasal cerita hantu siam pulak. Berbalik pada menu semalam, saya masak Asam Rebus Tempoyak Ikan & Terung Bulat. Saya selalu dengar kawan kawan saya especially orang pantai timur yang suka sangat makan Asam Rebus Tempoyak Ikan Patin. Ada kawan kawan my husband yang sanggup drive ke Termeloh semata mata nak beli ikan patin yang berharga hampir ratusan ringgit seekor. Tapi saya memang tak boleh telan ikan patin, tak tau kenapa. Hanya tekak saya yang tak boleh terima.

Jadi kalau saya masak asam rebus tempoyak, saya akan gunakan ikan kembung, ikan tenggiri dan semalam saya gantikan dengan ekor ikan merah. Lepas tu saya campurkan dengan terung hijau bulat.

Untuk semak resepi boleh tengok kat SINI.

Sunday, November 13, 2011

Pengat Keledek Ungu & Sago


Menu minum petang tapi makan lepas makan malam.....

Masa saya tengah nak masak pengat ubi keledek petang tadi, my husband ajak keluar pulak. padahal masa tu sedang kukus keledek dan bahan bahan lain semua dah siap. Apalagi, tutup apa yang perlu, terus keluar dulu. Lepas balik baru sambung semula apa yang tergendala.

Saya selalu kalau buat pengat, saya akan kukus dulu ubi keledek atau labu sebelum ditambah kuah pengat.

Bahan bahan
3 ketul ubi keledek ungu - kupas kulit, potong saiz yang seseuai dan kukus hingga empuk.
1 helai daun pandan
1 biji kelapa parut
4 cawan air masak
1-2 keping gula melaka
Sedikit garam
Gula secukupnya
2 sudu makan sagu yg direndam terlebih dahulu.

Cara cara
1. Perah kelapa parut menggunakan air masak untuk mendapatkan santan. Masukkan ke dalam periuk bersama sama dengan daun pandan, sagu, gula melaka, gula dan garam. Masak dengan menggunakan api sederhana.
2.Sentiasa kacau supaya tidak meruap. Jangan masak hingga mendidih terlalu lama kerana kepala santan mudah terbentuk.
3. Bila mendidih sebentar dan sagu sudah bertukar warna, bolehlah padamkan api.
4. Masukkan ubi yg telah dikukus ke dalam mangkuk, tuangkan kuah pengat dan sedia utk dinikmati.